Selamat Pulang Bashirah dan Terus Berjuang para Isteri dan Wanita Berdaya.
Perjuangan membebaskan tahanan ISA reformasi selama dua tahun bermula pada tarikh 10hb April 2001 hingga 1 jun 2003 tidak mudah untuk hilang dari ingatan. Perjuangan yang berterusan hampir setiap hari. Semuanya atas kesungguhan para isteri sendiri.
Kini sudah tidak ada lagi penahanan terbaru. Namun masih ada yang merengkok di dalam Kem Kamunting. Shamsuddin Sulaiman kini menjadi tahanan yang paling lama merengkok di dalam KEMTA. Beliau sudahpun berpisah dengan isterinya. Beliau juga sejak beberapa tahun yang lepas mengambil sikap untuk tidak mahu berjumpa dengan sesiapa yang ingin berjumpanya termasuk kumpulan peguam yang datang menziarahi tahanan. Kami di GMI tidak tahu apa perkembangannya yang terkini.
Bashirah isteri tahanan ISA warganegara asing. Dibiarkan tanpa pembelaan oleh kerajaan Malaysia yang menangkap suaminya. Ada dua buah ahli keluarga yang lainnya lagi di Malaysia sedangkan suami mereka sudah dihantar pulang.
Ahli keluarga mereka dibiarkan merempat di tanahair kita tanpa pembelaan yang sewajarnya. Syukur dengan bantuan dan simpati orang ramai yang tidak kunjung padam semata-mata bencikan kezaliman ISA, nasib mereka terbela. Ramai yang sudi memberikan bantuan dan sumbangan hingga ada yang menghulurkan sumbangan membiayai tiket untuk sebuah keluarga ini pulang ke pangkuan suami dan keluarganya di Nigeria.
Hari ini Bashirah bersama 3 orang anaknya yang masih kecil akan pulang ke negara mereka di Nigeria tanpa sempat mencapai cita-cita suaminya untuk menghabiskan pelajaran di peringkat PHD yang tinggal hanya sedikit sahaja lagi.
Puan Chomel seorang tahanan ISA dan suaminya juga seorang tahanan ISA.
Puan Suri Hanim adik kepada Puan Chomel juga seorang isteri tahanan ISA.
Sejak 10hb April 2001 9 tahun yang lepas hingga kini perjuangan membebaskan tahanan ISA hingga ISA dimansuhkan akan terus diusahakan.
Nasib keluarga tahanan ISA akan terus dibela. Walau suami mereka telah dibebaskan masih ramai yang terus menderita lantaran kezaliman ISA.
No comments:
Post a Comment