Al Fatihah: Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar Kembali Ke Rahmatullah
Gambar ini diambil oleh kami ketika kami singgah berehat dan ziarah markaz PAS Kuala Kangsar ketika Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.
Pemergiannya dirasai oleh kami semua khususnya yang terlibat dengan kes tangkapan di Masjid Ubudiyyah dalam peristiwa Rampasan Kuasa di Perak.
Allahyarham sering malah tidak pernah ketinggalan untuk datang dan duduk bersama-sama kami semua di dalam mahkamah setiap kali perbicaraan dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar sejak bulan Februari 2009 hingga akhirnya untuk kes yang dibicarakan pada 22-26 Mac kami tidak lagi melihat kelibatnya masuk dengan langkah yang perlahan sebelum melabuhkan diri di atas bangku Mahkamah.
Ketika itu kami mendapat maklumat bahawa beliau uzur sudah hampir sebulan bertarung dengan pelbagai jenis penyakit kronik rupanya hingga ada jari kakinya yang dipotong.
Semua OKT Kuala Kangsar ketika Mahkamah rehat di waktu tengahari 22hb mac 2010 telah meluangkan masa menziarahi beliau yang telahpun terlantar di rumahnya setelah dibenarkan pulang untuk bercuti di rumah.
Kehilangannya amat dirasai walau kami hanya mengenali beliau sejak bulan Februari tahun lepas. Namun beliau lah orangnya yang banyak mengambil berat tentang kes tangkapan dan perbicaraan 13 orang rakyat yang ditangkap kerana cubaan membela negeri Perak dari projek rampasan Kuasa oleh BN!!
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkan Allahyarham di dalam golongan hambaNya yang soleh dan beriman.
dari blog Cina Islam
.

Al Fatihah : Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar kembali ke Rahmatullah.
17 Rabiulakhir 1431H.
KUALA KANGSAR : PAS Kawasan Kuala Kangsar kehilangan seorang petugas parti yang gigih yang saya kenali rapat apabila kembali ke Rahmatullahnya Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasannya , Ahmad Mokhtar Mutalib yang menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.45 pagi tadi di Hospital Taiping
Pada 21 Mac lepas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Hj Hadi Awang sempat menziarahi Ahmad Mokhtar b. Mutalib di rumahnya, Taman Kenari, Jalan Baru.
Tuan Guru yang kebetulan ada program berdekatan, telah dibawa ke rumah Almarhum oleh DPP PAS Kawasan diketui oleh , Timb Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar yang juga exco DPP Pusat, Sdr Dr Al Hiss.
Tuan Guru Presiden ditemani oleh keluarganya dan menantu beliau yang juga Ketua Penenrangan DPP Perak, , Ustaz Akmal.
Beliau banyak memberi kata-kata nasihat & perangsang kepada Sdr Mokhtar supaya bersabar dengan ujian dan mehnah perjuangan hidup.
Tidak ada kepastian dimana dan jam berapa jenazah akan disembahyang dan dikebumikan. Namun sesiapa yang ingin menziarah jenazah almarhum bolehlah datang dikediamannya di Taman Kenari di sini.

No comments:
Post a Comment