Thursday, 8 April 2010

UMNO-APCO : menanti kejutan, Timbalan Speaker buat kesilapan??

Dari blog Zainulfaqar kita mendapat maklumat tentang perbincangan atau 'deal' dalaman yang berlaku di antara Timbalan Speaker Dr Wan Junaidi dengan MP Pokok Sena YB Mahfuz berkaitan apa yang berlaku semalam di dalam sidang Dewan.

Semalam YB Mahfuz telah diusulkan untuk dirujuk kepada JK Khas Parlimen kerana menyebut UMNO APCO. Speaker pula telah menerima usul yang dibawa oleh MP Kuala Krau yang telah menggunakan peraturan mesyuarat 36 (12) seperti di bawah:

36 (12) Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

Ini yang dibantahkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, kenyataan apa yang mengelirukan.

Tuan Timbalan Speaker pula telah menerima usul tersebut tetapi merujuk kepada peraturan mesyuarat yang berbeza dari yang diusulkan oleh MP Kuala Krau. Peraturan yang digunakan oleh Timbalan Speaker ialah peraturan 26 (1)

26. (1) Kecuali jika ada syarat-syarat lain dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat ini, usul-usul yang hendak dibawa ke dalam mesyuarat hendaklah didahulukan dengan pemberitahu kecuali usul-usul yang tersebut di bawah ini:

(b) usul yang dibawa dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat:

Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar pula menganggap usul tersebut adalah tidak tepat kerana Ismail dan Dr. Wan Junaidi masing-masing tidak menggunakan Aturan Mesyuarat yang sama.

Tidak cukup dengan itu, menurut Kamaruddin, kaedah Speaker membuat keputusan tidak menurut Aturan Mesyuarat.

Ini kerana, menurut beliau, Dewan Rakyat tidak terlebih dahulu diminta membahaskan usul dan menerima usul Ismail itu.

Tanpa memberikan justifikasi yang jelas, Dr. Wan Junaidi tetap bertegas dengan keputusannya, iaitu Mahfuz diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Di bawah ialah laporan dari blog Zainulfaqar tentang deal tersebut.

DALAM pertemuan tertutup di Kamar Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia merayu kepada Datuk Mahfuz Omar supaya menarik balik kenyataannya, ‘Umno Apco, Apco Umno’.

Sekiranya tidak berbuat demikian, menurut Pandikar Amin, menyebabkan kekecohan berpanjangan di Dewan Rakyat.

Pendirian Pandikar Amin itu sekaligus memberi isyarat bahawa ketetapan yang diambil oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam seolah-olah tidak mengikut prosedur Dewan Rakyat.

Pun begitu, Mahfuz enggan berbuat demikian atas alasan kesilapan itu bukanlah berpunca olehnya.

Sepatutnya, menurut Mahfuz, Dr. Wan Junaidi perlu membuat pengakuan di Dewan Rakyat demi membuktikan kredibilitinya dan kemuliaan Dewan Rakyat sendiri.

Pertemuan tertutup yang turut disertai oleh Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS/Bachok), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS/Kubang Kerian).

Namun, Mahfuz dicadangkan untuk bangun di Dewan Rakyat dalam sesi perbahasan tengah hari ini dan memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau tidak berniat mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, walaupun beliau berniat mengeluarkan kenyataan ‘Umno Apco, Apco Umno’ di Dewan Rakyat.

Mahfuz minta saya menunggu kejutan kelak

Mahfuz minta saya menunggu kejutan kelak!

No comments: