Diversion Tactics-Tektik pengalihan isu..Mereka tetap zalim
(wah..sejak saya post entry ni ini tajuk ke 3 yang saya gunakan untuk entry ini sahaja bermula dengan tiada tajuk..lepas tu terbaca pula di Tukar Tiub..tajuk dia lain..isinya ialah tentang diversion tactics..menarik..lebih kurang sama dengan apa yang saya cuba nak sampaikan di sini...DIVERSION TACTICS..menariknya tentang nota tukar tiub..saya salin dan lekat di sini...harap tukar tiub tak saman ummu asiah)
mula enjin hilang
heboh cerita raja petra
kemudian gula naik harga
heboh cerita nama tuhan
ini trik lama
selalu ulang tayang
nak bagi satu malaysia lupa
siapa bunuh teoh
siapa bungkus 12 bilion ringgit duit pkfz
nak bagi satu malaysia lupa
madey lingkup 100 bilion
dalam ilmu media
ini dipanggil diversion tactic
jangan kena kelentong
nanti terpijak berak dalam tong kah kah kah
Sejak dua hari ini isu yang paling banyak mendapat tempat di setiap blog ialah tentang isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Ummu Asiah membaca setiap tajuk yang keluar beserta dengan komentar masing-masing.
heboh cerita raja petra
kemudian gula naik harga
heboh cerita nama tuhan
ini trik lama
selalu ulang tayang
nak bagi satu malaysia lupa
siapa bunuh teoh
siapa bungkus 12 bilion ringgit duit pkfz
nak bagi satu malaysia lupa
madey lingkup 100 bilion
dalam ilmu media
ini dipanggil diversion tactic
jangan kena kelentong
nanti terpijak berak dalam tong kah kah kah
Sejak dua hari ini isu yang paling banyak mendapat tempat di setiap blog ialah tentang isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Ummu Asiah membaca setiap tajuk yang keluar beserta dengan komentar masing-masing.
Pernah terbaca di dalam blog Amin Iskandar tentang teknik pengalihan isu...sengaja membangkitkan sesuatu isu yang lain supaya orang ramai melupaka isu lain y ang sebenarnya lebih penting. Isu lain yang sebenarnya lebih memberi kesan yang negatif kepada rakyat.
Entahla dalam dunia politik Malaysia yang semakin kotor dan mencabar ini semua kemungkinan tidak boleh diketepikan.
Banyak isu penting yang lainnya yang berbangkit..terutamanya tentang kehilangan wang berbillion ringgit hasil dari penyalahgunaan kuasa, RM100 billion dalam zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, RM 270 billion dalam pemerintahan Tun Abdullah Badawi, PKFZ rugi RM12.5 billion, MAS rugi RM8 billion, Petronas rugi RM58 billion dan.....harga gula dan roti naiiiiikkkk, termasuk juga kehilangan enjin pesawat, kehilangan manusia, pembunuhan dan sebagainya...adush,,,,bagaimana semua ini boleh diketepikan...tak boleh...definitely not...no way...saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia tidak mengizinkan dan tidak mahu hal ini disapu masuk bawah permaidani
Dalam semua hal yang berkaitan dengan kehilangan wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa sepatutnya SPRM memainkan peranan penting..menggunakan kuasa-kuasa yang ada pada mereka untuk menyiasat..semua bukti sudah disediakan..cuma perlu jalankan siasatan..tetapi bak kata Pengarah SPRM Selangor secara indirect nya..macamana mereka nak menjalankan tugas, bila kerajaan yang memerintah yang dituduh dan didakwa boleh baca di sini...ada berani mereka nak buat..ambil saja contoh tentang apa yang terjadi kepada Datuk Ramli Yusuff yang merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan peguamnya Rosli Dahlan. Mereka yang ingin lakukan siasatan terhadap kes kerugian MAS bernilai RM 8 billion, tetapi akhirnya mereka yang menjalankan siasatan pula dikenakan tuduhan yang bermacam dan didakwa di Mahkamah.
Memang patutpun Zunar dan kuncu-kuncunya mengkartunkan politik di Malaysia untuk memahamkan rakyat yang masih mahu percaya dengan dakyah UMNO BN ini.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni....apa nak jadi dengan rakyat...bukan rakyat keseluruhannya tetapi rakyat Marhaen...rakyat miskin, rakyat termiskin, rakyat teraniaya...
Apa-apa pun jangan kita lupa dan kita buat tidak endah tenang berita bahawa kemungkinan Dr Pornthip yang bakal membuat pendedahan bahawa Teoh Beng Hock sebenarnya mati dibunuh ketika disoal siasat oleh SPRM dan bukannya membunuh diri seperti dakwaan pemimpin BN dan SPRM sendiri akan menarik diri dari kes tersebut. Semuanya gara-gara tekanan yang diterima dari pihak SPRM sendiri yang membuat laporan polis terhadapnya dan Akhbar Suara Keadilan.
Tidak cukup dengan isu-isu besar begini, rakyat juga terus diberi tekanan dari mendapatkan pandangan dari pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Terkini Dr Aziz Bari juga telah mendapat tekanan dari pihak UIAM dari terus memberikan penyampaiannya kepada pihak pembangkang khususnya. Baru-baru ini Dr Aziz Bari telah terpaksa menarik diri dari menghadiri Forum yang diadakan oleh Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH)
Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" itu turut dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung., laporan Malaysiakini. Semuanya ditekan dan terus ditekan...kenapa kerajaan harus takut dengan bayang-bayang jahat yang mereka sendiri cipta..sampai bilakah mereka harus sedar bahawa rakyat kini bukan lagi rakyat yang boleh dicucuk hidung mereka dan ditarik mengikut kehendak hati...
Oh...lagi satu yang menarik perhatian yang mungkin juga ramai yang tidak tertarik dengan isu ini kerana banyak sangat isu ialah, Menteri Besar Perak yang tidak sah juga mahu menyaman Suara Keadilan sebanyak RM100 juta ringgit kerana menyebar berita yang didakwanya sebagai fitnah “Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya. — Bernama
Ha....ha...ha...di sini memang saya nak gelak besar pada Dato' Zambry Kadir dan nak kata..."baru padan kat muka hang, dari orang tak tau..la nie ramai orang tau..memang padan muka hang...baru hang rasa..."..tak kesah la betul ke tak...tapi saya sudah pun membuat tayangan di depan mata saya bagaimana keadaan itu berlaku..kerana suami saya juga perlu melalui perkara yang hampir sama bila hendak keluar negara atau masuk semula ke dalam negara lantaran namanya telah disenaraihitamkan oleh pihak polis..tidak tahu atas alasan apa..namun suami saya ialah salah seorang yang ditangkap dan didakwa susulan kes OPS BUBAR DUN PERAK...
Oh..ini memang saya lupa dan perlu tambah kemudian, memandangkan isu ini juga serius diperkatakan maka saya juga perlu berlaku adil dan memohon jauh dari sudut hati agar masalah yang berkaitan dengan PAS di Selangor dan khususnya di Kelantan dapat diselesaikan dengan segera...tak elok dibiarkan penyokong dan rakyat terus menantikan jawapan dan tindakannya..bila terlalu lama maka makin bermacam-macam persepsi dan spekulasi yang dibuat..Apabila pemimpin BN didakwa dengan sesuatu tuduhan kita sering menuding jari ke arah mereka dan mendesak agar siasatan dijalankan segera ataupun yang menerima tuduhan itu meletakkan jawatannya...maka besarlah harapan rakyat agar perkara yang sama diambil berat oleh PAS khsusnya.
Kami kini adalah rakyat yang merdeka di jiwa, dan di dalam hati kami tidak ada rasa gerun takut mahupun gentar....kami akan terus melawan kerajaan yang zalim. dan siapa jua yang tidak amanah atau menzalimi hak rakyat..kami akan terus bangun mendedahkan dengan segala medium yang ada...hidup hanya sekali dan sebentar sahaja...akhirat jua yang kekal abadi...ramai dari mereka yang telah berdosa kepada rakyat telah mendapat habuan mereka didunia sebelum dipanggil menemui Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta...
Kami akan bangun dan terus mendidik anak-anak kami dan generasi muda yang bakal mewarisi takhta kepimpinan dan perjuangan ini dengan sifat-sifat yang ada pada Nabi, Rasul, dan seluruh para sahabat Nabi SAW dan seluruh Ulamak dan para Mujahidin di seluruh pelusuk dunia..semangat rakyat Palestine yang terus menerus dizalimi juga akan dijadikan iktibar dan pedoman untuk kami dan anak-anak kami...moga tidak ada lagi pemimpin yang zalim dan tidak ada lagi rakyat yang dizalimi.....
Moga anak-anak kita bakal mewarisi dan mengikuti sifat-sifat keberanian yang ada pada Permaisuri Asiah...Ratu Syahadah...Terus menerus melawan pemimpin dan orang yang zalim dan menzalimi dan tidak takut dan tidak gentar untuk bersuara demi memastikan keselamatan diri, keluarga serta masyarakta....menjaga Aqidah dan dan kebajikan seluruh umat....tulisan di bawah di petik dari laman ini.
RATU SYAHADAH
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (isteri firaun) , Maryam binti imran ( bonda Isa (as)) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri Rasulullah(SAW) dan Fatimah Binti Muhammad ( puteri kesayangan Rasulullah(SAW )
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."
Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...
Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :
"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11)
Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita
semua...
Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati...amin. ..
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 9 PADA 4HB JANUARI 2010
UNTUK PUTERI KAMI YANG BONGSU ASIAH...MOGA MEMBESAR BERSEMANGAT WAJA BAK RATU SYAHADAH
Gambar-gambar ini diambil ketika Asiah bersama anak-anak ini menyambut Hari Bapa dengan membuat permohonan kepada Yang Dipertuan Agong untuk mendengar rintihan mereka agar bapa-bapa yang dikurung di KEMTA dibebaskan segera...namun kehadiran mereka diganggu oleh polis dan FRU...lihat dan baca di sini...Teddy Bear Untuk Papa. 14 jun 2008
Jauh di hujung sana kelihatan Asiah bertudung pink didukung ummi ketika cuba menyelamtakan Pakcik Zahir dari dibelasah oleh FRU di atas jalanraya...
Asiah menangis setelah terjatuh bersama ummi setelah diasak oleh FRU untuk beredar. Ummu Asiah turut hadir sebagai saksi untuk pendengaran awam dalam kes 'Bloody Sunday' ini. Asiah didukung oleh Tuan Pengerusi GMI. Plastik cucur kodok yang menjadi sarapan masih tetap digenggaman
2 comments:
selamat hari lahir asiah wlpn sy x sambut harijadi masihi :)
terimakasih dari ummu asiah...
ya apa ada pada hari lahir cuma kebiasaan sahaja...
tak ada apa yang disambut pun hari ni..
asiah pun tak ingatkan ttg harilahirnya dan belum minta apa-apa hadiah pun..ummi pun tak beli dan tak fikir nak beli apa pun...
Post a Comment