Dr Halili, Cium Tangan, Mansuh ISA, Tulis Nama Atas Batu.
Ya Allah..sampai camtu sekali...muaaahhh...muaaahhh.....ishhh....issshhhh...
Ni gambar seorang mangsa yang luka di tangan akibat rusuhan penyokong pembangkang kononnya di penamaan calon Hulu Selangor sambil kebetulan diperhatikan bersungguh-sungguh oleh seorang yang juga hingga terpaksa dibalut lehernya kerana didakwa dibelasah oleh penyokong PR di penamaan calon Bagan Pinang tahun lepas.
Gambar di atas paling terkini....masih panas lagi...orang-orang muda sekarang guna panggilan 'mangkuk' kalau nak belasah orang.....
Yang seorang berhadapan dengan mikrofon ialah Dr Halili yang baru isytiharkan keluar parti PKR. Yang bestnye sebelah dia ialah tok guru dia kot, juga baru lompat parti beberapa bulan sudah.
3 gambar di atas diambil oleh lensa abah asiah ketika majlis perisytiharan calon P094 pada 13hb April Lepas di Serendah...
Yang bestnya juga kalau tak silap saya Dr Halili ni turut hadir di malam perisytiharan calon Pakatan rakyat di Serendah minggu lepas. Kalau tak silapa saya la..dia turut hadir beri sokongan dan Anwar Ibrahim ada menyebut namanya serta beberapa nama lain yang disebut-sebut akan menjadi calon yang turut hadir di atas pentas...tup...tup hari ni dah keluar parti pulak...lantak kau lah....
Penyokong yang ingin keadilan dan perubahan dalam pemerintahan teruskan usaha dan kerja anda....
Pergi Kuala Kubu Bharu...tulis nama atas batu....
Hari ini kami, (saya, Kak Aliza dan Asiah) bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Misi kami ialah menghantar risalah GMI mengenai kempen MANSUHKAN ISA DAN BUKAN PINDA untuk dihantar ke bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat.
Calon Pakatan Rakyat ada kaitan rapat dengan usaha memansuhkan ISA dan bencikan ISA. Beliau meletakkan jawatannya semata-mata tidak bersetuju dengan penggunaan akta ISA!!! Beliau seorang yang amat berprinsip. dan merujuk hal ini anda semua harus membaca tulisan Hishamuddin Rais tentang contoh-contoh kebaikan demi berpegang pada prinsip yang ada pada Zaid Ibrahim. Hal-hal lain kita serahkan kepada Allah, setiap manusia tidak boleh lari dari melakukan dosa dan kesalahan. [Kesah lama untuk diingat kembali]
Inilah risalah yang telah kami edarkan dan yang ini kami letakkan di Pusat Informasi dan Media PKR di tengah bandar Kuala Kubu Bharu.
Setelah selesai 14 ribu keping risalah dalam 14 pek semuanya kami edarkan di 4 destinasi, Puan Aliza mengajak saya menuju ke Batu untuk tulis nama.
Saya yakin ramai yang tertanya-tanya betul ke ada batu ni...memang betul ada...tapi tak pasti saya bila ianya mula ada di sana. Kak Aliza telah bersama dengan Menteri Besar Selangor dan EXCO2 kerajaan negeri dalam satu majlis di lokasi ini minggu lepas pada 15hb April. Tempat ini bakal dimasyhurkan untuk destinasi pelancongan.
ha..ni lah dia batu untuk ditulis nama atasnya....dengan lagu sudirman yang sering disebut-sebut...kalau pergi kuala kubu...tulis nama atas batu...saban hari ku menanti waktu pulanglah segera kepadaku.......
mencari nama sendiri yang dah ditulis...
Nama YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang dan nama YB Rodziah Exco Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment