SHOOT TO KILL: NORIZAN HIDUP UNTUK MENCERITAKAN DAN PERJUANGKAN NASIBNYA. KITA BERJUANG UNTUK SEMUA MANGSA!!!
Artikel ini saya siarkan pada tarikh 10hb februari 2010....refresh memori kita tentang kezaliman yang sama...modus operandi yang sama!!!!
Sanggupkah kita jadi seberani Wanita Ini..bangun dan Lawan!!!
Di hadapan mata kita kini dan cuba dipaparkan ialah kekejaman polis ke atas seorang wanita yang tidak bersalah. Beliau telah ditembak bertubi-tubi oleh polis, hanya kerana polis menyangka kereta yang dinaikinya yang ditumpangnya adalah kereta curi.
Apa yang dibongkarkan di bawah adalah jelas menunjukkan sikap polis yang zalim dan seperti "shoot to kill".
Norizan adalah seorang mangsa yang terlibat dan berani ke hadapan. Maka kita sudah seharusnya memberi sokongan kepadanya. Kita juga harus berusaha agar perkara ini tidak menimpa orang lain pula...mana tahu nasib ahli keluarga kita sendiri.
Esok satu laporan akan di bawa ke SUHAKAM esok Khamis 11 Februari, pada Jam 11 pagi. Menara Tun Razak Tingkat 29, Jalan Raja Laut. Maklumat di sini.
Laporan di bawah diambil dari merdeka review. Gambar-gambar diambil pada 4hb Februari di hadapan Bukit Aman.
Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.
Norizan bersama peguam, ahli keluarga dan Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah mengiring Norizan untuk membuat aduan di Bukit Aman pada 4hb Februari yang lalu. Gambar Norizan menunjukkan tangannya yang terpaksa memakai pembalut kerana rosak teruk dibedil tembakan polis mengalami kerosakan yang kekal.
Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.
Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.
Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.
Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.
Norizan berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.
Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.
IO yang sama
Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan aduan Norizan adalah IO yang menyiasat Norizan atas tuduhan "cubaan membunuh"pada hari kejadian berlaku.
Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.
Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.
Surendran memberi penerangan kepada pemberita yang turut hadir membuat liputan di hadapan Bukit Aman.
Surendran pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.
"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.
Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.
Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.
Ibu Norizan disebelahnya, turut serta ialah ayahnya tidak kelihatan.
Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah
Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.
Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.
"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.
1 comment:
Salam Kak Nashita,
Eh... betul ke ejaan nama tu, nak panggil ummi.. jarak umur kita tak jauh bezanya... janggal pulak rasanya.
Panggil Kakak jelah... so biar nampak muda sikit... ha..ha..ha...
Saya mungkin cam kan akak melalui gambar2 dalam blog dan ingat2 lupa raut wajah sebenar semasa di Lake Garden Club tempohari.
Insyallah akan saya tegur... jika suasana mengizinkan... jumpa di sanaaaaa.....
(Pastikan Ibrahim Ali tak datang... takut hujan pulak... rosak program... ha..ha..ha...)
Post a Comment