Monday, 5 April 2010

Rayuan Azean Irdawaty ke SUHAKAM: Bantulah bebaskan anak saya atau bawa ke Pengadilan

Hari ini sekali lagi bersama-sama dengan SUARAM Suara Rakyat Malaysia dan Majlis Peguam membawa isu penahanan Benjy di bawah Akta Dadah Merbahaya dibawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK). Di bawah akta ini seseorang boleh ditahan selama 60 hari, tahanan reman dibawah penguasaan polis dan cawangan Khas.

Benjy pada 25hb Mac telah pun dibebaskan dengan ikat jamin yang kemudiannya telah ditangkap semula.

Pagi tadi di tingkat 29 Pejabat SUHAKAM, Puan Azean Irdawaty telah meluahkan isi hatinya sebagai seorang ibu kepada Benjy di hadapan Pesuruhjaya SUHAKAM.

Dengan esak tangis yang bukan lagi sebuah lakonan yang sering kita lihat beliau mengharapkan agar SUHAKAM dapat membantu memastikan nasib Benjy sebagai seorang manusia yang punya hak di sisi perlembagaan dann undang-undang terbela.


Dalam nada sebak dan sayu menahan kesedihan beliau menceritakan penderitaannya sejak anaknya ditahan, beliau tidak dapat tidur selama 3 minggu dengan kesakitan yang ditanggung sebagai pesakit kanser, beliau telah lansung hilang suaranya, tapi terus membela nasib anaknya dengan mendesak pihak polis mendedahkan tentang di mana anaknya dan bagaimana keadaannya.

Beliau kesal dengan layanan polis, bukan kerana beliau seorang yang terkenal tetapi sebagai seorang warga negara dan seorang ibu tua yang sakit.

" saya dilayan sebagai seorang yang bukan ibu, sebagai seorang yang tidak berpelajaran, sebagai seorang yang bukan warganegara sebagai seorang yang bukan manusia" begitulah luahan hatinya tentang kekesalannya di atas layanan pihak polis yang sungguh kurang ajar.



Beliau memaklumkan bahawa beliau amat bersyukur dan gembira apabila Benjy dilepaskan oleh mahkamah, namun kegembiraannya hanya untuk beberapan minit sahaja apabila dengan segera sebaik beliau selesai urusan ikat jamin, sekumpulan polis yang tidak berpakaian seragam telah datang dan menahannya semula.






"Saya hanya sempat mengurut dan mengusap lengan anak saya yang bergari sejak beberapa minggu lepas, seketika sahaja dapat mengusapnya apabila mereka datang dan menangkapnya kembali", sedih sekali mendengar rintihan hatinya.




Menurut Azean Irdawaty lagi, polis telah menghubunginya dan membenarkan beliau bertemu dengan Benjy pada pagi tadi tetapi beliau telah memohon untuk menunda pertemuan tersebut kerana sudah ada temujanji dengan SUHAKAM.

Maka polis membenarkan mereka bertemu pada jam 3 petang tadi dengan dua orang sahaja yang dibenarkan untuk berjumpa. Azean memohon agar peguam mereka iaitu Amer Hamzah turut serta, jawab polis "bolehla". Tetapi permintaan Azean agar adik-adik Benjy yang terlalu merinduinya juga untuk berjumpa tidak dilayan.
Ayah Benjy kelihatan tenang dan hanya berdiam diri mendengar luahan hati isterinya.


Pesuruhjaya SUHAKAM memberi sepenuh perhatian dan berjanji akan mengambil perhatian serius tentang perkara ini. Ianya bukan kerana Benjy dan ibunya seorang yang terkenal, bukan kerana seorang 'Puan Azean' tetapi untuk 'Puan Azean' yang lebih ramai lagi di luar.
Dato' Siva mengutuk sikap polis yang suka mengambil sikap mempermainkan orang awam dengan tidak mengendahkan segala permohonan dan pertanyaan mereka.
Menurut Dato' Siva polis sengaja membiarkan ibu-ibu dan ahli keluarga mencari ahli keluarga mereka yang ditahan di merata Balai polis, mereka sukar memberikan kata-kata yang baik 'kind words' mengapakah ini terlalu sukar untuk dilaksanakan sedangkan mereka juga penjawat awam yang diamanahkan menjaga keselamtan rakyat.
Beliau juga mengutuk sikap kerajaan Malaysia yang sering menghadiri sidang mengenai Hak Asasi sering berulang alik ke Geneva dengan pelbagai rumusan dan cadangan namun pada hakikatnya ribuan rakyatnya sedang menderita dizalimi.
"PEOPLE ARE SUFFERING IN SILENCE" ujarnya.

Orang ramai yang turut serta.


Kami mengambil peluang bercerita tentang kisah kezaliman polis dan pengalaman ahli keluarga tahanan ISA yang sama juag dinafikan hak sebagai seorang manusia yang bebas.

9 comments:

ISA said...

Salam Ummi,

Sekadar bertanya, pertamanya saya kurang info sebab saya kurang berminat mengikuti perkembangan artis tanahair. Setelah baca n3 ummi ini, timbul pula pertanyaan.

Di manakah polis sorokkan Benjy, adakah beliau di ISA kan..? Jika ISA.., atas alasan apa..?

Bukankah beliau terlibat dengan kes dadah.

kulupSakah said...

"undang2 apa tak benarkan ibu bagi anaknya nasi?" ayat kak azean tu buat gua sebak.

wanmohd said...

Pd pndpt sy,sbg ibu Azean ptut bsyukur ats bbrapa prkara.Yg ptama anknya Benjy,phak polis tk tuduh pn anknya dbwah sksyen39B Akta Dadah yg blh disabitkan hkuman gantung.Benjy hnya dkenakan tduhan ringan iaitu 12(2)dn jaminan pn rendah.Hkuman pn tk berat blh byar denda.Buat masa ni,dia dtahan dbwah LLPK slama 60 hr kmudian dhantar ke Smpg Renggam,biasala tu org biasa pn kna jugak,apa istimewanya Benjy?sbb dia artis ke?,apa nk diheran,artis ppular,jamal pn biasa msuk pusat.Sbar aje la.Undg2 tk kira siapa.

rona denero said...

wan mohd,apakah anda ikuti betul2 kisah ini?
bersyukur jadah hapa?
undang2 jadah hapa?
sila faham betul2..faham perlembagaan peersekutuan artikel berapa dan berapa apa hak org ditahan..mana lebih besar undang2 akta atau perlembagaan persekutuan..
hak itu telah dinafikan dan banyak keraguan sedang berlaku ...
ramai org masih tak percaya dan apabila kena batang tubuh sendiri baru marah2,
azean kata "dia faham dan dia bukan bodoh. kalau benar bicarakan dan bukan diperlakukan sepereti sekarang".
jangan sedap bercakap dan harap kamu dan keluarga kamu tak kena nanti

ummu asiah said...

Br Isa, :)

Saya beri jawapan dan respon dalam entri baru.

Anonymous said...

what?? polisi biarkan rakyatnya mencari sanak keluarga yang ditahan merata kantor polisi? itu tindakan biadab. saya kira di dalam tubuh PDRM tidak lagi ada perikemanusiaan, mereka semua binatang jadah.. mereka seharusnya memberikan informasi akurat mengenai keberadaan tahanan, tetapi malah menyulitkan keluarga terdakwa.

harus ada peremajaan dalam tubuh PDRM dan anjing2 yang merasa dirinya berkuasa dan tidak pernah mengikuti prosedur dan tidak melayani masyarakat harap di keluarkan saja dari anggota PDRM.

Anonymous said...

Tk kena kt ko. Snang la ko suh org besyukur. Ada akai ka lu. !!

Anonymous said...

Cara buat permohonan surat rasmi tahan llpk kes dadah untuk rayuan kepada KDN..tolong tunjuk ajar secepat yg mungkin..

Anonymous said...

Tolong bagi tunjuk ajar,ini untuk orang penting dalam diri saya