Saturday, 9 January 2010

DEMO 1: Warna warni penuh AKSI!!!!

Menjunjung Kalimah Allah....La ilaha illallah...bukan sekadar menjunjung dan memiliki...tetapi menghayati dan perjuangkan..membela apabila Islam dan umat Islam ditindas dan dizalimi.

Ya. Kalau begini semangatnya...pasti Islam dan Kalimah Allah itu terpelihara walau siapa jua yang menggunakannya...Allah Rabbul 'Alamin....

Inilah contoh orang yang hanya 'claim' dirinya berpegang kepada kalimah Allah namun telah menggadaikan nasib dan nyawa rakyat dan umat Islam di Palestine...lebih-lebih lagi bumi di mana terletaknya Masjid AL-Aqsa yang sentiasa cuba dipertahankan oleh bukan sahaja umat Islam malah seluruh manusia yang membencikan kezaliman Israel...rombongan Konvoi Viva Palestine juga disertai oleh George Galloway ahli Parlimen Britain.

Dr Zulkifli Ahmad menegaskan bahawa "kita pada petang ini hanya berjalan sejauh 4 km dari Bangunan Tabung Haji ke Kedutaan Mesir tetapi Rombongan Konvoi Viva Palestine telah melalui pengembaraan beribu-ribu batu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestine"

(Saya sendiri bila berjalan pulang terpaksa memapahkan diri di tiang di tepi jalan kerana kedua belah kaki telah kekejangan hingga tidak dapat diangkat untuk meneruskan perjalanan-harus lebih sihat dan cergas untuk kekal dalam perjuangan)

Viva Palestina yang bermula dari United Kingdom kini menjadi sebuah pertubuhan sukarelawan di seluruh dunia. Matlamat utama untuk membantu rakyat Palestin mendapatkan makanan, ubat-ubatan, barang keperluan serta perkhidmatan penting, di samping menjulang usaha ke arah sebuah dunia yang aman.

Selepas pengembaraan selama sebulan, melalui perjalanan ribuan batu, 10 negara, satu kapal dan empat penerbangan, kelmarin sukarelawan Viva Palestina mula memasuki Semenanjung Gaza. (berita harian online)

Amaran Saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat PKR "kita akan runtuhkan bangunan ini sekiranya pihak Mesir masih tidak membuka laluan"....nasib baik dah buka....Alhamdulillah...:))

Disambut dengan semangat melawan dari semua yang hadir...Allah hu Akbar!!!!!

Sesi membenci Mesir....bakar gambar Presiden Mesir

Lagi aksi membakar...

Wakil Pelajar di Mesir mereka di sana juga sering mengadakan demonstrasi.

Wah ini memang mereka yang bersemangat!!!! Ahli-ahli JIM Melaka yang datang 'all the way' dari Melaka semata-mata menyahut seruan Presiden JIM dan menyatakan sokongan kepada usaha mengutuk Mesir ini. Mereka juga turut hadir dalam rombongan pertama bersama Complete dan VIVA Palestine ke sini pada 27hb Disember yang lepas...usaha rakyat Malaysia mendesak Mesir membuka laluan ke Gaza sempena menyambut ulangtahun pertama kekejaman Israel yang berlaku pada 27 Disember 2009...SYABAS!!! Bergambar bersama Saudara Kamarulzaman SUA Pemuda PAS dan Sdra Nasir Tampol dari Pejabat JIM Pusat.

Adik-adik yang juga bersemangat...semangat juga kan dalam menentang kezaliman dalam negara!!!!...Pasti!!!!

Helikopter PDRM berlegar-legar rendah berkali-kali seolah berlagak sombong dan angkuh..."isss...kau apa hal ah...menghabiskan duit cukai rakyat sahaja" Geram betul

Mereka mesti ada juga...sekarang cuba memastikan keselamatan pihak yang bersekongkol dengan Negara Haram yang ZALIM-Regim ISRAEL....

Nota: Masih ada beberapa gambar yang ingin dikongsikan..demi untuk bersikap adil kepada kaki dan badan yang berlari-lari anak dan berjalan lebih 4 km untuk merakamkan aksi-aksi...:)

No comments: