Friday, 30 April 2010

SEBARKAN...URGENT...MAYDAY!!! MAYDAY!!! MAYDAY!!!


TURUN RAMAI-RAMAI


KE : DATARAN MERDEKA

HARI : SABTU INI 1 MEI 2010


PUKUL : 11 PAGI....


JOM BANTAH GST...... INI ADALAH BANTAHAN RAKYAT UNTUK SEKARANG DAN GENERASI AKAN DATANG... JANGAN KERANA KEANGKUHAN KITA GENERASI AKAN DATANG DIMANGSAKAN!



Mana Hishamuddin Menteri Dalam Negeri????

Ke mana perginya Hishamuddin Tun Hussein Onn ni, belum dengar apa-apa kenyataan dari dia lagi sedangkan dia adalah seorang Menteri yang bertanggungjawab ke atas Institusi Polis.

Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan sebuah intistusi yang penting dalam sesebuah Negara. Rakyat cuma mendesak agar polis bertanggungjawab, tetapi polis melalui ketua mereka telah mengeluarkan kenyataan yang tidak sewajarnya contohnya membuat tuduhan melulu kepada mangsa. Diikuti dengan amaran dari Ketua Polis Negara untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Bukan ini yang kita harapkan, namun inilah layanan yang sering kita terima. Apa lagi yang hendak diharapkan. Semua bukti berada di depan mata bagi setiap dakwaan yang kita buat.

Kes ini terlalu besar maknanya kepada rakyat, kita perlu kan polis untuk menjaga keselamatan kita dan polis berhak bertindak sekiranya keselamatan mereka diancam. Namun dari cerita yang berlaku dalam dua kes kini iaitu kes Norizan Salleh dan Aminulrasyid, cerita sebaliknya yang kita dengar, oleh sebab itu rakyat marah dan mahukan penjelasan dan siasatan segera bukannya buat tuduhan melulu.

Di bawah sekali lagi dipaparkan laporan layanan yang diterima oleh delegasi yang pergi ke Kementerian Dalam Negeri dengan temujanji untuk membuat laporan mengenai kes Norizan Salleh. Namun layanan yang diterima amat memalukan dan mendukacitakan.

Kita berharap pihak kerajaan melalui Kementeriannya menghentikan sikap begini kepada rakyat yang datang untuk membuat pengaduan.

Peritiwa berlaku pada 26 hb Februari 2010.

Sebaik sampai di lobby Bangunan Kementerian Dalam Negeri kami dijemput masuk ke bahagian dalam tempat pengawal. Pengawal ni baik sahaja bercakap dengan wakil rakyat kita. Turut berada di sana ialah YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, YB Rodziah dan peguam Latheefa Koya yang tegas dan garang :-). Garang dalam menegakkan hak asasi manusia.

Pengawal mengatakan bahawa Menteri menunggu di atas dan hanya 5 orang dibenarkan naik. Kemudiannya apabila semua bertegas, dinaikkan menjadi 7 orang. Namun kemudiaannya Lateefa dan YB Zuraidah mengatakan bahawa rombongan kami ramai dan ada ramai juga wartawan yang ingin membuat liputan, maka kami memohon agar Menteri dapat turun ke bawah bertemu dengan pengadu dan rakyat.

Semua menunggu di lobby bangunan hingga turun seorang yang memakai tanda nama Azmi tanpa senyuman dan terus bertanya dengan sombongnya "Mana memorandum, Mana memorandum" berkali-kali....disambung lagi..."Mana memorandum, kata nak bagi memorandum, bagilah"

Namun semua berkeras tidak mahu menyerahkan memorandum,kerana kedatangan semua ke sana ialah untuk bertemu Menteri sendiri dan perkara ini sudah dimaklumkan lebih awal lagi. Maklumat yang diterima juga Menteri sebenarnya ada.

Tambahan lagi mangsa tembakan Puan Norizan turut hadir, beliau boleh bercakap bagi pehaknya sendiri.

Kenapa pegawai tersebut yang akhirnya memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Azmi Setiausaha Kanan Sulit Menteri Dalam Negeri tidak boleh lebih bersopan dan menerima tetamu dengan senyuman dan lebih baik dan hormat sedikit.

Perbualan yang sepatutnya berlaku ialah seperti ini:

"Mohon maaf, Menteri ada tetapi dia tidak dapat turun ke bawah, saya datang ke sini bagi pihak Menteri. Siapa mangsa di sini? Oh..silakan adukan apa masalah puan,kami sudi mendengar dan serahkan memorandum tersebut untuk perhatian dan tindakan kami..."...kan mudah dan senang...tak perlulah berlaku kekecohan di sana...kenapa mesti defensive dan nak melawan dengan rakyat yang tidak mengancam.....

Ini tidak, perkara yang sebaliknya yang telah berlaku yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang hadir. Mangsa ada di sana datang mengadu kepada Kementerian yang bertanggungjawab. Lihatlah wajah Dato' Azmi yang sudah bersedia berpaling dan hendak beredar setelah seorang lagi pegawai bawahannya mungkin cuba datang untuk 'menyelamatkan' keadaan.

Peguam Norizan, Surendran dan juga Latheefa...cuba menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan layanan yang diterima.

Lihat sendiri aksi dan ekspresi mereka.....pasti jelas perkara yang berlaku adalah di luar batas kesabaran.

"Hei...kenapa mesti pergi, mangsa di sini, kami peguam, Exco Kerajaan dan wakil rakyat ada di sini"....mungkin itu yang telah disampaikan.

Ini lagi seorang pegawai KDN yang datang memburukkan lagi imej Kementerian Dalam Negeri.

Berlalu pergi....

Terkejut dengan apa yang berlaku...."Norizan, cuba lihat layanan mereka kepada kita...kita mesti pastikan mereka semua ditumbangkan agar tidak ada lagi yang akan menerima nasib yang serupa"

Lihat pergerakan Polis Di Raja Malaysia...ok lagi cuba pegang sama-sama mungkin:-)

Setelah gagal berjumpa, berbincang dengan baik dengan yang bertanggungjawab, delegasi pada hari itu telah keluar berkumpul di luar dan menyatakan bantahan masing-masing dengan mengeluarkan banner untuk perhatian dunia!!!!

"Wanita Malaysia KECAM Polis Di Raja Malaysia. Kembalikan nikmat rasa aman dan selamat kepada Wanita di Malaysia"

Keadilan untuk Norizan Salleh....baru beberapa saat polis pun cuba nak rampas....

Wanita berani tidak mudah mengalah....Lawan Tetap Lawan.....

LAWAN


LAWAN TERUS

YB Rodziah Ismail ADUN Batu 3 Shah Alam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor menyatakan kekesalan di atas sikap pegawai tinggi Kementerian Dalam Negeri yang lansung tidak menghiraukan kehadiran mereka ke sana.

ADUN Teratai YB Jenice Lee juga mewakili DAP turut memberikan sokongan dan memberikan kenyataan kepada media selepas kejadian.

Peguam Rakyat: Masih muda dan berjiwa besar untuk membela rakyat. Fadiah Nadwa Fikri, salah seorang peguam yang ditangkap dan dimasukkan ke lokap ketika hadir di hadapan Balai Polis Dang Wangi untuk membela nasib anak guam mereka.

Apa kata kita baca apa yang tertulis di Utusan Malaysia tentang pengakuan Norizan Salleh:

Menjelaskan kejadian itu, Muhammad Sabtu berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan Jinjang pada pukul 4.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota peronda telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, mereka kemudian mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun suspek enggan berhenti dan terus memecut ke arah Selayang sebelum menuju kawasan Gombak sehinggalah beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek yang cuba merempuh anggota polis," katanya.

Muhammad Sabtu menjelaskan, ekoran kejadian itu, pemandu kereta tersebut dan seorang penumpang wanita telah terkena tembak.

Sementara itu, Norizan yang turut hadir di KDN pagi ini mendakwa dia ditembak sebanyak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebatang lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

"Disebabkan kecederaan ini, saya sendiri terpaksa menanggung kos rawatan mencecah RM18,000," ujar ibu yang mempunyai anak lelaki berumur 11 tahun itu.

Wanita berumur 30 tahun itu yang keadaan tangan kanannya berbalut, turut meluahkan kebimbangan disebabkan dia kini tiada pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga.

Thursday, 29 April 2010

SHOOT TO KILL: NORIZAN HIDUP UNTUK MENCERITAKAN DAN PERJUANGKAN NASIBNYA. KITA BERJUANG UNTUK SEMUA MANGSA!!!

Artikel ini saya siarkan pada tarikh 10hb februari 2010....refresh memori kita tentang kezaliman yang sama...modus operandi yang sama!!!!


Sanggupkah kita jadi seberani Wanita Ini..bangun dan Lawan!!!

Tahun lepas kita dikejutkan dengan laporan berita mengenai seorang tahanan A.Kugan yang meninggal dunia di dalam lokap di bawah tahanan polis. Paling mengejutkan apabila imej-imej ngeri keadaan mayatnya disebarkan ke umum di internet. Sungguh dahsyat sekali. Ini hanya satu contoh saja. Banyak lagi sebenarnya yang berlaku. Namun mereka mati dan tidak dapat menceritakan apa yang berlaku.

Di hadapan mata kita kini dan cuba dipaparkan ialah kekejaman polis ke atas seorang wanita yang tidak bersalah. Beliau telah ditembak bertubi-tubi oleh polis, hanya kerana polis menyangka kereta yang dinaikinya yang ditumpangnya adalah kereta curi.

Apa yang dibongkarkan di bawah adalah jelas menunjukkan sikap polis yang zalim dan seperti "shoot to kill".

Norizan adalah seorang mangsa yang terlibat dan berani ke hadapan. Maka kita sudah seharusnya memberi sokongan kepadanya. Kita juga harus berusaha agar perkara ini tidak menimpa orang lain pula...mana tahu nasib ahli keluarga kita sendiri.

Esok satu laporan akan di bawa ke SUHAKAM esok Khamis 11 Februari, pada Jam 11 pagi. Menara Tun Razak Tingkat 29, Jalan Raja Laut. Maklumat di sini.

Laporan di bawah diambil dari merdeka review. Gambar-gambar diambil pada 4hb Februari di hadapan Bukit Aman.


Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Norizan bersama peguam, ahli keluarga dan Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah mengiring Norizan untuk membuat aduan di Bukit Aman pada 4hb Februari yang lalu. Gambar Norizan menunjukkan tangannya yang terpaksa memakai pembalut kerana rosak teruk dibedil tembakan polis mengalami kerosakan yang kekal.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang sama

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan aduan Norizan adalah IO yang menyiasat Norizan atas tuduhan "cubaan membunuh"pada hari kejadian berlaku.



Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Surendran mewakili Norizan bersama barisan peguam yang lain.

Surendran memberi penerangan kepada pemberita yang turut hadir membuat liputan di hadapan Bukit Aman.

Surendran pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.


Ibu Norizan disebelahnya, turut serta ialah ayahnya tidak kelihatan.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Aminulrasyid: JOM SEMUA BUKTIKAN SEMANGAT ANDA ESOK!!!!


Hari ini di kebanyakan blog-blog masih lagi membicarakan tentang kesah pembunuhan Allahyarham Adik Aminulrasyid.

Semua berang dan marah dan menuntut agar polis dan kerajaan mengambil tanggungjawab akan hal ini.

Ya, kita semua setuju.

ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kebanyakannya sudah pun menunjukkan sokongan terhadap isu ini. Kebanyakan dari mereka juga telah turut menziarahi keluarga ini. Baguslah...kini biarlah mereka berehat dan kita meneruskan usaha-usaha menuntut bela ke atas kejadian ini. Bukan sahaja ke atas peristiwa yang berlaku kini, namun untuk pastikan agar ianya tidak berulang.

Saya amat tertarik dengan tulisan di blog "ikut suka aku" yang mengaitkan dengan peristiwa pembunuhan yang lainnya yang berlaku. Khususnya kematian Beng Hock. Seluruh negara dan seluruh kaum dan agama bangun menentang dan membela. Semangat begitu tinggi hingga kini.

Memang itu yang kita harapkan...kita tidak mengira agama, bangsa atau warna kulit atau fahaman politik dalam isu kezaliman dan hak asasi.....sama-sama kita perjuangkannya.

Dari blog Tukar Tiub.

(Bagi yang bekerja usahakan untuk mencari sedikit masa 'time off' untuk ke SUHAKAM di Jalan Raja Laut. Ramai-ramai boleh pergi solat Jumaat di Masjed Jamek atau Masjid India, atau juga di Masjid Negara.

Ini soal keselamatan kita semua, dan kemarahan kita terhadap pihak PDRM yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan ini bukan kali pertama!!!! Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengehntikannya!!!!!)

JUMAAT ESOK - BERKUMPUL KE SUHAKAM

BERSAMA KITA MELAUNGKAN KEADILAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA !





NOTA :

ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG
SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN

DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM

DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.

SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS
DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.

Kata Menteri itu POLIS RAJA DI MALAYSIA

(merujuk kepada entry sebelum ini) Mengorek kembali catatan lama saya di dalam yahoogroups tentang pengalaman berjumpa Menteri di dalam gambar di bawah ketika beliau mengeluarkan kenyataan bahawa POLIS ADALAH RAJA DI MALAYSIA, tidak terjumpa pula. Namun saya terjumpa keratan berita dari Harakahdaily yang menyentuh hal tersebut.

Katanya kepada kami "Sebenarnya Pak Lah tak ada kuasa nak bebaskan tahanan ISA, yang berkuasa ialah Polis, sebab tulah polis disebut sebagai 'Polis Raja Di Malaysia'"...Ini bukan rekaan saya.

gambar di bawah diambil dari pertemuan ini.

ISA: Polis lebih berkuasa daripada PM?



Fri Apr 07, 06 04:11:11 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 7 April (Hrkh) - Menyusuri kehidupan penuh teka-teki isteri tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pasti akan tersentuh dengan derita kehidupan mereka memandangkan orang disayangi dikurung tanpa tarikh dibebaskan.

Seorang isteri tahanan ISA, Norlaila Othman sebelum ini pernah menyebut bahawa tahanan ISA lebih malang daripada tahanan kes bunuh kerana mereka tidak dihadapkan ke mahkamah berbanding kes bunuh.

Ini angkara satu tandatangan bertindak menyambung dan terus menyambung perintah lanjutan ke atas tahanan tanpa perikemanusiaan.

Koordinator Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSKGMI), Nashita Mohd Noor dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa baru-baru ini beliau dan beberapa anggotanya berjaya menemukan dua isteri tahanan dengan seorang menteri kanan yang dikatakan berhasrat membantu membebaskan tahanan ISA.

Antara yang turut serta dalam pertemuan itu ialah, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan dua isteri tahanan yang enggan nama mereka disiarkan.

Namun dalam pertemuan itu menteri terbabit hanya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mampu menolong isteri tahanan untuk memastikan suami mereka dibebaskan daripada akta zalim itu, katanya.

Sebaliknya menteri terbabit mendakwa menteri sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam membantu membebaskan tahanan ISA, katanya.

Menteri itu yang vokal mengenai hak kesamarataan antara agama mendakwa, dalam kes ISA, pihak polis lebih berkuasa daripada menteri atau pemimpin, katanya.

Meskipun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) yang menandatangani surat lanjutan, ia atas dasar laporan yang dibuat polis atau lebih tepat pegawai cawangan khas (SB), kata Nashita yang merujuk kepada perbualannya dengan menteri tersebut.

Menurut Nashita, sebelum ini beliau sering membaca kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan menteri tersebut yang disifatkan sebagai 'cakap ikut suka aku'.

"Saya membaca banyak kenyataan-kenyataan menteri ini yang 'menyiat-nyiatkan' jantung hati saya dan kemungkinan ramai rakyat Malaysia yang bencikan sikap menteri itu yang suka cakap 'ikut suka aku'.

"Maka biarlah semua orang tahu dan cuba fikirkan apa yang ada dalam pemikiran menteri ini dengan kenyataannya kali ini," katanya.

Terdahulu menteri yang dimaksudkan Nashita itu pernah beberapa kali bertemu dengan isteri tahanan ISA untuk menerima aduan dan berjanji akan menyampaikannya kepada PM.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali pertemuan termasuk di Parlimen pada tahun lalu, nasib tahanan ISA terus malang apabila ramai antara mereka dilanjutkan perintah tahanan. - lanh

Wednesday, 28 April 2010

"Hentikanlah kezaliman ini" Tegakkanlah keadilan.

Saya menulis dari dalam Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Seorang lagi saksi polis sedang memberi keterangan...lantak kau lah apa yang kau nak cakap...

Kes Aminulrasyid berumur 14 tahun dibunuh dengan kejam oleh polis dengan ditembak di kepala benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat.

Polis terus bermaharalela. Memang polis sudah jadi Raja Di Malaysia. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri pernah mengatakan begitu kepada saya dan seorang isteri tahanan ISA ketika kami berkunjung ke pejabatnya beberapa tahun yang lepas.

Mohon maaf wahai polis anda sendiri yang menyebabkan diri anda dan profession anda dikecam dengan teruk sekali.

Kezaliman polis yang menimpa keluarga Aminulrasyid sudah tentu terlalu berat untuk keluarganya.

Dalam kes Aminulrasyid dan Norizan polis 'trigger happy' menembak.

Suami saya digari dan dibawa ke Mahkamah Kuala Kangsar sehari selepas ditangkap.
.
Hari ini juga hati saya menjadi lebih sakit juga dengan sikap 'trigger happy' polis dalam menangkap orang awam. Sesuka hati menangkap untuk memuaskan hati penguasanya. Dan kami terus menerus menjadi mangsanya.
Justify Full
Geram dan sakit hati ini, tetapi inilah jalan perjuangan yang telah kami sendiri pilih untuk melaluinya.

Suami saya menghadapi dan perlu menjalani perbicaraan kes yang dipanggil polis "ops bubar dun perak'. Dutangkap pada 6 hb Februari 2009. Kes berjalan dengan pantas kerana kami yakin Hakim dan Mahkamah mendapat tekanan untuk segera menyelesaikan kes ini.

Bagaikan "nak luruh jantung" dibuatnya bila peguam memaklumkan Hakim dah tetapkan tarikh2 untuk kes ini di bulan Mei dan Jun. 11,12,13 Mei. 18,19 Mei. 26,27 Mei. 7 hari dalam bulan Mei. 9,10 Jun. 22,24 Jun 4 hari di bulan Jun...Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan kuatkanlah semangat kami.

8 hari kes berjalan di bulan Mac dan 3 hari di bulan Januari yang lalu....22 hari semuanya....tiada lagi cuti untuk anak-anak dan keluarga di kampung. Apa alasan yang harus diberi pada majikan...boleh difikirkan untuk mengambil 'unpaid leave' yang bermakan tiada gaji dan memberi kesan kepada performance kerja...namun inilah jalan yang telah kami pilih. Inilah ujian untuk kita yang ingin tegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.


Anak kedua kami berbaju lokap berwarna oren ditangkap bersama anak tahanan ISA di Himpunan Aman Mansuh ISA bersama saya dan isteri tahanan ISA.

.Anak bongsu kami Asiah sudah biasa menghabiskan waktunya di dalam mahkamah bersama kami....


BANGKIT SEMUA SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA.

jurufoto : ummuasiah

Gambar-gambar di bawah diambil ketika perhimpunan Grand Finale di Stadium Kuala Kubu Bharu.

Di malam tersebut puluhan ribu datang dari seluruh pelusuk negara membanjiri stadium mini ini. Semangat tinggi membara. Rakyat sanggup datang dari jauh, membanjiri juga Masjid Kuala Kubu Bharu tumpang berteduh, berehat, membersihkan diri dan menyahut seruan Ilahi.

Memang benar, jumlah ramainya orang pada hari dan malam tersebut tidak dapat diubah menjadi undi yang boleh memenangkan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor keesokan harinya, namun sekiranya jumlah ini dan ramai lagi turun membantah kezaliman pemerintah dengan sepenuh hati dan jiwa, InsyaAllah dengan bantuan dari Allah pasti kerajaan seharusnya tunduk jua.

Hati pedih dan luluh memandang wajah Allahyarham Adik Aminulrasyid, baru berusia 15 tahun yang ditembak mati oleh polis.

Memandangkan seharian hari ini terpaksa duduk di dalam mahkamah dan liputan celcom yang menekan urat saraf kesabaran maka baru sekarang dapat membaca akan kisah yang tragis dan sedih ini. Sepanjang melallui perbicaran kes di mahkamah mendengar dan memerhatikan gaya dan rentak polis memberi keterangan menambahkan lagi keyakinan bahawa polis sanggup membiarkan diri mereka menjadi alat kepada penguasa demi mengukuhkan lagi sistem pemerintahan yang zalim. Polis sanggup membiarkan diri mereka diodohkan hanya kerana mengikut arahan pihak pemerintah.

Moga rakyat terus bangun menentang kezaliman bukan hanya datang meramaikan majlis ceramah untuk melihat meninjau dan mendengar sahaja. Transform...ubah...menjadi satu kebangkitan rakyat menentang kezaliman.

SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA!!!!!