Friday 23 April 2010

Nik Aziz tak boleh...Najib?????

issshhh...geram betul dengan Khusrin ni....

Nik Aziz dilarang berceramah di masjid Hulu S'gor
Apr 23, 10 2:19pm


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Peng

arah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.



Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).



petikan dari malaysiakini juga.....jadi tak program Najib solat di Masjid ni tadi.....bagi insentif bla..bla...tak berpolitik ke tu???....polis tak jaga dan tangkap ke pulak????

1.00pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Buaya.

Beliau kemudiannya akan makan tengah hari dengan imam dan jawatankuasa masjid di Kampung Sungai Buaya (2pm) sebelum mengumumkan insentif kepada masjid dan surau di Ulu Yam (2.30pm). Najib juga dijadual bermesra dengan penduduk Kampung Ulu Yam Barat (4.30pm).

No comments: