Thursday, 15 April 2010

Tolak APCO Tolak BN!!! Demo Bantah APCO esok!!!

(pinjam banner himpunan di tempat lain)

Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah

Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman esok bagi membantah pembabitan firma rundingan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia.

Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.

“Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara.

“Penglibatan mereka akan mendedahkan maklumat penting negara,” katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selain itu menurutnya, bantahan esok juga bagi menuntut kerajaan menamatkan serta merta khidmat firma perunding terbabit yang dilat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

“Kita menuntut khidmat firma perunding ini ditamatkan serta merta, bukan tunggu bulan Ogos.

“Kerajaan perlu teliti dan berhati-hati melantik syarikat luar kerana Israel ini saban hari membunuh dan menindas umat Islam di Palestin,” tegasnya.

Selain itu, huimpunan sama juga dijangka turut diadakan di seluruh masjid negeri di seluruh negara esok.

Fakta perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional kepada APCO-ISRAEL tanpa pengetahuan rakyat!!!!

Kita boikot produk yang ada kaitan dengan Israel, kita boikot Mc Donald, Loreal, Nestle dan Coca Cola, kita kata RM1 yang kita belanja untuk beli produk ini bermakna kita menghantar 1 peluru membunuh rakyat Palestine...kini wang kita sebanyak RM77 juta mengalir kepada Israel!!!!!

"Parlimen diberitahu bahawa Kerajaan bayar RM77 juta setahun pada APCO. RM77 juta boleh beri biasiswa pada 2556 pelajar IPTA selama 4 tahun tanpa pinjaman. 77 buah sekolah rendah dapat dibina dengan kos RM1 juta/sebuah. Dapat taja 154 pelajar Perubatan keluar negara. 2556 rumah rakyat percuma yang berharga RM30K. Betapa malang rakyat Malaysia dapat pemimpin begini.

dari blog Al-Bakistani

No comments: