Updated at 10.20am: Laporan Live dari PRK Hulu Selangor
1.Wanita UMNO kelihatan berpakaian baju warna biru KEADILAN dan memegang kipas 1Malaysia. Ini dianggap sengaja cuba mengelirukan pengundi. (9.52am) dari Sek Keb Bandar Batang Kali.
2.Dari Sekolah Kebangsaan Rasa pula dilaporkan keadaan masih terkawal, hampir separuh telah keluar mengundi. Petugas Pakatan Rakyat di sana kelihatan 4 kali ganda lebih ramai dari petugas Barisan Nasional. (9.40am).
3.Dari Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Kamaruddin Kuala Kubu Bharu juga dilaporkan keadaan terkawal. Majoriti pengundi adalah dari kaum Cina. Kebanyakan mereka telah datang menyemak status pengundian mereka di Pusat Media, dan respon dari mereka menunjukkan mereka cenderung memilih Pakatan Rakyat dan calon PKR.(10.00am)
4. Dari Ulu Yam Baharu pula dilaporkan ada 3 pusat mengundi. Kelihatan juga 3 bas dipenuhi dengan penyokong Barisan diletakkan di setiap pusat pengundi.
URGENT: BN blocking voters from going to the three polling stations - SK Ulu Yam Baru, SRJK Kg Gurney, SR Agama Ulu Yam Baru. Media should be present to see what is happening here. PDRM is just looking on. (dari zorro-unmasked)
Dari Sekolah Seri fajar, Sungai Tengi Selatan, pengundi seramai 540 orang Seramai 135 orang telah keluar mengundi dari saluran 1 dan 2. Nampaknya warga emas lebih bersemangat untuk keluar mengundi awal.
Moga lebih ramai lagi yang keluar mengundi awal dan menunaikan hak mereka.
Laporan dari kebanyakan pusat mengundi yang lain juga berbunyi yang sama "keadaan tenang dan terkawal"
Namun laporan yang diterima semalam amat menakutkan dengan sikap yang sama dari Barisan Nasional menggunakan bas yang didakwa membawa pengundi hantu sebanyak 35 buah bas seperti yang didedahkan oleh Shamsul Iskandar Ketua AMK PKR di ceramah terakhir semalam.
Juga ketegangan di kampong Orang Asli di mana pihak PEKIDA didakwa telah 'mengepung' kampong orang asli dengan mengatakan bahawa hanya orang kampong yang boleh masuk dan mereka yang nampak seperti penyokong Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk. Ketegangan berlaku dan kekerasan dari pihak Pekida hingga polis terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan ketegangan hingga jam 4pagi.
3 comments:
salam ummuasiah,nak mintak tolong updatekan keputusan boleh tak?sy dah sediakan widget utk blog sedari..cumanya sy tak dapat nak cari sapa yang boleh tolong updatekan...link widget utk keputusan esok ada kat sini http://politikglobal.co.cc/widget_keputusan.php
ohh lupalak..kalau saudari boleh update keputusan esok..sy akan forwardkan link administrator utk update keputusan.
Pekida Ni macam PukiDa... MAcam Sial... Ayahanda sendiri tak terbela, nak cium tangan 'ayahanda' Pukida...
Post a Comment