Cerita Polis Di Raja Malaysia..keselamatan siapa yang anda jaga sebenarnya???
Sudah lama saya terasa ingin berkongsi pengalaman berhadapan dengan kerenah polis yang lansung tidak professional dan hanya bekerja mengikut arahan. Ini hanya berkaitan dengan segolongan polis sahaja dan bukan dipukul rata kepada semua polis.
Saya hanya mengesahkan apa yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan ketika ditangkap pada Himpunan Mansuh yang lalu.
Saya terasa ingin berkongsi apabila melihatkan keadaan siri 'pengeboman gereja' yang berleluasa dan Ketua Polis Negara pula menyatakan bahawa tenaga polis yang ada tidak mencukupi untuk menjaga keselamatan semua gereja yang ada. Dan juga saya juga terasa simpati kepada nasib-nasib mangsa pembunuhan seperti adik Nurin Jazlin, pembunuhan di dalam lokap dan juga kehilangan anak-anak kecil yang hingga kini tidak dapat dijumpai...tidakkah ini menunjukkan tentang ketidakupayaan polis untuk menyelesaikan kes dan masalah jenayah yang ada.
Tetapi apabila rakyat menyatakan hasrat untuk turun membantah di jalanraya mengenai sesuatu isu yang berkaitan kezaliman pemerintah, Polis mengerahkan tenaga kerja mereka di tahap yang maksimum hingga mencecah ribuan orang...apa hal ni...apa kes ni...


Memang benar kami telah dikenakan dakwaan tambahan iaitu "tidak mempunyai kad pengenalan diri maka polis telah gagal mengenal pasti kerakyatan kami"...sungguh sadis!!!!...polis malaysia....
Ironinya mereka yang telah menyerahkan IC mereka ada yang tidak mendapatkannya kembali sehingga kini dan ada yang terpaksa bersusah payah mencari di segenap balai polis ic mereka..tidak tahu perkembangan terkini mereka.
Geram saya kerana kami perlu menjawab pertanyaan sama kepada beberapa orang pegawai..akhir sekali bila saya dah bengang saya katakan.."kenapa kamu semua tak bawa komputer ke sini, buat secara online,,,,mesti ada segala maklumat, saya sendiri dah pernah kena tangkap, mestilah kamu semua ada maklumat tu...tolong bagitahu kepada Ketua Polis Negara..memang patut kontrak dia tidak disambungkan kerana tak perform!!!"
SB SB yang lain yang ada disitu mula membebel kepada saya..seorang darinya memerli saya dengan menagatakan :"ish..normah ni..sabar betul, kalau kena dengan aku...issshhh..."...memang SB yang soal siasat saya pada ketika itu nampak sabar sangat..siap tanya.."kenapa Puan tak suka ISA, cuba bagitahu saya, boleh saya sampaikan kepada Perdana Menteri"...wow hebat...
Tetapi dalam kesemua insiden ketika di'kurung' di tempat ini ialah pertengkaran mulut kami dengan pegawai polis berpangkat tinggi seperti di gambar di bawah...sungguh tidak professional dan memualkan...rasa macam nak lempang je!!!!
Apabila saya dan rakan saya Aiman sibuk-sibuk bangun beri panduan pada rakan lain yang baru masuk, dia menghampiri kami sambil berkata "awak ni peguam ke?"
Dia dengan angkuhnya berkata..."tau tak yang peguam-peguam awak tak datang pun, dia orang tak kesah pun"

Mendidihla darah saya kerana YB Sivarasa juga seorang peguam....saya jawab..."hey...peguam kami ada kat sini tu YB SIVA tu ada"...terus saya jerit panggil Siva datang.
Selepas itu dia menyambung lagi dengan sombongnya.."awak tau tak Siva tu saya yang soal siasat dia"
Babak kedua pula ialah setelah mendapat maklumat bahawa peguam kami ada di luar dan memohon untuk masuk...saya segera mencari Aziz itu semula.
Apabila berjumpa dengannya terus saya cakap "Tuan, peguam kami ada di luar, mereka nak masuk ke dalam, so macam mana ni"
Tuan Aziz jawab "hey...awak ni bukannya tahanan, jadi awak tak ada hak untuk dapatkan peguam"
Saya jawab "oh...kami bukan tahanan ye...okay jom...jom..jom kita keluar"
Sekali lagi saya menjerit memanggil Siva "Siva...dia ni cakap kita bukan tahanan, so kita boleh keluar la kan"
Selepas itu Tuan Aziz cakap..."ishh...susahla cakap dengan orang yang tak betul ni..susahla cakap dengan orang gila ni"
Wah...geram gillerrrr...anda tak geram???? Sungguh tidak professional...Apakah mereka yang seperti ini boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan kita dan seluruh rakyat Malaysia
Babak ketiga ialah apabila suami saya baru sampai dari luar negara pada tarikh 9hb Januari 2010 jam 2.00petang.
Seperti biasa dia akan ditahan di imigresen dan perlu isi maklumat kenapa keluar masuk kerana entah tanpa sebab yang diketahui namanya sudah disenaraihitamkan.
Tapi kepulangannya kali ini lebih dramatik kerana dia telah ditahan selama 3 jam dan perlu menantikan kedatangan 3 orang pegawai dari Bukit Aman...datang all the way dari Bukit Aman untuk soal siasat dia atas alasan yang sungguh tidak logik dan tidak pernah dilakukan oleh suami saya...
Kata pegawai tu..."kami ni bertugas menjaga segala pergerakan semua rakyat Malaysia...hebat POLIS MALAYSIA'...tapi apa sal banyak jenayah tidak dapat dibenteras..pembunuh tidak dapat dicari..pengebom gereja bersiri tidak dapat dikesan...
SIAPA YANG ANDA JAGA SEBENARNYA????...sila jawab wahai Menteri Dalam Negeri...jangan hanya tahu menyusahkan hidup rakyat sendiri...
Seperti biasa dia akan ditahan di imigresen dan perlu isi maklumat kenapa keluar masuk kerana entah tanpa sebab yang diketahui namanya sudah disenaraihitamkan.
Tapi kepulangannya kali ini lebih dramatik kerana dia telah ditahan selama 3 jam dan perlu menantikan kedatangan 3 orang pegawai dari Bukit Aman...datang all the way dari Bukit Aman untuk soal siasat dia atas alasan yang sungguh tidak logik dan tidak pernah dilakukan oleh suami saya...
Kata pegawai tu..."kami ni bertugas menjaga segala pergerakan semua rakyat Malaysia...hebat POLIS MALAYSIA'...tapi apa sal banyak jenayah tidak dapat dibenteras..pembunuh tidak dapat dicari..pengebom gereja bersiri tidak dapat dikesan...
SIAPA YANG ANDA JAGA SEBENARNYA????...sila jawab wahai Menteri Dalam Negeri...jangan hanya tahu menyusahkan hidup rakyat sendiri...
1 comment:
Ya Allah, engkau keraskan lah lidah polis-polis yang zalim ini ketika sakaratul Maut.
Ya Allah, kau layan lah mereka sebagaimana mereka melayan manusia seperti anjing dan kain buruk. Kau tempatkan lah mereka bersama firaun, iblis dan haman.
Engkau jadikanlah zuriat2 yang makan duit haram ini, anak2 syaitan yang bakal memenuhkan neraka-Mu.
Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Qahhar. La Haula wal Quawata illa Billah...
Post a Comment