Wednesday 16 December 2009

Ceriakan Hari Anda!!!!!Lain dari Yang lain..ceriakan dengan warna warni Hak Asasi Manusia....

Gambaran warna warni kehidupan yang penuh ceria dan gembira bila Hak Asasi Manusia diletakkan di tempat yang sewajarnya...


Tahniah kepada ADUN Kota Damansara dan semua aktivis yang telah menjayakan karnival yang sangat meriah ini dan lain dari yang lain...Moga lebih ramai yang akan memahami isu-isu-isu Hak Asasi Manusia.

...................Banner Karnival Hari Hak Asasi Manusia Kota Damansara 2009.......................
ADUN Hulu Kelang turut datang menyerikan majlis. Beliau juga terkenal sebagai seorang pejuang hak asasi manusia, apatah lagi bila telah dua kali ditahan di bawah ISA satu akta yang ternyata membelakangkan hak asasi manusia dari segala aspek. Begitu juga Dr Nasir, ADUN Kota Damansara juga pernah ditahan ISA di bawah Operasi Lalang dalam tahun 1987 selama 15 bulan juga seorang pejuang hak asasi.

Hak Wanita.....yang diperjuangkan oleh EMPOWER. Pusat Janadaya, Bekerjasama dengan Komuniti. Apa agaknya maksud cop tangan tu ye....ikut imaginasi diri sendiri...

GMI Gerakan Mansuhkan ISA pasti tidak akan ketinggalan untuk membuka gerai bagi mengenengahkan isu kezaliman ISA pada masyarakat. Gambar menunjukkan aktivis GMI bersama aktivis SUARAM bergambar bersama. Kredit gambar di sini.

Peminat kecil gerai GMI, bagus untuk mereka tahu sejak dari awal tentang Hak Asasi Manusia dan secara khusus undang-undang zalim ISA.


Antara barangan yang sentiasa ada untuk dikongsi dan dibeli oleh orang ramai.


ADUN Kota Damansara bergambar bersama aktivis Hak Asasi Manusia, dari Jerit, Center of Orang Asli Concern dan SUARAM. Di gerai Centre For Orang Asli Concerns.

Anak-anak Scouts yang bersedia membantu, mereka membantu menyiapkan gerai dan mengedarkan risalah tanpa rasa malu dan segan. Bergaya lagi!!!!

Barangan di gerai KOMAS menarik dan berwarna warni. Saya pernah mengikuti aktiviti mereka paling terkini di Freedom Film Festival 09. Memang menarik, memaparkan cara terkini menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat dan memberi peluang kepada masyarakat memikirkan dan menjalankan proses menyampaikan maklumat mengikut apa yang sesuai dengan isu sesuatu tempat dan keadaan. Memang menarik dan berkesan.

A Malaysian Popular Communications Centre for Human Rights
KOMAS is a popular communications centre set up in August 1993 after two years of close consultation among several grassroots organisations and individuals in Malaysia. It was established with the main intention of servicing the organising needs of groups involved in a whole range of issues in Malaysia today.

Aktiviti untuk anak-anak tempatan...aktiviti melukis dan mewarna dengan tema Hak Asasi Manusia...HAK KESAMARATAAN DAN TIADA DISKRIMINASI.....manusia tiada bezanya samada warna kulit anda putih, cerah, gelap atau hitam...semua sahaja...apatah lagi di sisi Allah (SWT).

Tangan yang cerah yang mewarna di gambar di atas......


........sama sahaja dengan pemilik tangan yang melukis di sini....tiada bezanya...semua punya hak yang sama. Ini membuatkan saya teringat satu dokumentari pendek yang ditayangkan di FFF09 yang lalu yang menyentuh tentang iklan krim pemutih...untuk memutihkan kulit yang gelap menjadi cerah...kita mungkin tidak sedar bahawa secara tidak lansung iklan itu mengusik sifat perkauman...apakah orang yang gelap itu tidak cantik dan menarik..apakah perlu memutihkan diri untuk dilihat sebagai cantik dan menarik...kita harus lebih peka dan sensitif untuk tidak mengusik hati mana-mana kaum. Anak2 perlu diajar mengenai hal ini dan tidak mengikut rentak yang sedia ada.

Menunggang kuda..aktiviti untuk anak-anak...PERCUMA...inilah yang dinamakan sebagai satu karnival yang tersendiri dan lain dari yang lain...di sini semua kanak-kanak berhak menikmati hiburan dan bermain. Tanpa dikenakan sebarang bayaran. Anak saya, Asiah sebaik selesai aktiviti mewarna berlari menuju ke gerai GMI tempat saya bertugas...sambil menjerit : "Ummi...Asiah nak naik kuda".....saya pun hulurkan kepadanya sedikit wang dan minta dia pergi sendiri. Kebiasaannya di mana-mana tempat pasti akan dikenakan bayaran. Selesai bermain dia memulangkan semula wang kepada saya dan katanya percuma. Alhamdulillah.


Aksi lompat-lompat untuk anak-anak di the big castle....juga PERCUMA...seronok, tapi Asiah kata..."sekejap saja la ummi"....ummi pun kena terangkan..."ye lah Asiah...kenala bagi semua orang rasa main...lagipun percuma...Asiah mungkin selalu dapat main tapi kalau orang yang tak punya keupayaan untuk menikmati, mungkin inilah masanya untuk mereka menikmati keseronokan yg sama macam orang yang ada segalanya"


Zunar dan konconya tidak ketinggalan mempromosi majalah baru dan lama mereka...memang gigih mereka ini...Inilah cara terbaik untuk mereka turut sama turun padang mendedahkan kezaliman dengan cara mereka sendiri.


Dua orang ADUN pilihan rakyat sedang beramah mesra dengan penduduk setempat. Turut serta isteri ADUN Hulu Kelang yang juga AJK GMI.

KDCF Kota Damansara Community Forest : salah satu organisasi yang turut sama dalam karnival tersebut. Ketika melalui jalan dari Sg Buloh menuju ke tempat tapak Karnival saya telah tersasar jalan menuju ke satu jalan mati...kelihatan beberapa orang dalam pakaian sukan sedang berjalan dan beriadah....saya pasti ini kawasannya yang sedang diusahakan menjadi kawasan beriadah...sangat bagus...perlu sama-sama berjuang dan memastikan kawasan hutan hijau kekal...sebagaiaman perjuangan penduduk di Taman Melawati yang berusaha memastikan masih ada kawasan bukit di tempat mereka terselamat dari diratakan...SAVE TAMAN MELAWATI HILL!!!


Lagi aktivis bersama aktiviti mereka...kita memberi sokongan kepada apa saja yang membawa kebaikan dan menjauhkan kita dari keburukan dan kemusnahan.....

STOP CYANIDE MINING : RAUB BUKIT KOMAN.

Wakil dari SUHAKAM turut datang menyerikan majlis...Pesuruhjaya SUHAKAM Dato' Siva Subramaniam.


Pelawat melihat pameran gambar-gambar di Gerai Centre for Orang Asli Concerns...mereka berjiran dengan kami....Dr Colin Nicholas koordinatornya dengan baik hati membantu kami setup gerai dan memasang bahan pameran...tolong menolong ke arah kebaikan...Terima kasih...seronok dapat bekerjasama...

Ha...ini gerai penuh warna warni milik JERIT. Lihat blog mereka juga berwarna warni...aktiviti mereka lagi berwarna dan penuh kelainan dan luar biasa!!!!

Jaringan Rakyat Tertindas....


Ada aktiviti memanah lagi!!!!

Tengok la siapa yang cuba menunjukkan bakat...baling panah ke arah 3 tuntutan utama JERIT...sebelum tu kena la teka dan tahu apa tuntutan utama mereka....Ketepi semua orang!!!!!

Yeaaaayyy....saya berjaya lah..dua mengena....tuntutan JERIT....Mansuhkan Akta Zalim..ISA, OSA, AUKU dll, tuntutan gaji minima...perumahan selesa....


Aktiviti warna warni di dalam dewan untuk anak-anak...

Zunar ketuai program bersama anak-anak...belajar melukis kartun.....

2 comments:

ali said...

wah bestla kak.byk gamba warna warni.Ada gamba omputih lagi. Tu omputih tu bekas makwe ali masa kt sweeden tau.

ummu asiah said...

oh ye ke tak tahu pulak...dari sweden rupanya...belajar kat sweden rupanya...memangla tak dikenali...

cerah sikit mata tengok warna warni ubati hati yang sakit dengan perkembangan semasa dulu hingga kini...