ISU KEBAJIKAN KELUARGA TAHANAN ISA DI DEWAN RAKYAT.
Semalam 6hb April 2010 kami sempat meluangkan masa berada di Parlimen hingga lewat petang. Ketika kami sudah berkira-kira untuk pulang terdengar suara yang agak familiar, bercakap pula tentang ISA. Segera kami menuju ke skrin TV yang disediakan dan kemudiannya terus meluru semula masuk ke dalam dewan untuk mendengar sendiri secara live. Alhamdulillah. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sudi juga menyelitkan sedikit isu mengenai ISA khususnya pembelaan kepada kaum wanita iaitu para isteri yang ditinggalkan tanpa bantuan dari Kerajaan.
Dalam hujah balas Menteri yang berkenaan telah menyebutkan bahawa mereka berjanji untuk membantu sekiranya mereka mendapat maklumat. Sayangnya setelah bertahun-tahun mangsa dizalimi di bawah akta yang zalim ini bantuan yang disebutkan tidak sampai kepada yang sepatutnya. Kalau adapun mungkin yang tertentu sahaja dan sekali sekala sahaja.
Harap perkara ini diambil secara serius. Namun dalam kes ISA kata-kata Menteri bahawa "suami yang tidak bertanggungjawa' kerana menjadi penjenayah adalah tidak tepat kerana mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang didakwa.
Berikut ialah ucapan dari Hansard Parlimen yang dipetik dari Facebook Dr Lo' Lo.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Sebelum saya bercakap saya ingin merakamkan rasa kesedihan dan kekecewaan saya atas kejadian yang telah berlaku sehingga menyebabkan salah seorang Ahli Parlimen kita diminta keluar daripada Dewan kita pada hari ini tanpa withdrew respect kepada Tuan Yang di- Pertua. Merakamkan sahaja.

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan ibu tunggal. Sebenarnya ada lagi satu golongan dalam ibu tunggal iaitu ibu tinggal. Maknanya mereka ini masih ada suami dan tidak bercerai atau suami mereka tidak mati tetapi suami tidak berada dengan mereka misalnya isteri-isteri banduan terutama isteri-isteri tahanan ISA di mana mereka ini sering menjadi mangsa. Seperti mana yang kita tahu apa yang berlaku baru-baru ini, saya terlupa nama seorang kanakkanak berumur tiga tahun yang dibelasah sehingga maut, sehingga mati oleh boyfriend kepada ibunya yang merupakan ibu tinggal kerana suami atau bapa budak ini duduk dalam penjara. Jadi isu masyarakat seperti ini sudah banyak dan itu bukanlah satu kes yang pertama.
Saya ingin bertanya adakah kementerian mempunyai satu polisi untuk membantu dan membela isteri-isteri banduan? Ini kerana mereka tidak bersalah, anak-anak mereka tidak bersalah tetapi yang bersalah bapanya ataupun suaminya. Jadi mereka ini perlukan pembelaan sebab biasanya masalah mereka ini bukan sahaja dari segi kekurangan kewangan dan sebagainya tetapi menghadapi tekanan emosi dan psikologi kepada masyarakat juga.
Keduanya adalah isu tahanan ISA di mana pelajar-pelajar luar negara telah ditangkap baru-baru ini. Mereka ini bukan rakyat Malaysia. Setelah ditangkap dan Menteri Dalam Negeri ada dalam sini alhamdulillah, ditangkap dan mereka tiba-tiba dilepaskan dan deported, dengan izin. Dihantar pulang ke negara mereka meninggalkan isteri dan anak-anaknya di sini. Siapa yang bertanggungjawab ke atas mereka? Mereka ini tidak ada wang, tidak ada cukup finance untuk balik ke negara mereka. Mereka terlonta-lonta. Mereka datang ke sini dengan visa suami. Jadi siapa yang bertanggungjawab? Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri ataupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Adakah sepatutnya mereka ini memang dapat pembelaan kerana mereka ini tidak bersalah? Suami mereka pun ditangkap tanpa bicara. Jadi saya ingin bertanya apakah pendirian kementerian dalam isu ini? Terima kasih.
PEMBELAAN KEPADA KETUA ISI RUMAH
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya bagi menjawab Yang Berhormat Batang Sadong. Saya hendak maklumkan bahawa kita di kementerian sekarang kita akan ada satu peningkatan dengan cara kita membantu kumpulan sasar termasuklah ibu tunggal.
Pertamanya, saya hendak rangkumkan kedua-dua ya. Kita akan beri perhatian sekarang bukan hanya kepada ibu tunggal tetapi wanita yang menjadi ketua isi rumah. Ini sebab seperti manaYang Berhormat Titiwangsa kata kadangkala walaupun dia bukan ibu tunggal tetapi dia ketua isi rumah. Saya sudah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat mengawasi kes-kes seperti itu sama ada dia banduan atau dalam keadaan lain yang memerlukan bantuan memang saya setuju dengan Yang Berhormat.
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT AKAN MEMBANTU (JANJI)
Kalau suami itu yang menjadi banduan dia masuk dalam jel kenapa pula isteri dan anak-anaknya yang mesti diseksa. Itu tidak adil. Jadi saya meminta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kita membuat kerja-kerja kebajikan, kita kena bantu kumpulan sasar. Insya-Allah saya dimaklumkan bahawa beberapa kes di mana suami menjadi banduan, kita sudah pun melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mereka. Jadi kalau Yang Berhormat tahu ada kes-kes sama ada ISA atau mana-mana pun sila rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tindakan akan diambil. Untuk...
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Minta maaf. Ini akan jadi satu polisi, satu dasar kepada kementerian?
ARAHAN MENTERI-BANTUAN KEPADA KELUARGA MANGSA ISA
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Itu sebagai arahan daripada Menteri bahawa kalau ada kes-kes seperti itu sebab apa kemiskinan dan juga kes-kes seperti ini kita tidak kira siapa jua yang merujuk. Kalau ada rujukan insya-Allah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan turun ke padang secepat mungkin membantu. Saya sendiri pun rasa sebagai seorang wanita apabila saya dengar dan dapat tahu akan kes-kes seperti ini saya pun risau dan memang saya pun geram dan sakit hati kenapa seorang wanita itu dan anak-anak mesti menanggung risiko kerana perbuatan seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Jadi insya-Allah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu.

1 comment:
Sebulan sekampit beras dan rm50 utk setiap anak yg bersekolah ini saja yg mampu diberi oleh JKM.
Suami-suami yg ditahan tanpa bicara sebaiknya mula dibicarakan atau dibebaskan.Bukan sekampit malah selori beras pun mereka boleh cari sendiri selain dpt menjimatkan wang kerajaan/JKM utk menanggung org yg ditahan.Lebih baik dan menjimatkan lagi mansuhkan saja akta tahan tanpa bicara yg zalim ini.
Post a Comment