Sunday, 13 December 2009

HUMAN RIGHTS DAY 2009-NO MORE PEACE WALK or walking with 500 cops!!!

10 December


The promotion and protection of human rights has been a major preoccupation for the United Nations since 1945, when the Organization's founding nations resolved that the horrors of The Second World War should never be allowed to recur.

Respect for human rights and human dignity "is the foundation of freedom, justice and peace in the world", the General Assembly declared three years later in the Universal Declaration of Human Rights. In 1950, all States and interested organizations were invited by the General Assembly to observe 10 December as Human Rights Day (resolution 423(V)).

The Day marks the anniversary of the Assembly's adoption of the Universal Declaration of Human Rights in 1948. Over the years, a whole network of human rights instruments and mechanisms has been developed to ensure the primacy of human rights and to confront human rights violations wherever they occur.

Hari ini sudahpun jatuh ke tarikh 13hb Disember 2009. Human Rights Day jatuh pada tanggal 10 hb Disember 2009. Seringkali juga saya bersama ahli keluarga dan teman-teman menyambut sambutan hari yang penuh bersejarah ini.

menyaksikan di hadapan mata tindakan pemaju bersama MPAJ merobohkan benteng terakhir penduduk kampong Berembang, surau mereka dimusnahkan..sungguh pilu walau kami semua cuba mempertahankannya...

Tahun 2006 kami menyambutnya bersama penduduk Kampong Berembang kerana mengingati nasib mereka yang memperjuangkan hak mereka terhadap tanah yang telah lama mereka terokai...mengkagumi semangat perjuangan mereka yang mempertahankan harta milik mereka dari dicerobohi oleh pemaju perumahan dengan menggunakan semua kuasa yang ada.

Mereka sanggup tinggal di dalam kemah-kemah buat masa yang lama setelah rumah-rumah mereka dirobohkan secara zalim. Mereka mempertahankan hak mereka.

kredit gambar di sini

Di tahun 2007 kami menyambutnya bersama dengan ratusan orang yang lain yang sama berarak Human Rights Day Peacewalk juga bersama peguam-peguam yang prihatin. Dengan tema yang dibawa oleh mereka Lawyers For Freedom of Assembly BERSAMA RAKYAT.

kredit gambar di sini

(apa yang menarik hasil dari peacewalk di tahun 2007 ini ialah bila tiba musim Pilihanraya pada Mac 2008, RTM telah mempropagandakan penglibatan kami bersama anak-anak dalan peace walk ini sebagai memperalatkan anak-anak. Klip video kami berjalan bersama anak-anak diulangtayang setiap malam 'without fail' di waktu berita perdana jam 8 malam dan juga petang di semua saluran berita milik RTM!!!!)

Polis telah bertindak kasar pada hari tersebut dan mengganggu perjalanan peace walk yang sememangnya berjalan dengan aman. Akhirnya 5 orang peguam dan 3 orang aktivis telah ditangkap, dilokap dan didakwa...itulah cara Human Rights Day Malaysian Style. Tajuk lain yang diberikan mengenai peristiwa yang berakhir dengan tangkapan ini ialah 'Walking with 500 cops!!!"

kredit gambar dari sini beserta komennya.

another young "marcher" amidst the adults....demanding a bright and fair future.....brave little girl !

Semoga anak-anak generasi yang akan datang ini kita turut didik mereka dengan isu-isu hak asasi agar mereka boleh mempertahankan hak mereka dan nasib mereka dilindungi dari orang yang zalim terutama sekali pemimpin yang zalim yang menggunakan akta-akta dan undang-undang yang zalim untuk menyekat rakyat dari mempertahankan dan memperjuangkan hak asasi manusia selagi ianya tidak melanggar prinsip-prinsip agama Islam.

Sebagai penutup bicara bagi tajuk ini...pada hari ini satu keraian sempena menyambut hari Hak Asasi Sedunia bakal di adakan di Kota Damansara. bagi anda yang tinggal berdekatan dan sempat membaca entri anda dijemput untuk sama-sama memeriakannya...carnival hari hak asasi lain dari yang lain....

Maklumat lanjut disini...KOTA DAMANSARA HUMAN RIGHTS CARNIVAL 2009....JOM SAMA-SAMA MERIAHKANNYA....

No comments: