Tuesday, 5 January 2010

Gambar-gambar mengusik Jiwa..moga pimpinan PR menjiwai aspirasi rakyat

Melihat, membaca, menghayati dan mentafsir politik semasa sejak akhir-akhir ini pasca kemenangan Mac 2008....membuatkan saya mengimbau kenangan-kenangan kesanggupan, komitmen rakyat untuk bangun menentang kezaliman. Berani!!...Rela!!!...di mana saja, bila masa jua...mereka sanggup apatah lagi apabila gendang perjuangan itu dipalu. Selagi isu yang dibangkitkan ialah isu rakyat marhaen yang dizalimi.

Gambar ini dirakam dari salah satu tingkat mungkin tingkat 7 di Hotel Plaza Jalan Raja Laut. Seorang rakyat Marhaen ditangkap polis ketika bersama berhimpun secara aman mendesak agar akta zalim ISA dimansuhkan dan semua tahanan dibebaskan. 1hb Ogos 2009.

Gambar yang lebih jauh..apakan daya...rakyat terima apa jua padahnya asal hati rasa puas sama bangun menentang sesuatu yang zalim dan juga menyahut seruan untuk sama turun menunjukkan solidariti atas nama perjuangan rakyat.

Buih-buih hasil dari tembakan air yang berasid dari pasukan FRU yang bekerja mengikut perintah orang atasan mereka....tembak!!...tembak!!!...mungkin itu arahan yang mereka terima. Mereka yang ditangkap akur dan tidak ada sebarang tanda melawan mahupun cubaan melarikan diri....kenapa???...sebab mereka tidak bersalah dan yakin dengan diri dan perjuangan.

Diperlakukan bak pengganas yang dikehendaki oleh polis.....seorang mangsa, orang biasa...ditangkap dan dihurung oleh lebih dari 6 orang polis yang tidak berpakaian seragam...apa maknanya ni....tapi rakyat tidak melawan...kerana mereka melawan pemimpin yang zalim yang merampas hak mereka...mereka tidak mahu dipimpin dan diperintah oleh kerajaan UMNO BN...maka mereka sanggup lakukan apa saja....pedulikah pemimpin yang ada...pandanglah wajah-wajah rakyat yang mengharapakan sebuah pemerintahan yang lebih baik...

Dipijak dihenyak dengan sebegini rupa...saya yakin rakyat tidak serik..at least saya tidak...

Sampai masa kalau pimpinan PR juga buat hal...lagak yang sama akan kami tonjolkan..

Selesaikanlah segala isu yang ada dengan sebaik mungkin...

Tolong jangan sengaja lengahkan..tolong selesaikan segera...tak sanggup lagi rasanya mendengar dan menyaksikan semua sandiwara..


Sehinggakan remaja seusia mereka berdua sudah merasai 'nikmat' ditangkap dan dipenjarakan semata-mata kerana sebuah perjuangan menentang kezaliman...2 orang remaja yang turut ditangkap oleh polis ketika bersama ibu-ibu mereka ketika berada di hadapan Pertama Kompleks pada jam 12 tghari 1hb Ogos 2009. Mereka juga merasai 'nikmat' berhadapan dengan majistret ketika di usia yang masih muda lagi.....InsyaAllah pasti mereka akan terus berjuang....

Anak-anak waris perjuangan.

Entahlah...sebenarnya hati saya amat terusik...sedih sekali...walaupun semua cerita memang hanya kita dengar-dengar dan baca-baca saja...tambahan bila kita kenal diri dan hati budi seseorang yang diperkatakan, maka lagi sukar untuk kita mengelakkan diri dari membuat persepsi...saya sedih membaca tulisan di blog Topeng Perak ni. di bawah tajuk Notis "3 bulan" vs "notis serta merta"..lagi-lagi mengenai kemelut di Kelantan...patutnya dirungkaikan segera...tapi nampaknya lebih kusut lagi...

Amalan nepotisma yang sering dikaitkan dengan pemerintahan BN tiba-tiba terpalit pada pemerintahan kerajaan Negeri Kelantan yang selama ini ramai yang menyanjunginya...memang sebolehnya kita tidak mahu mempercayainya dan menerima bulat-bulat apa-apa yang dibaca dan didengar....namun situasi ini iaitu untuk mempercayainya adalah lebih besar lagi...segerakanlah selesaikan segala isu....

Kami sayang Tok Guru. Bak kata penulis di Bagan Utama...untuk tajuk entry ummu asiah yang mengumpamakan Tok Guru seperti Tiang Seri PAS.

Malaysiakini memetik tulisan ummu asiah di dalam laporannya bertajuk, "Blog sokong Husam isu 'politik keluarga'

"Mengulas kontroversi berlarutan di Kelantan berhubung gelagat keluarga Nik Abdul Aziz, penulis blog Ummu Asiah berharap ia akan segera diselesaikan kerana ia boleh memusnahkan "tiang seri PAS".

"Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada," kata pemiliknya Nashita Md Nor, seorang aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

"Kita terus-menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi sejak dari awal.

"Moga mimpi ngeri ini segera berakhir, dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini."

Saya bukan rakyat Kelantan, namun masaalah di Kelantan adalah masaalah yang melibatkan kepimpinan ummah...moga ianya segera diselesaikan agar kita dapat bergerak ke depan tanpa perlu teruk mencuci segala kekotoran yang berkaitan nepotisma yang tidak sepatutnya terpalit pada kepimpinan Pakatan Rakyat apatah lagi kepimpinan ulamak.

Gambar-gambar di dalam entry ini mungkin tidak relevan lansung...namun ianya menunjukkan perjuangan dan pengorbanan rakyat yang tidak mengharapkan apa-apa balasan hanya satu harapan untuk melihat Malaysia berjaya diperintah oleh pemimpin yang adil dan mengasihi rakyatnya....

Digari dan dirantai setelah dikeluarkan dari lokap untuk dibawa ke mahkamah majistret...mereka ini mangsa tangkapan yang bangun menentang penaklukan negeri Perak oleh regim Barisan Nasional.


Ini pula mangsa yang turun ke jalan raya untuk mendesak kerajaan segera memansuhkan AKta Zalim ISA. Himpunan Mansuh...lari dari dibedil oleh tembakan gas pemedih mata dan air asid...


Menahan kepedihan hasil tembakan tepat gas pemedih mata dari FRU..di hadapan masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar.


Digari...mereka bernasib baik kerana kami berada di perkarangan Mahkamah..namun ketika mereka dibawa lebih awal tanpa kami di sana...polis telah membawa mereka ke Mahkamah dengan berpakaian lokap dengan berseluar pendek...JAHANAM!!! kepada mereka yang terlibat bersubahat.

Inilah rupanya tembakan air asid yang memedihkan mata dan kulit...

No comments: