PRK Hulu Selangor: "Saya jatuh cinta pada Hulu Selangor"
" Saya berasal dari keluarga miskin. Saya faham kehendak, maruah dan impian rakyat Hulu Selangor, umpama ianya hasrat dari saya sendiri. Kepada rakyat Hulu Selangor, saya berkata, percayalah pada saya dan berikanlah saya peluang untuk sama-sama bekerja menjadikan impian ini satu kenyataan. Ke arah Malaysia Baru."
Hari ini dari Pusat Media di Kuala Kubu Bharu...
Sidang Media hari ini bersama Menteri Besar Selangor, Zaid Ibrahim dan YB Elizabeth Wong. Bercakap mengenai isu pemilikan tanah, isu air dan pelancongan.
Bagi Tan Sri Khalid pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon Ahli Parlimen Hulu Selangor adalah sebagai satu penambah nilai bagi pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Ini adalah kerana Zaid Ibahim bukan hanya memahami tentang isu pemilikan tanah di Selangor malah beliau mampu menyelesaikan masalah berbangkit dengan bidang perundangan yang ada padanya. Kefahaman beliau mengenai isu-isu ini bukan hanya memberi kebaikan untuk masa kini tapi juga untuk masa yang akan datang.

UTUSAN MALAYSIA...NO...NO..NO
"Pada hari penamaan calon, saya memberitahu para wartawan bahawa saya telah jatuh cinta pada Hulu Selangor. Saya telah bertemu, mendengar dan belajar daripada ramai orang. Saya telah berjalan melawati banyak tempat dan melihat banyak perkara yang menyentuh hati saya, Hulu Selangor merupakan suatu kawasan yang cukup istimewa."
Barisan Nasional pun kempen sakan juga tetapi banyak menggunakan gambar dan nama Perdana Menteri Malaysia...
BN MAMPU BERUBAHLAH.....
Calon Barisan Nasional kebetulan melalui kawasan deretan kedai di pusat bandar Kuala Kubu Bhraru dan melalui pusat Media PKR, tetapi dia jalan terus dan menegur kami yang berada di depan, "Apa Khabar, Terima kasih" dan laju berjalan....memang nampak dia sangat friendly dan baik...cuma malangnya parti yang dibawanya saja yang tak user friendly...sayang...isterinya turut bersama, sopan berbaju kurung. Memang mampu menarik hati orang ramai sikap mereka.
Tidak ramai yang mengikutinya cuma 3-4 orang sahaja.
2 comments:
najib ke kamal yang bertanding ni?
tu la...najib bertanding di mana-mana pilihanraya...
Post a Comment