"Khurafat bahawa UMNO BN saja yang mampu memerintah" perlu dihapuskan!!!!
Pernah anda menerima bil air RM0.00? Bagi saya inilah pengalaman yang pertama. Dua hari lepas seperti biasa bila pulang ke rumah pasti tempat pertama yang dituju ialah ke peti surat. Terkejut bercampur gembira menerima bil tersebut walaupun kebiasaannya paling mahal bil air yang perlu dibayar ialah RM40. Sudah tentu walaupun sedikit ianya tetap memberi faedah kepada kita. Apa lagi apabila difikirkan berapa ramai pemilik rumah di Selangor yang mendapat subsidi RM6 setiap bulan untuk bil, pasti mencapai satu jumlah yang besar.
Alhamdulillah hanya di Selangor dan ternyata Kerajaan Selangor dengan segera mengotakan janji mereka untuk memberi khidmat air percuma kepada penduduknya.
Kebetulan juga pada malam tersebut sememangnya kami baru sahaja pulang dari Kuala Kubu Bharu dan mendengar pengalaman yang sama dari penceramah Saudara Mat Sabu. Beliau yang menetap di Shah Alam juga menceritakan pengalaman yang sama sudah berbulan-bulan mendapat bil air RM0.00.
Selain dari itu dalam ucapannya Saudara Mohd Sabu meminta orang ramai untuk mengundi Zaid Ibrahim di PRK Hulu Selangor nanti kerana baginya dia amat menghormati orang yang berprinsip. Perkara ini ada pada Zaid Ibrahim apabila beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri kerana tidak setuju dengan penggunaan Akta Zalim ISA.
Menurut Mat Sabu memanglah Zaid Ibrahim banyak kelemahan tetapi kehebatannya sebagai Menteri sudah terbukti. Siapa yang sanggup untuk melepaskan jawatan kerana tidak setuju dengan ISA?? Hendak bercakap menyentuh tentang ISA pun tak berani.

Mat Sabu juga menyentuh kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang mengatakan bahawa "khurafat pemikiran rakyat bahawa hanya BN UMNO sahaja yang boleh memerintah perlu dihapuskan".
"Bila kita berkata pembangkang mesti DAP, kita masuk Parlimen untuk memerintah bukan untuk jadi pembangkang selamanya" ujarnya lagi yang mahu mentaliti kita bahawa kita adalah pembangkang.
Kita mesti buang pemikiran tersebut lebih-lebih lagi khurafat hanya BN UMNO saja yang boleh memerintah. Sebelum ini rakyat walaubagaiman benci pun BN mereka tetap undi BN. Namun di tahun 2008 semuanya itu telah berubah. Kini hanya Johor sahaja yang lihat bahawa BN saja yang boleh memerintah.
Beliau menyentuh tentang Negeri Kelantan yang sudah lama tidak punya pemikiran seperti itu. Mereka telah melihat sendiri bagaimana banyak penyelewengan berlaku apabila kuasa jatuh kepada Barisan Nasional. Kini sudah hampir 20 tahun PAS memerintah dengan cemerlang.
Maka pemikiran rakyat harus diubahkan....buang khurafat tersebut...mesti berubah...buat perubahan untuk kebaikan rakyat sendiri...buang BN dan UMNO!!!!
Tahniah kepada rakyat Negeri Selangor yang telah buat perubahan tersebut walaupun sebelum ini mereka juga sama seperti Johor. Kini Pakatan Rakyat telah memerintah baru masuk 2 tahun dan sudah pelbagai perubahan yang baik dan istimewa untuk rakyat sudah berlaku.

Rakyat seharusnya sudah boleh melihat perubahan tersebut. Kerajaan dapat duit, kerajaan pulangkan kepada rakyat sebagai rakan kongsi, sama-sama berkongsi kemewahan dan pencapaian. Biasiswa untuk anak Selangor, sumbangan untuk usia emas, saham untuk anak-anak Selangor, bayaran saguhati apabila meninggal dunia, kebajikan untuk ibu tunggal dan bermacam-macam lagi sudah dijalankan di setiap DUN yang ada di Selangor.
Segala penyelewengan akan dibenteras dan dihentikan segera dengan adanya pemantauan dari SELCAT, jawatankuasa yang melihat isu ini.Maka sanggupkah kita membiarkan semuanya ini digadaikan hanya kerana 'gula-gula' yang hanya datang semasa pilihanraya???
Pakatan Rakyat sudah membuat perubahan...BN hanya berjanji bahawa mereka mampu berubah....kemenangan di Parlimen Hulu Selangor pasti menambahkan nilai kebaikan di Selangor dengan segala kemewahan asli yang ada di sana. Tanah peneroka untuk terus diusahakan sebaiknya, kehijauan hutan semulajadi, penduduk asalnya dan warisan sepanjang zaman yang ada di sana.
Jangan biarkan semua ini tergadai dan musnah!!!!

No comments:
Post a Comment