Tuesday, 12 January 2010

"Allah Siapa Punya"..Pelbagai Pandangan

Jurufoto : Abah Asiah
Pencatat: Anfal Saari

Assalamu'alaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pencari maklumat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Seperti yang dijanjikan di bawah saya titipkan nota yang dicatatkan oleh Anfal Saari yang dikutip dari Forum yang diadakan semalam. Semoga mendapat manafaat darinya walau hanya sekadar nota yang ringkas namun mantap.


Panelis 4: Dr Mohd Farid Mohd Shahran, pengerusi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

* beliau mengupas dari sudut kewajaran menterjemah GOD sebagai Allah.

* ia bukan isu siapa yang monopoli penggunaan kalimah suci.

* dalam kamus Oxford & Cambridge, ALLAH diterjemah sebagai LORD of the Muslims.

* dalam menterjemah kalimah, perlu ikut konteks di Malaysia kerana ia tidak sama dengan di negara2 Arab.

* toleransi kita adalah: LAKUM DINUKUM WALIYADIN.

* sekiranya Kristian mahu menggunakan kalimah Tuhan dengan alternatif, gunakan terma asal seperti ELOHIM atau YAHWE.

* kita perlu bezakan apakah FAKTA dan apakah KEBENARAN

Panelis 5: Mr. Shah Kirit Kakulal Govindji (pendakwah, Saba Islamic Media).

* isu ini berasas untuk menjadi isu sensitif kerana penggunaan bahasa seharusnya untuk MENJELASKAN maksud, bukan untuk MENGELIRUKAN

* kerisauan orang Islam adalah penerjemahan orang Kristian dari GOD kepada ALLAH akan digunapakai untuk dakyah kepada orang Islam

* sekiranya perlu untuk terjemah GOD sebagai kata umum, gunakan ILAH

* hujah beliau dengan memberi contoh2 ayat dari English Bible berkenaan hubungan Jesus dan Lord seperti: Jesus merasakan Lord lebih besar dari dirinya, Jesus berdoa pada Lord, dan juga Jesus solat sepanjang malam. Ini tidak bertentangan dengan konsep tauhid sekiranya Lord di sini diESAkan* dalam Bible, Commandment yang paling penting adalah: the Lord (our Allah) is ONE. Ini berdasarkan kepada “The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord’” Mark 12:29. Jadi sekiranya Allah diganti dalam ayat ini, maka ia akan menjadi masalah kepada orang kristian.

* tak salah non-muslim nak gunakan perkataan Allah, tetapi biarlah ia mengikut erti dan rujukan siapa Allah itu sebenar, iaitu Allah itu Esa.


Panelis 6: Sdr. Eddin Khoo (Hindu) , budayawan, penulis dan pengkaji agama.

* isu berpunca dpd kegagalan untuk membincangkan hal2 agama yang kompleks.

* ia juga bayangan sebenar krisis institusi negara.

* faktor demografi juga sebagai punca Sermon di gereja2 di Borneo disampaikan dalam Bahasa Melayu, dan ini telah berlaku 100 tahun lalu.

* perkara ini perlu ditangani secara KOLEKTIF dengan meraikan kepelbagaian, mengendalikan isu sensitif ini secara bertamadun agar kita saling mengenali.


Panelis 7: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam.

* banyak nas di dalam Al-Quran membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh non-muslim.

* namun, Allah bagi non-Muslim tidak sama dengan Allah bagi Muslim.

* beliau merujuk seerah Rasulullah ketika baginda menulis Perjanjian Hudaibiyah. Baginda memulakan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim. Suhail b. Amru wakil Quraisy membantah kerana bagi mereka, mereka tidak mengenal Allah yang bersifat PENGASIH PENYAYANG. Suhail minta menggantikan Bismika Allahumma.

* perbezaan yang ketara adalah Muslim menggunapakai nama Allah dengan penuh kefahaman ttg konsep Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, Asma' wa Sifat dan BUKAN hanya pada nama.

* rujuk Ali-Imran:164, apabila menggunakan kalimah yang SAMA, mudah untuk menjelaskan ketidakfahaman ttg konsep tauhid pada non-Muslim. Di sinilah bermula usaha DAKWAH.

(komen penerbit nota ini dalam FB, YB Khalid Samad lebih banyak berhujah berasaskan tindak tanduk pihak UMNO yg telah bertindak dalam norma-norma yg kurang sesuai dalam konteks isu ini sprt membuat demonstrasi, merasa tercabar dengan orang yg menggunakan nama Allah, menghalang menggunakan nama Allah atas dasar kena pertahankan islam)

No comments: