Saturday 3 April 2010

Penahanan Benjy, Polis dan Demo Peguam

Saya masih punya banyak gambar yang ingin dikongsi bersama yang mempunyai kaitan yang besar dengan perkembangan semasa tanahair.

Kali ini di bawah dikongsi gambar-gambar yang berkaitan dengan hak kita sebagai rakyat seperti yang tercatat di dalam perlembagaan.

Kali ini hak seorang peguam dan anak guamnya. Kita dipinta dan diarah agar menjunjung perlembagaan malangnya mereka yang berkuasa yang menyalahi segala hak yang ada di dalam perlembagaan.

Dalam kes terkini yang membabitkan pelakon terkenal yang lebih dikenali dengan nama Benjy anak pelakon wanita popular Azean Irdawaty.

Beliau telah ditangkap dan ditahan reman yang kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin. Seperti yang diluahkan oleh adiknya di sini, beliau kemudiannya ditangkap semula dan ditahan reman selama 60 hari tanpa dibenarkan seorang peguam yang sedia ada membelanya. Sama seperti yang berlaku kepada tahanan ISA.

Majistret yang mendengar kesnya sendiri bertanyakan dimanakah peguamnya sedangkan polis menyatakan bahawa Benjy tidak perlu mendapatkan peguam. Memang entah apa-apa polis ni...

Bukan itu saja peguam Amer Hamzah yang sedia ada datang ke mahkamah untuk membelanya telah dikasari dan ditolak ke tepi tidak dibenarkan untuk mendekati anak guamnya.

Apakah nasib Benjy seterusnya tiada siapa yang akan ketahui kecuali pihak polis dan cawangan Khas.

Bagi kita dan kami khususnya pejuang hak asasi dan Gerakan Mansuhkan ISA kita tidak mengira sesiapa anda untuk terus memberikan pembelaan.

Maka pada 31hb Mac yang lepas bersama dengan peguam-peguam yang membela hak rakan mereka Amer Hamzah telah pergi ke Bukit Aman bagi menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara. Bersama-sama turut hadir ialah adik Benjy sendiri.

Saksikan gambar-gambar yang sempat di lampirkan bersama di bawah.

Kesah seterusnya boleh juga dibaca di blog peguam muda Puspa Rosman.

Dibawah pula ialah aksi polis yang tidak suka banner dipasang di mana-mana perhimpunan Aman.

Polis berpangkat tinggi ini allergic dengan banner beserta kata-kata yang tertera di atasnya.

'Menolong melipat' banner

Lipat terus...mana boleh biarkan dia melanggar hak asasi untuk berhimpun secara aman...really aman la ....di bukit aman...


Tengok tu paksa dan berkeras lagi





Peguam Latheefa Koya dan rakan-rakan tak puas hati dengan sikap tidak bertimbangrasa pihak polis.

Takkanlah nak pegang banner pun tak boleh kot.

Semua pun marah dan tak puas hati.



2 comments:

Anonymous said...

so in the end all this boo hoos did not change anything..at all.. lame.

sukry said...

awak cuma mahu popularity dan anda semua (Lawyer PR) hanya tahu bermain populis...anda tah kisah sebenar kes Benjy..tapi anda butakan mata pekakkan telinga hanya utk merendahkan martabat PDRM dan kerajaan..kebenaran akan terungkai jua..InsyaAllah...