Thursday, 21 January 2010

Orang pergi shopping pun kena tangkap juga!!!! OCPD Dang Wangi

Soal jawab peguam yang dicatat di bawah masih lagi di hari pertama perbicaraan 18 hb January 2010.

Saksinya masih lagi Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain saksi yang ke 8 dipanggil sepanjang kes ini berjalan dan dibicarakan.

Peguambela yang bangun menyoal balas ialah Roger. Memulakan dengan mengatakan kepada ACP bahawa beliau akan cuba memendekkan setiap soalan yang bakal dikemukakan memandangkan ACP seolah 'sukar' menjawab soalan yang panjang-panjang seperti yang dikemukakan oleh peguam Hanipa Maidin.

Ramainya polis......ACP Mohd Zulkarnain turut kelihatan. Gambar di ambil dari sini.

Pemahaman tentang Makna Perhinpunan AMAN

R : Makna AMAN, tenteram, betul?

ACP : Betul.

R : AMAN bererti tidak ada masalah keselamatan. Betul?

ACP : Betul.

R : AMAN bererti keseluruhannnya tidak ada apa-apa masalah. Betul?

ACP : Betul.

R : ACP mengatakan bahawa penama-penama yang 6 boleh dicamkan dengan tanda-tanda, melalui tanda-tanda. Apakah tanda-tanda itu?

Tanda-tanda peserta Perhimpunan

ACP : Pakaian yang ada tanda-tanda GABUNGAN PROTES, pakaian, BERSIH.

R : Apa beza PROTES dengan yang tidak PROTES.

ACP : Yang menyalahi undang-undang.

R : Andaikata saya mahu ambil bahagian dalam PROTES, saya tidak ada apa-apa tanda.

ACP : Saya nak kemaskan soalan ini.

R : (tak perlu, awak dengar soalan). Macamana nak kenalkan.

ACP : Awak ada bersama-sama atau tidak? (ketika ini kami semua ketawa kerana saksi pula turut sama tanya soalan)

(ketika ini Tuan Hakim tolong tanyakan soalan peguam semula kepada saksi)

Hakim : Kalau ada dalam kumpulan.

ACP : Maka Ya.

Orang Awam juga terdedah untuk ditangkap

R : Jadi orang awam pun terdedah juga?

ACP : Tidak betul.

R : Jadi kalau 100 - 200 orang pergi shopping mereka juga lakukan kesilapan?

ACP : Tidak.

R : Siapa yang pergi shopping pun akan ditahan juga?

ACP : Ya.

Keperluan mewar-warkan perintah Mahkamah

R : Ada tak PC (press conference) disebut di dalam perintah mahkamah?

ACP : Tidak ada.

R : Ada tak perkataan PC disebut dalam perintah mahkamah diperlukan untuk memberitahu perintah mahkamah kepada penama?

ACP : Ya.

R : Ada diperlukan oleh undang-undang?

Polis turut mengawal di kawasan luar dari arahan perintah mahkamah

ACP : (Tiada respon)

R : Adakah disebut nama-nama (orang yang tidak boleh masuk dalam radius 1km KLCC) di dalam PC?

ACP : Saya percaya ada tetapi saya tidak ingat.

R : 50% atau lebih 50% percaya?

ACP : mestila lebih (diikuti deraian gelak ketawa)

R : Tadi ACP katakan mereka berarak.

ACP : Tapi tak berjalan sekali.

R : Kalau berhimpun mesti berjalan sekali.

Arahan Bersurai tidak didengari oleh peserta

R : Tentang amaran ACP benar-benar beri amaran ? Amaran 3 kali dan beri sedikit bonus lagi.

ACP : Ya untuk masa bersurai juga laungkan.

R : Tadi kata mereka menguasai jalanraya, bagaimana?

ACP : Sebab kereta tidak boleh lalu lalang.

R : Di KLCC masa tu ada banyak (hording) halangan sebab ada banyak constructions, ingat tak jalan sempit disebabkan constructions. Bagaimana lalulintas kereta, banyak kereta?

ACP : Ada banyak kereta.

Soal balas berakhir di sini dan disambung oleh peguam Jonson Chong yang juga antara yang telah ditangkap pada hari tersebut mewakili dirinya sendiri.

Jonson Chong bersama Dr Hatta Ramli di perkarangan Penjara Pudu menunggu untuk dibawa masuk ke lokap sekitar jam 5 pagi.


J : Tadi anda kata anda akan cam orang-orang yang 6 tu dengan tanda-tanda, pakaian, head band dan lain-lain. Sila tengok di gambar yang bertanda 28, ada mereka pakai tanda apa-apa?

ACP : Tidak ada.

J : Apa maksud perhimpunan aman.

ACP : Seksyen 27 Akta Polis.

J : Affidavit IDD 11 apa yang dimaksudkan dengan perhimpunan aman akan mengadakan perhimpunan aman dinyatakan oleh siapa?

ACP : Gabungan Protes.

Kawasan larangan mengikut perkiraan OCPD Dang Wangi dan bukan perintah Mahkamah

J : Dalam pemahaman ACP Zon A hingga ke mana?

ACP : Jalan P Ramlee, Jalan Tun Razak, Jalan Yap Kwan Seng.

J : Zon B?

ACP : Sampai ke PNB tidak ada di dalam rajah kasar.

J : Kalau berdasarkan pada lokasi sampai mana?

ACP : dotted line ada masjid KLCC.

J : Ampang Park dalam stesen LRT dalam zon mana berdasarkan pada arahan mahkamah?

ACP : Tidak ada.

J : Jadi kamu berdasarkan pada apa (untuk katakan Ampang Park dan stesen LRT termsuk sekali)?

ACP : 1 KM Radius.

J : Selain dari PC apakah cara lain dimaklumkan perintah mahkamah kepada orang ramai?

ACP : Tampal dalam kawasan radius 1 KM dan diluar kawasan.

Perintah Mahkamah tidak digazettekan

J : Kenapa tidak digazettekan?

ACP : Sebab dapat selepas solat Jumaat, jadi masa sudah suntuk.

J : Adakan PC kenapa?

ACP : Sebab nak war-warkan supaya mereka yang disenaraikan tidak datang, itu matlamatnya.

Moh Sabu ditangkap kemudian baru ditunjukkan perintah Mahkamah

J : Tadi beritahu semua orang yang ada disitu akan ditahan, siapa mereka semua itu?

ACP : Mereka yang menyokong perhimpunan yang menyalahi undang-undang akan ditahan. Di samping itu mereka yang ada tanda-tanda akan ditahan dan mereka yang ada disitu untuk menyertai.

Tiada soalan lagi dari Jonson Chong.

Perbicaraan hari ke 2 19 Jan 2010

Perbicaraan masuk hari kedua 19hb Januari 2010, Bermula jam 10.30 pagi dengan saksi yang ke 9 dipanggil.

Lans Koperal Khairul Anuar bin Othman (LK). Seorang jurugambar polis yang bertugas di Bahagian Jenayah.

Soal balas oleh peguam bela Amer Hamzah.


AH : Kamu diberi taklimat mengenai satu perhimpunan aman kenaikan harga minyak dan barang. Setuju atau tidak?

LK : Setuju.

AH : Dalam taklimat tersebut tidak ada nama individu diberitahu kepada kamu, setuju?

LK : Setuju.

AH : Tiada diskripsi mengenai pakaian mereka?

LK : Setuju.

AH : Begitu juga dengan keturunan, melayu, China atau India. Dalam kata lain taklimat pada pagi itu adalah taklimat yang umum, tiada terperinci. Setuju atau tidak?

LK : Setuju.

Saksi pegawai polis tidak ingat peristiwa kejadian, tak buat catatan

AH : Keterangan kamu ada mengatakan kamu datang pada jam 11 berdasarkan pada apa?

LK : Ingatan.

AH : Ada buat catatan, dimana?

LK : Ada dalam poocket book.

AH : Ada catatkan berapa keping gambar yang diambil (semasa bertugas di perhimpunan aman) dalam pocket book yang sama?

LK : Tak ingat.

AH : tak ingat catit atau tak catit. Ada catatan atau tidak di mana kamu berada?

AH : Rujuk pada gambar exhibit 12 dari gambar bertanda A - O. Gambar A diambil pukul berapa?

LK : Tak dapat nak cakap dengan tepat.

AH : Boleh jawap atau tidak, ingat, tak ingat, boleh jawap? Ok gambar mana diambil sebelum pukul 4?

LK : Tak ingat.

AH : Gambar mana diambil selepas pukul 4?

LK : Tak ingat.

AH : 3.30 petang, 4.30 petang dan seterusnya????

LK : tak ingat.

Jurugambar padam dua gambar tanpa rujuk pegawai penyiasat

AH : Tadi kamu kata ada padam 2 keping gambar. (dalam keterangan awal pada Timbalan Pendakwaraya Lans Koperal telah mengatakan bahawa beliau telah mengambil sebanyak 17 keping gambar dan 2 darinya telah dipadamkan di tempat kejadian atas alasan bahawa ianya adalah sama)

AH : Bukan tugas jurugambar untuk tentukan relevan atau tidak. Ada tak kamu rujuk pada pegawai penyiasat?

LK : Tidak.

AH : Dua gambar dipadamkan kerana sama dengan sebelumnya , gambar mana satu.

LK : Gambar bernombor 6891.

AH : gambar mana dari bertanda A-O?

AH : Gambar yang diambil melibatkan gambar orang yang bergerak. Maka pergerakan bergerak setiap saat. Jadi keterangan kamu sebelum ini adalah tidak tepat (mengenai padam gambar yang sama) Setuju.

LK : Setuju.

AH : Kamu mesti tanya pegawai penyiasat

AH : Proses gambar tak boleh pindah terus dari kamera ke dalam CD. Mesti ada perantaraan komputer.

LK : Setuju.

AH : Jadi bukan kamu yang bertanggungjawab pada komputer.

LK : Setuju.

Polis hanya ikut arahan

AH : Setuju bahawa taklimat pada pagi 26 Januari bukanlah taklimat perhimpunan BERSIH?

LK : Setuju.

AH : Taklimat pada pagi itu bukan mengenai RUMAH SELESA?

LK : Setuju.

AH : Setuju atau tidak bukanlah mengenai isu SOSIALISME?

LK : Setuju.

AH : Jadi kalau bukan semua itu SOSIOLISME, BERSIH DAN RUMAH SELESA, kenapa kamu ambil gambar-gambar ini?

LK : Sebab disuruh untuk saya ambil gambar, saya ambil gambar.

AH : Setiap individu yang ditangkap ada hak di bawah kanun jenayah. Setuju?

LK : Setuju.

AH : mesti bagitahu kenapa ditangkap. Setuju?

LK : Setuju.

AH : Dalam senario kamu tidak mendengar pegawai menangkap memaklumkan hak-hak orang yang ditangkap.

(mendapat bantahan dari TPP)

Gambar hanya tangkapan tiada perhimpunan

AH : Faham tak tentang perhimpunan aman, apa definasi perhimpunan aman?

LK : Lebih dari dua orang.

AH : Lebih dari orang bawah akta polis. Kanun Jenayah lebih dari 5 orang. Di dalam gambar yang kamu ambil tidak ada sebarang perhimpunan atau orang berhimpun. Hanya ada gambar tangkapan, tidak ada himpunan.

AH : Gambar jurugambar, tak ada himpunan, gambar orang yang sedang berjalan. Tak nampak pun gambar orang yang berhimpun memprotes harga barang. Setuju?

LK : Setuju.

AH : Ada juga orang lain pergi KLCC. kamu sendiri tak boleh bezakan siapa nak pergi KLCC atau siapa yang tidak. Setuju?

LK : Setuju.

AH : Tidak salah bukan orang hendak pergi KLCC pada hari tersebut. Setuju?

LK : Setuju.

Tidak ada lagi soalan dari Amer Hamzah pada Lans Koperal Khairul Anuar Othman.

........................................................................................................
Peguam Ranjit mengambil giliran menyoal balas saksi.

Jurugambar polis berada di lokasi 8 jam hanya ambil 17 keping gambar

R : Berapa lama kamu berada di KLCC?

LK : Dari pukul 11 pagi sampai 7 petang.

R : 8 jam lebih. APakah taklimat yang diberi, adakah mengenai tangkapan dijangka/anticipate?

LK : tak setuju.

Sudah ada arahan untuk menangkap??

R : Jika tangkapan tidak dijangka kenapa kamu ambil atau diarah ambil gambar tangkapan orang yang ditangkap? Ada gambar tangkapan maka tangkapan dijangka ada tangkapan.

LK : Ada gambar.

R : Kamu disuruh ambil gambar kejadian atau himpunan.

LK : Setuju.

R : Ketika ada himpunan kamu suruh ambil gambar himpunan. Kalau tidak ada himpunan tak ada gambar. Gambar apa yang ambil?

LK : Kebanyakan gambar tangkapan.

R : Jika ada himpunan kamu akan ambil gambar himpunan.

LK : Setuju.

R : Gambar-gambar yang kami ambil dalam masa 8 jam. Ada tak kamu ambil gambar dalam tempoh yang tertentu?

LK : Tidak.

R : Adakah kamu ambil gambar berturut-turut.

LK : Tidak.

R : tempoh minimum?

LK : bukan satu saat satu saat.

R : jadi apa jarak minimal interval antara satu gambar.

LK : bukan satu saat satu saat.

Kalau gambar bergerak kenapa padam atas alasan sama

R : Kamu telah beri keterangan orang yang diambil gambar bergerak, jadi setiap satu gambar mestilah berbeza antara satu sama lain. Jadi gambar yang kamu padamkan itu atas sebab double snap, jadi if double snap maknanya satu saat satu saat, jadi mana yang betul.

LK : Kecuali tertekan.

R : Bila kamu mengambil gambar kamu ada di KLCC dan bukan long distance.

LK : Sekitar KLCC.

R : Adakah kamu dengar apa-apa arahan untuk orang bersurai?

LK : tak pasti.

R : kamu pasti double snap?

LK : Tak pasti.

Tidak dengar arahan bersurai

R : Dalam gambar bertanda A - O tidak ada gambar Ground Commander beri arahan bersurai.

LK : tak ada.

R : Ada dengar tak arahan jika diberi dengan loud speaker.

LK : tak dengar.

R : Sebab Lans Koperal ada di sana mesti dengar betul?

LK : Ramai sangat orang tak dengar.

R : Jadi kalau beri arahan dengan loud speaker tak dengar sebab orang ramai, setuju?

LK : Kereta banyak, orang ramai.

R : Jadi macamana orang lain boleh dengar kalau awak tak dengar?

(mendapat bantahan)

R : He was the policeman at the scene, di tempat kejadian, dia tak dengar sebab orang ramai, orang lain dengar? Unless he is partially deaf.

Soal balas berhenti di sini.

Bersambung lagi untuk hari ke 3

No comments: