Thursday 24 December 2009

FORUM BTN: PATRIOTIK ATAU PERKAUMAN..GAGALNYA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DAN GAGALNYA UMNO BN HADIR!!!

Jurufoto: Anas


(Nota: Saya tidak punya banyak masa untuk berkongsi banyak yang disampaikan semalam kerana perlu segera keluar daerah untuk mengambil keputusan peperiksaan PMR anak sulong saya Anas...maka saya paparkan sedikit gambar beserta sedikit fakta Forum yang diadakan semalam...akan bersambung di lain entri...InsyaAllah)

Forum BTN yang berteraskan kepada persoalan samada BTN itu memupuk semangat patriotik atau Perkauman telah diadakan pada tarikh 23hb Disember menampilkan beberapa orang ahli panel.
Puan Moderator telah memaklumkan bahawa mereka telah mencuba memanggil beberapa orang dari UMNO dan yang pro kepada BTN telah tidak menghadirkan diri. Salah seorangnya ialah Dr Asraf Wajdi Dasuki Bekas Calun UMNO Parlimen Tumpat.

Dari kiri Eddin Khoo seorang Budayawan seperti ayahnya Emeritus Professor Dato' Dr Khoo Kay Kim, YB Nik Nazmi, Moderator Fahda, YB Amiruddin Shari dan KJ John Kolumnis di Malaysiakini.com

YB Amiruddin Shari pernah menghadiri program BTN dan menceritakan tentang apa yang tidak kena dalam modul yang digunakan di dalam BTN sebagai contoh yang pernah dilaluinya di mana diceritakan di dalam gelap dalam berkumpulan dengan memegang lilin. Mereka diceritakan mengenai seorang wanita yang berkeadaan susah dan bekerja dengan taukeh yang berbangsa Cina dan anaknya akhirnya meninggal kerana dibaham anjing tuannya...ianya menciptakan perasaan sedih, resah dan bencikan kaum Cina..

Eddin Khoo menekankan tentang aspek pembaziran terhadapa pembayar cukai, sejumlah wang yang besar perlu digunakan untuk menjalankan program BTN ini sedangkan ianya sewajarnya digunakan untuk rakyat secara keseluruhannya terutamanya dalam sistem pendidikan negara.

Beliau mempersoalkan bahawa rakyat di Malasysia seolah memerlukan berbagai kursus untuk bermacam hal dalam kehidupan.

Beliau mendedahkan bahawa ayahnya adalah antara penggerak program BTN dan kini ayahnya sengsara kerana BTN. Menurut Eddin selepas era 8 Mac 08 rakyat bukan sahaja menuntut keadilan tetapi yang lebih penting juga ialah tentang keterbukaan agar rakyat tidak diperdohohkan oleh pemimpin negara. Rakyat sedar bahawa mereka bukanlah binatang. Beliau memperingatkan bahawa ramai rakyat sudah ke hadapan tetapi pemimpin yang masih perlu berhujah dengan bermacam-macam.

Beliau menegaskan bahawa BTN harus dihapuskan kerana ianya tidak mempunya fungsi dan perlu dihapuskan dan digantikan dengan dan dirancangkan satu program yang lebih efficient.

YB Nik Nazmi turut membangkitkan tentang isu generasi muda kini yang lebih terdedah kepada teknologi yang canggih untuk mendapatkan maklumat, maka metod yang digunakan di dalam BTN adalah tidak sesuai lagi bila ianya bersifat Top Down. Ianya perlu menggunapakai program diskusi di mana semua dapat mengambil bahagian, dan bukannya sekadar 1 hala sahaja. Peserta akhirnya akan pulang dan mencari maklumat mereka sendiri.

BTN tidak menyentuh tentang bagaimana rakyat khususnya kaum muda harus bergerak ke hadapan, perkara ini tidak disentuh dalam program BTN.

Bagi YB Nik Nazmi, BTN melahirkan 'atmosphere of fear', kalau tak ikut kita akan gagal, kalau tidak menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh BTN kita akan gagal mendapat biasiswa, gagal mendapat kerja, gagal melanjutkan pelajaran.

Beliau memberi contoh tentang Ustaz Ramadan Fitri yang gagal melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara apabila gagal dalam kursus BTN walaupun beliau adalah seorang yang bijak dan aktif.


Saudara KD John membangkitkan tentang konsep Nation state yang merangkumi semua rakyat dan bukannnya sesuatu bangsa. Juga tentang konsep Malaysia yang merangkumi negeri di Malaysia Timur juga termasuk Sabah dan Sarawak maka para fasilitator mereka harus juga termasuk kaum dari Sabah dan Sarawak.

Beliau menekankan yang kita harus menelusuri sejarah bermulanya BTN pada tahun 1974 barulah kita dapat memahami kenapa BTN diwujudkan. Ianya dilahirkan dengan terjadinya peristiwa May 13 1969.

Pemuda ini menceritakan pengalamannya mengahdiri program BTN, sudah tentu tidak menyukai dan membencinya dan mencadangkan agar menyaman pihak kerajaan yang mengadakan program BTN.

Wakil dari UMNO/BN yang dijemput tidak menghadirkan diri tanpa apa-apa sebab, tetapi rupanya ada yang datang untuk menyuarakan pendapat dan persoalan mengenai bagusnya BTN dan BTN tidak membangkitkan semangat perkauman yang negative...namanya Azam, bersemangat membangkitkan tentang beberapa perkara dalam perlembagaan..yang sememangnya tidak boleh dipertikaikan tentang agama dan bahasa.


Hebat juga beliau berhujah tetapi mungkin out of context sedikit..saya tidak punya banyak masa untuk menulis di sini...menurut sahabat saya beliau ini ialah dari kumpulan PERKASA Ibrahim ALI.
Adik ni pun best...power gak dan berani dia bangun..oleh kerana beberapa orang sebelumnya bangun dengan masing-masing mengatakan bahwa mereka adalah produk UITM, UM, beliau pun memulakan dengan berkata.."Saya produk keluaran Politeknik Shah Alam sahaja.."

Dan terus dengan bersemangat beliau menaikkan tone suaranya dengan tinggi dengan nada yang mencabar " Saya pernah mengikuti BTN versi UMNO, jadi saya ingin mencabar kerajaan Parti Keadilan...oooo...maaf...kerajaan Selangor mengadakan BTN versi Selangor pulak!!!!!!!"

Wah hebat...terus senada semua yang hadir jerit...."Dah adala!!!!!"...ada yang bangun menunjukkan Suara Keadilan yang terbaru...mungkin ada disebut di dalamnya...saya tak pasti apa...mungkin yang dimaksudkan ialah Program SPIES dibawah kelolaan EXCO Dr Halimah Ali.

Terus adik ni kata..." oooo...maaf mungkin saya tidak tahu dan tidak tidak digembar gemburkan...ok...saya nak tanya yang lainla...oh...ok....tak pe-tak pe...." dan terus duduk....

Kita pun tak mahu membuat tuduhan apa-apa kepada dia samada dia diupah oleh sesiapa pulak...tapi bagus sifat keberanian yang ada padanya..cuma mungkin kena buat kerjarumah atau assignment dulu sebelum datang....


Ni memang power...kita kat bawah saja yang tak bersatu...pemimpin yang diatas tu...melayu, cina dan India semuanya bersatu...BERSATU merompak ekonomi negara kita...ada yang jerit juga tentang enjin jet....


Adik ni lagi power...membangkitkan tentang Agama dan bangsa...mana yang lebih penting..dalam BTN apakah Bangsa telah memijak agama...turut memberi contoh tentang peristiwa Hijrah dan peristiwa yang berlaku di Mekah...hebat anak muda ini...maka apakah kita perlukan BTN???



Ini lagi haru biru..entah apa yang nak disampaikan pun tak tahu..."saya tak tahu samada saya boleh memberikan salam kepada semua disini, tak tahu sesuai atau tidak, nak sebut salam 2 malaysia ke apa ke..."....tah apa-apa...lepas tu terus cabut keluar tak masuk-masuk lagi...


Juga membangkitkan tentang sistem pendidikan yang dirasakan gagal kerana perlunya BTN.


YB Teresa turut hadir...


2 comments:

kulupSakah said...

kahkahkah!

tapi entry pasal Ir Nizar rasmi PDK tu best kak N..
terima kasih!

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

wah..meriah berbanding di KLSCAH haritu. Rugi tak dapat hadir yg ni. Ade usrah plak malam semalam