Tuesday 20 April 2010

PRK 094 Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Bersama Rakyat

Wanita sungguh istimewa, ditetapkan satu hari khas sebagai Hari Wanita. 8 hb Mac diiktirafkan sebagai Hari Wanita Sedunia. Betapa pentingnya wanita dalam pembangunan dunia.

Kerajaan Negeri Selangor secara khususnya juga telah mengadakan Sambutan Hari Wanita Sedunia dan diadakan pada hari Ahad 4hb April 2010. Bandar Rawang dipilih sebagai lokasi untuk Majlis sambutan tersebut di bawah kawasan ADUN Rawang YB Gan Pei Nei.

Majlis yang bertemakan "Kembalikan Rasa Hormat Dan Kesaksamaan Pemulihan Keselamatan Sosial" diadakan di Dewan Taman Kanching Jaya, Batu 16 Rawang.

Sambutan Hari Wanita pada tahun ini ialah sambutan untuk kali yang ke 99 sudah!!.

Memetik dari Perutusan Khas Hari Wanita, Negeri Selangor 2010 oleh YB Puan Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Sains Teknologi dan Inovasi, menyebut bahawa pengisytiharan Hari Wanita ialah pada tahun 1911 dan disebut di satu Konferensi Wanita Bekerja.

Pada hari sambutan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah berbesar hati mengiktirafkan wanita-wanita dari pelbagai kategori.

Wanita yang teraniaya dan dizalimi turut diberi pengiktirafan.

Sebahagian dari wanita-wanita yang menerima anugerah mereka masing-masing pada hari tersebut.

Isteri-isteri tahanan ISA, wanita membela pencerobohan Kampong Berembang, Wanita yang tidak diterima bekerja kerana hamil, ibu-ibu yang kematian anak kerana dizalimi oleh polis dan lain-lain lagi.

Norizan seorang ibu tunggal yang menjadi mangsa tembakan rambang polis hingga hampir membunuhnya menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor. Tangan kanannya rosak akibat tembakan.


Ahli keluar A.Kugan menerima sumbangan dan anugerah. A.Kugan diseksa ketika dalam tahanan polis dan mati dalam tahanan polis.

Puan Azean Irdawaty dijemput berkongsi pengalamannya menjadi pesakit kanser. Penceritaan pengalaman yang sungguh menyentuh hati bagaimana keperitan hidup menghidap kanser.

Ibu kepada Francis Udayappan yang juga mati dalam lokap polis. Ibunya Puan Sara menerima anugerah. Beliau tinggal di Kuala Lumpur namun nasib beliau tetap diambil berat oleh kerajaan Negeri Selangor.

Merujuk kepada pengalaman Seniwati Azean Irdawaty, YB Rodziah memaklumkan cadangan untuk memberikan subsidi bagi pemeriksaan mamogram untuk wanita bagi mengesan kanser payu dara. Buat masa ini pemeriksaan percuma ini sudah mula dijalankan di DUN Hulu Kelang. Baca di sini.

Di bawah pula dilampirkan tentang pencapaian Kerajaan Negeri Selangor dalam memberikan sumbangan kepada rakyat. Dipetik dari sini.

Sinopsis Pencapaian Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat – Bahagian 1

Posted by Penyokong on Monday, April 19, 2010 ·

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dilancarkan dengan falsafah bahawa kekayaan negeri harus dinikmati oleh rakyat negeri.

*Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu – 1.5 juta meter individu pengguna mendapat manfaat daripada bantuan ini. RM 166.7 juta dibelanjakan.

*Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti. 
RM1,000 untuk 7339 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1,500 ke bawah) kelahiran Selangor terpilih masuk ke universiti.

*Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) – Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun. Mula dengan masukkan RM100. Terima RM1500 apabila berusia 18 tahun. 15,802 telah dilulus daftar dengan peruntukan RM1.34 juta.

* Skim mesra warga usia emas – RM2,500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya. (Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin). 122 ribu dari lebih 300 ribu telah daftar dan 13,342 telah mendapat manfaat skim ini.

*Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang -Biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang. 
Bantuan kewangan membina dan menyelenggara hostel untuk mereka. 130 orang mendapat manfaat dan berpeluang sambung belajar di INPENS.

*
Bantuan lain seperti pemberian geran tanah, rumah, insurans, cuti bersalin dan bantuan keusahawanan juga diberi.

No comments: