Thursday, 17 December 2009

Rakyat Rugi lagi RM 8 billion!!!!

Membaca kisah-kisah kerugian yang membabitkan syarikat-syarikat besar dalam negara sungguh menakutkan. Apatah lagi bila ianya membabitkan kewangan negara dan dikaitkan dengan penipuan dan 'rompakan' oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah.

Pada 16hb Disember, satu memorandum telah dihantar kepada Pengerusi PAC, Dato' Seri Azmi Khalid agar satu siasatan dijalankan ke atas kerugian MAS yang berjumlah RM 8 billion....satu jumlah yang sukar untuk kita rakyat biasa bayangkan betapa banyaknya.

Sungguh gerun dan sedih membacanya. Di saat rakyat terpaksa hidup dengan kenaikan harga barangan, bayaran tax yang tinggi, ungkitan dari kerajaan yang kononnya mereka perlu menanggung perbelanjaan tinggi sekadar untuk memberi rebate dan subsidi itu dan ini kepada rakyat untuk kesenangan rakyat...di masa yang sama ada perompak besar dalam negara.

Isu ini telah lama dibangkitkan dalam web Malaysia Today. Membacanya semula dengan merujuk kepada memorandum dari YB Salahuddin Ayub benar-benar membuatkan kita terlopong dengan apa yang sebenarnya berlaku...walaupun dalam negara segalanya boleh dan mungkin.

Tragedi kerugian MAS RM 8 Billion...

1. Tan Sri Tajuddin Ramli ambil alih MAS melalui syarikatnya Naluri Berhad di tahun 1994 dalam keadaan MAS mempunyai lebihan tunai sebanyak RM600 juta.

2. 7 Tahun kemudiannya kerajaan membeli MAS pada harga yang sama yang dibeli oleh TS Tajuddin Ramli, syarikat gergasi tersebut berada dalam kerugian sebanyak RM 8 billion.!!!

3. Persoalan yang dibangkitkan dalam artikel RPK ialah..kemanakah hilangnya wang sebanyak RM 600 juta tersebut dalam tempuh masa 7 tahun tersebut dan rugi pulak tu sebanyak RM 8 billion...gila betul....

4. Persoalan yang susah dijawab lagi ialah kenapa kerajaan membeli syarikat yang sebenarnya hampir bankrup dengan harga yang sama yang dibeli oleh TS Tajuddin???

Namun perkara yang pelik namun tidaklah pelik sangat ialah orang yang berhasrat menjalankan siasatan ke atas kes ini pula didakwa...didakwa kerana memiliki harta sejumlah RM 27 juta secara salah dan rasuah. Siasatan cuba dijalankan oleh Datuk Ramli Yusuff yang merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atas laporan polis yang dibuat oleh MAS pada tahun 2002 dan 2005. Dan orang yang dituduh dibiar bebas dan bergembira.

Namun ada sketsa yang lebih pelik lagi bila peguam yang dilantik oleh Datuk Ramli Yusuff iaitu Rosli Dahlan juga ditangkap dan didakwa kerana tidak mengistiharkan hartanya...pelik tapi benar...

Dari artikel di Malaysia Today mengatakan bahawa Rosli Dahlan telah menyerahkan dokumen berkaitan pemilikan harta Datuk Ramli Yusuff yang katanya tidak mencecah RM27 juta dan dimiliki secara sah...

Memang kita semua terkejut bila akhbar yang meloyakan mendedahkan di muka depan bahawa seorang pegawai tinggi polis memiliki harta berjuta-juta..memang kita musykil...namun begitulah nilai berita di Utusan Malaysia bila di muka depan sedangkan penyiasatan tersebut jatuh dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) namun ianya telah bocor seolah memang orang yang dituduh tersebut bersalah...musykil????

Inilah dia negara kita Malaysia....

There is more in this series of revelations about how the police officer ends up behind bars while the criminal with links to Putrajaya walks free with billions in his pocket. In the next episode (parts 2-8 below), Malaysia Today will show the confidential reports related to the police investigation.

Klik di sini untuk membaca petikan asal...

Sebagaimana yang berlaku dalam skandal PKFZ yang didedahkan sebelum ini kerugian sebanyak RM 12.5 billion yang kini siasatan sedang giat dijalankan hasil dari pendedahan berterusan...kita harap perkara yang sama akan dilakukan di dalam kes skandal MAS yang sudah lama terperap ini. Di harap banyak lah ikan jerung yang ditangkap dan bukan hanya ikan kecil-kecilan sahaja. Biar negara kita selamat dari makhluk yang berbahaya dan membahayakan manusia.

Anda juga perlu baca laporan yang ditulis oleh Dr Rosli Yaakob berkaitan dengan ini yang mempunyai pendedahan yang panjang lebar. Orang yang membuat laporan didakwa, orang yang diakwa boleh jadi Menteri. Laporan ini ditulis di tahun 2006.

No comments: