Saturday, 10 April 2010

Kenapa kami tinggalkan Malaysia???? KERANA ISA YANG ZALIM!!!...Selamat Jalan Bashirah...

Alhamdulillah...akhirnya Bashirah dan 3 orang anak-anaknya selamat terbang ke Nigeria. Penerbangan dengan Qatar Air yang mengambil masa berbelas-belas jam dan transit yang lama. Moga Allah permudahkan segala urusannya dan beliau bersama-sama anak-anaknya selamat sampai ke pangkuan keluarga dan suami tercinta.

Kita hanya merancang...Allah jua yang menentukan segalanya...kita membuat perancangan hidup dengan teliti dan cermat, namun Allah menentukan yang sebaliknya...kita redha, terima...namun perbuatan orang yang menzalimi dan merampas hak kita harus terus dibantah.

Aishah (gambar di atas) lahir di bumi Malaysia kurang dari dua tahun lepas. Sudah lama ibu dan ayahnya berhijrah ke sini semata-mata untuk mencari ilmu sambil mencurah bakti mengajar anak-anak di Malaysia yang mencari ilmu dan mendalami bahasa Arab. Hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk suaminya menghabiskan pelajaran di peringkat PHDnya..namun apakan daya, nasib mereka dicengkam dengan ISA yang akhirnya suaminya dihantar pulang dengan zalim.

Tinggallah Bashirah di sini bersama-sama anak-anaknya mengharapkan simpati dan belas dari sahabat-sahabat yang tinggal khususnya kenalan dari sebelah pihak suaminya. Kerajaan Malaysia hanya pandai mengeluarkan kata-kata manis dan janji-janji kosong yang sukar dipenuhi..walau tercatat dalam Hansard Parlimen pada hari Selasa dan Rabu lepas, janji dari Shahrizat dan Timbalan Menteri Kewangan dalam menjawab persoalan dari Dr Lo' Lo mengenai pembelaan untuk isteri yang ditinggalkan.

Kedutaan mereka juga melepaskan tanggungjawab tersebut. Alhamdulillah, ramai lagi hambaAllah yang sudi membantu maka hasrat Bashirah untuk segera pulang ke Nigeria terlaksana jua.

Petang tadi kami selamat menghantar mereka ke KLIA dengan 3 buah kenderaan yang sarat dengan barang dan rakan-rakan Bashirah.

Saya tidak menunggu hingga beliau berlepas pergi kerana punya hal lain yang menanti. Kalau tidak sudah tentu suasana yang pilu menyelubungi diri, walau hanya kenal beberapa waktu saja.

Yang nyata, mulut Bashirah dan rakannya begitu mudah dan lancar mengeluarkan kata-kata berbentuk do'a kesejahteraan dan kemaafan yang panjang lebar..."May Allah reward you and your family with jannah, may Allah bless you and your family fidduniya wal akhirah" dan macam-macam lagi...


Ya, dalam kehidupan ini menuju ke negeri yang kekal abadi..kita memerlukan sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa bertemu Allah, apatah lagi dengan dosa-dosa yang terlalu banyak yang terpalit pada diri. Walau kita terasa ingin bersenang-lenang dengan keluarga dan segala kemudahan yang ada pada kita, namun dengan kesusahan dan sedikit kepayahan yang kita tempuhi demi untuk membantu mereka yang dizalimi diharap akan memudahkan kita bertemu Allah dan memberi kesenangan di akhirat kelak....Amin.

Aishah...moga selamat bertemu semula dengan ayah....

Antara yang gigih membantu memudahkan segala urusan Bashirah sekeluarga.

Sahabat-sahabat Bashirah yang turut serta menghantar hingga ke KLIA.

Asiah bersama Abdullah, anak sulong Bashirah. Dua orang anak lelaki Bashirah tidak sehat pada hari tersebut.

Bashirah gembira dan sudah tentu tidak sabar untuk pulang walau beliau gembira tinggal di Malaysia namun ISA telah merubah segalanya...

Antara yang turut membantu meringankan beban.....

3 comments:

habibah_bib said...

sedih + sebak + pilu... itu yang mampu digambarkan.. sampai hati Kerajaan kita mcm tu... kononnya anti pengganas la, negara Islam.. semoga mereka selamat sampai dan bertemu dengan orang mereka rindui...
tengok muka basyirah ni, cantik dia ni....

Anonymous said...

..ate kalo datang negara orang nak buat honar sama le jugak dengan Mat dan Minah Nero yang lainnya yang 'mengganas' di sini..dan kalo kau pun nak ikut depa ke sana pergi lahh..

aku dan isa said...

OT to Anon 11:35
..ate bahasa mcm biasa dengor,koma sepuak ke dgn SB laknatullah tu...?