Saturday, 16 January 2010

Apa nak Jadi ni..Polis tunggu apa lagi???

Apakah kita patut disalahkan dan dituduh suka mencari kesalahan polis sekiranya membuat pertanyaan seperti di atas...cuba fikirkan...

Hari ini sudahpun 16hb jan 2010. Kejadian pertama dan paling teruk berlalu pada 8 Januari 2010..gereja di Desa Melawati Selangor. Sudah lebih dari seminggu peristiwa ini berlaku..belum nampak apa-apa yang jelas hasil dari siasatan polis. Yang kita hanya dengar ialah seorang pelajar ditahan reman kerana mengaku membakar gereja di laman Facebooknya..dan seorang lagi juga baru ditahan hasil pencarian yang sama...

Lain yang dicari lain yang ditangkap

"Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..." (Do you want me to throw a petrol bomb there? ... the price is negotiable). Kenyataan ini yang membuatkan beliau ditahan reman hingga ke hari Isnin ini.....kesian..kesian...baca di sini.

Jadi nasihat pada adik-adik yang hendak bergurau di internet tu hati-hatilah...nanti tak pasal-pasal kena bermalam di lokap..lebih teruk bila didakwa..kena cari wang ikat jamin dan dibicarakan...perit untuk melaluinya...kecualilah sekiranya ianya akibat sebuah perjuangan yang jelas matlamat dan tujuannya. Pasti mendapat sokongan.

Itu yang kita persoalkan..kenapa Polis sibukkan diri memantau perkembangan di Internet pula sedangkan pengganas yang mengganas membakar gereja dan membakar sentimen perkauman dan keagamaan masih berluasa!!!!! Baca di sini.

Baca kenyataan Menteri Dalam Negeri . KDN Nafi tidak serius tangani isu gereja dibakar. Baca di sini.

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan tuduhan bahawa kerajaan tidak cukup tegas dan pasif dalam menangani kejadian membakar rumah ibadat di negara ini.

Beliau berkata sebaliknya kerajaan telah mengambil langkah terbaik dan proaktif sejak dari kes pertama dilaporkan lagi dalam usaha mencegah insiden itu daripada berulang dan berlarutan.

Tiada Gereja dibakar lagi 11 Jan 2010??

“Sepanjang empat hari ini, pihak berkuasa telah berjaya menstabilkan keadaan hasil daripada penglibatan dan kawalan efisien hanya dalam tempoh yang singkat.. semuanya dalam kawalan malahan tiada gereja dibakar lagi.

gambar ni sangat best..siap dok pi posing sengeh kat depan gereja di Desa Melawati yang hangus terbakar....diambil dari sini Tak boleh letak komen lebih-lebih...shhh...ada polis pantau...

Kena simbah petrol..kecik je tu..belum ada yang maut

“Ini cuma kes kecil dan hanya pintu depannya rosak terkena simbahan petrol, malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan namun kita tetap memandang serius perkara ini dengan memantapkan lagi kawalan keselamatan.

Komen tidak bertanggungjawab dari seorang Menteri Dalam Negeri yang diberikan amanah menjaga keselamatan negara dan rakyatnya dan berjanji bahawa:

"I will use everything that is necessary to make sure that the country is safe," he said during a press conference.

Jom baca dibawah rentetan peristiwa rumah ibadat dibakar...

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang ditunggu untuk berlaku oleh Menteri Dalam Negeri dan arahan apa yang sedang dinantikan untuk dilaksanakan oleh Polis Di Raja Malaysia...rakyat menanti dengan penuh sabar dan tandatanya..dan bagi mereka yang ada potensi untuk bakal diKAMBING Hitamkan sudah mula hidup dengan penuh debaran perasaan...polis dikerah untuk memantau, dengan maklumat yang kami dengar sendiri ada satu cawangan baru di Bukit Aman yang memantau 'rakyat Malaysia' dalam isu keganasan....sesiapa sahaja ada potensi...

Menteri Dalam Negeri sendiri sudah mengeluarkan ancaman ISA!!!!!....

Jom baca dibawah rentetan peristiwa rumah ibadat dibakar...

Dipetik dari anilnetto.com

Midnight: Another church in Seremban has been targeted – the Grace Global Prayer Church in Happy Garden, Rasah, Seremban, according to a twitter message from Lim Kit Siang.

It is the twelfth religious site – eleven of which were church properties – and the second in Seremban to be targeted since 8 January.

The incident at the new two-storey shoplot church occurred at around 8.00pm. Two window panes were found broken.

Twelve religious sites have been targeted since 8 January 2010:

  1. Metro Tabernacle Church (Assembly of God) in Desa Melawati – molotov cocktail damages administrative wing (8 Jan)
  2. Assumption Church (Catholic) in Jalan Templar – molotov cocktail hurled on pavement in front of church fails to explode (8 Jan)
  3. Life Chapel (evangelical Brethren) in Section 17, PJ – molotov cocktail slightly damages porch (8 Jan)
  4. Good Shepherd Church (Lutheran) in PJ old town – firebomb misses window, scorches outer wall, minimal damage (8 Jan)
  5. All Saints’ Church (Anglican) in Taiping – two molotov cocktails scorch stair case leading to main entrance and side porch (9 Jan)
  6. Convent school (Catholic) in Taiping – molotov cocktail, probably meant for St Louis’ Church (Catholic) next door, breaks guard-house window (9 Jan)
  7. Malacca Baptist Church (Baptist) in Durian Daun – smeared with black paint (9 Jan)
  8. Good Shepherd Church (Anglican) in Lutong Miri – stones shatter window panes (9 Jan)
  9. Sidang Injil Borneo Church (Borneo Evangelical Mission) in Seremban – front doors scorched (10 Jan)
  10. Gurdwara Sahib (Sikh) in Sentul – stones flung, mirror at entrance cracked and wall chipped (12 Jan)
  11. St Elizabeth’s Church (Catholic) in Kota Kecil, Johor – packets of red paint hurled, splattering the main gate, the grounds inside, a wall and a statue (14 Jan)
  12. Grace Global Prayer Church in Rasah, Seremban – two window panes found broken (15 Jan)

No comments: