Kami Tidak Bersalah!!!!!...Kenangan dipenjarakan 1hb Ogos 2009
Dituduh difitnah
"Adakah kamu mengaku bersalah?"
"Saya tidak bersalah dan mohon dibicarakan"
Kami Tidak bersalah
Memang kami tidak bersalah....malahan dakwaan yang dikenakan juga tidak benar dan fitnah semata.
Hampir 600 orang ditangkap di Himpunan Mansuh 1 hb Ogos 2009. Dari jumlah tersebut lebih kurang 50 orang dipenjarakan dan dihadapkan di hadapan majistret. Sebahagian dibebaskan keesokan harinya dan 29 orang ditahan reman selama 3 hari dan didakwa.
kawan-kawan selokap yang dibebaskan sehari lebih awal dari kami...
Dikepung Dikurung
Apa yang terjadi pada hari tersebut kami dikepung di hadapan Pertama Kompleks dan diarah menaiki truck polis untuk diambil keterangan. Sesampai di Pusat FRU di Cheras pegawai polis yang tidak beruniform meminta kad pengenalan dari kami. Kami mengeluarkan kad pengenalan dan menunjukkan kepada individu tersebut.Kami memberikan maklumat diri, namun beliau bertegas ingin mengambil kad pengenalan kami dan kami bertegas tidak mahu menyerahkan kerana beliau tiada pengenalan diri sebagai seorang anggota polis.
Lalu beliau berkata kepada kami " ok kalau kamu tidak mahu menyerahkan IC kami akan dakwa bahawa kamu tidak ada kad pengenalan." Lalu kami turut didenda dikurung di dalam truck polis berjam-jam lamanya.
"Dibawa lari"
Maka itulah yang terjadi. Pada hari kami dibawa ke mahkamah ketika semua yang lain sudah dibebaskan dengan ikat jamin kami telah dibawa lari menaiki lif turun menuju ke satu kamar mahkamah lain untuk didakwa. Ketika di dalam lif kami menjerit-jerit kepada polis supaya kami diberi peluang untuk memaklumkan kepada peguam kami yang kami akan dibawa ke mahkamah yang lain pula untuk dikenakan satu tuduhan yang berasingan.
Pegawai Polis Mahkamah tidak mengendahkan permintaan kami dan mengatakan bahawa peguam kami sudah dimaklumkan.
Kami tidak mempercayainya lalu kami menekan-nekan butang lif untuk naik semula ke tingkat atas. Sebaik tiba ke tingkat atas, kami bertiga meluru keluar memasuki semula ke kamar mahkamah yang sebelumnya, malangnya tidak ada seorang peguam pun yang ada di dalam.
Ditipu namun Allah jua Maha Penolong
Kami bernasib baik kerana seorang wartawan dari AFP, Beh Li Yi masih berada di dalam mahkamah. Dalam keadaan panik dan tercungap-cungap kami memberitahunya bahawa kami akan didakwa di mahkamah majistret 10 pula dan minta dia mencari peguam kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani, tiba-tiba muncul pula peguam kami di muka pintu, kami sungguh merasa lega dan memberitahunya apa yang terjadi dan bertanyakan sekiranya betulkah mereka telah diberitahu oleh Mahkamah bahawa kami dibawa ke Mahkamah Majistret 10 untuk didakwa atas kesalahan tidak memiliki kad pengenalan.
Pertolongan Allah
Jawapannya sungguh menyebabkan kami rasa bersyukur dengan tindakan kami melawan polis Mahkamah di dalam lif tadi untuk membawa kami naik ke atas semula..kerana kata peguam muda tersebut, mereka lansung tidak tahu dan kesemua peguam beserta penyokong telah turun ke bawah untuk menyelesaikan urusan ikat jamin. Dan kehadiran beliau ke dalam mahkamah tersebut hingga terserempak dengan kami hanyalah kebetulan kerana dia telah tertinggal begnya di dalam mahkamah tersebut. Kami sungguh merasa lega dan bersyukur lalu dibawa turun semula menaiki lif ke Mahkamah Majistret 10 untuk didakwa.
Peguam Hebat
Jam di tangan sudah menunjukkan hampir jam 4.30 petang bermakna segalanya harus berjalan dengan lancar dan pantas untuk membolehkan kami dibebaskan dengan segera. Apabila kami masuk ke kamar mahkamah, kami sungguh terharu melihat ada 9 orang peguam semuanya yang bersedia untuk membela kami bertiga...sungguh terharu.
Kemungkinan sengaja menyulitkan
Sekali lagi Mahkamah cuba menyulitkan urusan pembebasan kami apabila memohon supaya urusan ikat jamin diselesaikan pada keesokan harinya kerana hari sudah lewat petang...kami semua terlopong terkejut, peguam Murnie Hidayah juga kelihatan berubah air mukanya. Jika kami gagal diikat jamin pada petang tersebut bermakna kami bertiga harus bermalam semalam lagi di dalam penjara.
Dengan pantas salah seorang peguam segera bangun dan memohon agar ikat jamin diselesaikan pada petang itu juga dan Majistret mengarahkan supaya setiap seorang kami diwakili oleh seorang penjamin...sekali lagi menjadi cabaran untuk mencari penjamin di ketika semua penyokong sudah berada di bawah atau sudah pulang...namun peguam kami tidak berputus asa dan terus berlari keluar mencari 3 orang untuk menjadi penjamin kami bertiga.
Alhamdulillah, sekali lagi pertolongan Allah sentiasa terasa dekat di hati apabila masuk 3 orang pemuda yang tidak kami kenali yang sanggup menjadi penjamin untuk kami...sungguh terharu lagi...Akhirnya kami berjaya dibebaskan dengan ikat jamin.
Terlepas dari dibawa ke Penjara Kajang
Kami dibawa turun ke tingkat bawah dan dimasukkan semula ke dalam lokap sementara yang terdapat di Mahkamah. Sesampai di dalam kelihatan 3 orang adik yang pesalah dari Penjara Kajang yang turut berada di dalam lokap tersebut sebelum kami dibawa ke hadapan Majistret masih berada di sana, walhal urusan mereka di Mahkamah lebih awal selesai dan mereka sepatutnya dibawa pulang ke Penjara Kajang lebih awal lagi.
Kami bertanyakan kepada mereka kenapa belum dibawa pergi lagi, jawab mereka pegawai penjara mengatakan bahawa mereka sedang menunggu kami bertiga!!!!!...Maka andaian kami bahawa wujud konspirasi pihak polis untuk terus memenjarakan kami bertiga sekurangnya sehari lagi di Penjara Kajang ada kebenarannya....
Cubaan 'Kidnap'???
Sememangnya cubaan pihak polis untuk menganiayai kami ketika ditangkap pada 1 ogos lalu terlau jelas, apabila kami terlalu vokal dalam mempertahankan hak kami.
Gambar di atas adalah satu cubaan polis seramai hampir 10 orang untuk 'kidnap' kami dan bawa ke satu tempat lain...ini terjadi apabila mereka datang mengerumuni kami dan mengatakan bahawa kami akan di bawa ke IPK Kuala Kumpur kerana di sana sudah ada sahabat-sahabat kami yang datang untuk mengikat jamin kami....sungguh tidak dapat diterima oleh akal kami yang masih waras.
Kami membantah sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa ianya tidak benar, mana mungkin hanya kami yang hendak diselamatkan....apa pula halnya dengan hampir 600 orang yang lainnya...apa yang terlintas di hati kami ialah ini adalah cubaan pihak polis untuk mewujudkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan tahanan yang lain kerana kami adalah pihak penganjur Himpunan tersebut atau mungkin ada rancangan jahat yang lainnya lagi...lalu kami terus membantah.
Ketika kami sekumpulan bertelagah di satu tempat, dihujung satu tempat yang lainnya pihak polis telah mula menarik2 sebahagian OKT wanita untuk dibawa pergi ke tempat yang lain, maka berlakulah pergelutan diantara kami dengan pegawai polis dan SB yang akhirnya saya sendiri telah dengan kasarnya dihumban masuk ke dalam truck polis dan terpisah dari kumpulan Cikgu Laila, Aiman dan anak saya sendiri Ammar.....akhirnya kami semua dibawa pergi...kata asal polis ialah untuk dibebaskan namun kami dibawa pergi ke Penjara Bukit Jalil yang masih baru lagi...dibuka pada 27hb Julai 2009 dan kami tiba ke sana pada 1hb Ogos 2009.
Ditipu dan Dipenjarakan
Kami tiba di sana hampir waktu Maghrib, kami memohon kepada polis tersbut untuk membawa kami satu tempat supaya kami boleh menunaikan solat Magrib. Kami masih beranggapan bahawa kami pasti akan dibebaskan walau jauh di sudut hati kami tahu di mana kami berada. Polis tersebut pun bersetuju dan berkata akan membawa kami ke tempat solat. Kami di bawa masuk ke dalam satu bilik...di sana sudah tersedia beberapa orang warden penjara...sebaik kami tiba kami diarahkan membuka semua barangan berharga dan bersedia untuk menukar ke pakaian lokap......maka terserlahlah....sekali lagi penipuan polis terhadap kami....tetapi kali ini lebih sadis...kerana kami memohon untuk dibawa ke tempat untuk kami menunaikan solat maghrib....rupanya kami dibawa ke tempat untuk kami dipenjarakan.......
Nashita Md Noor "Pada 1 hb Ogos pada jam 1.30 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kamu telah gagal membawa kad pengenalan kamu seperti yang dikehendaki di bawah peraturan 6.....bla....bla.....dan boleh didakwa di bawah seksyen...bla....bla...bla..."
"Adakah kamu mengaku bersalah?"
"Saya tidak bersalah dan mohon dibicarakan"
Kami Tidak bersalah
Memang kami tidak bersalah....malahan dakwaan yang dikenakan juga tidak benar dan fitnah semata.
Hampir 600 orang ditangkap di Himpunan Mansuh 1 hb Ogos 2009. Dari jumlah tersebut lebih kurang 50 orang dipenjarakan dan dihadapkan di hadapan majistret. Sebahagian dibebaskan keesokan harinya dan 29 orang ditahan reman selama 3 hari dan didakwa.
Saya, Aiman Athirah dan Norlaila mempunyai satu tuduhan berasingan iaitulah tidak mempunyai kad pengenalan.
kawan-kawan selokap yang dibebaskan sehari lebih awal dari kami...
Dikepung Dikurung
Apa yang terjadi pada hari tersebut kami dikepung di hadapan Pertama Kompleks dan diarah menaiki truck polis untuk diambil keterangan. Sesampai di Pusat FRU di Cheras pegawai polis yang tidak beruniform meminta kad pengenalan dari kami. Kami mengeluarkan kad pengenalan dan menunjukkan kepada individu tersebut.Kami memberikan maklumat diri, namun beliau bertegas ingin mengambil kad pengenalan kami dan kami bertegas tidak mahu menyerahkan kerana beliau tiada pengenalan diri sebagai seorang anggota polis.
Lalu beliau berkata kepada kami " ok kalau kamu tidak mahu menyerahkan IC kami akan dakwa bahawa kamu tidak ada kad pengenalan." Lalu kami turut didenda dikurung di dalam truck polis berjam-jam lamanya.
Sahabat dan penyokong melakukan solat hajat untuk kami di luar kawasan penjara Bukit Jalil. Abah Asiah hujung di barisan belakang.
"Dibawa lari"
Maka itulah yang terjadi. Pada hari kami dibawa ke mahkamah ketika semua yang lain sudah dibebaskan dengan ikat jamin kami telah dibawa lari menaiki lif turun menuju ke satu kamar mahkamah lain untuk didakwa. Ketika di dalam lif kami menjerit-jerit kepada polis supaya kami diberi peluang untuk memaklumkan kepada peguam kami yang kami akan dibawa ke mahkamah yang lain pula untuk dikenakan satu tuduhan yang berasingan.
Pegawai Polis Mahkamah tidak mengendahkan permintaan kami dan mengatakan bahawa peguam kami sudah dimaklumkan.
Kami tidak mempercayainya lalu kami menekan-nekan butang lif untuk naik semula ke tingkat atas. Sebaik tiba ke tingkat atas, kami bertiga meluru keluar memasuki semula ke kamar mahkamah yang sebelumnya, malangnya tidak ada seorang peguam pun yang ada di dalam.
Ditipu namun Allah jua Maha Penolong
Kami bernasib baik kerana seorang wartawan dari AFP, Beh Li Yi masih berada di dalam mahkamah. Dalam keadaan panik dan tercungap-cungap kami memberitahunya bahawa kami akan didakwa di mahkamah majistret 10 pula dan minta dia mencari peguam kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani, tiba-tiba muncul pula peguam kami di muka pintu, kami sungguh merasa lega dan memberitahunya apa yang terjadi dan bertanyakan sekiranya betulkah mereka telah diberitahu oleh Mahkamah bahawa kami dibawa ke Mahkamah Majistret 10 untuk didakwa atas kesalahan tidak memiliki kad pengenalan.
Pertolongan Allah
Jawapannya sungguh menyebabkan kami rasa bersyukur dengan tindakan kami melawan polis Mahkamah di dalam lif tadi untuk membawa kami naik ke atas semula..kerana kata peguam muda tersebut, mereka lansung tidak tahu dan kesemua peguam beserta penyokong telah turun ke bawah untuk menyelesaikan urusan ikat jamin. Dan kehadiran beliau ke dalam mahkamah tersebut hingga terserempak dengan kami hanyalah kebetulan kerana dia telah tertinggal begnya di dalam mahkamah tersebut. Kami sungguh merasa lega dan bersyukur lalu dibawa turun semula menaiki lif ke Mahkamah Majistret 10 untuk didakwa.
Peguam Hebat
Jam di tangan sudah menunjukkan hampir jam 4.30 petang bermakna segalanya harus berjalan dengan lancar dan pantas untuk membolehkan kami dibebaskan dengan segera. Apabila kami masuk ke kamar mahkamah, kami sungguh terharu melihat ada 9 orang peguam semuanya yang bersedia untuk membela kami bertiga...sungguh terharu.
Kemungkinan sengaja menyulitkan
Sekali lagi Mahkamah cuba menyulitkan urusan pembebasan kami apabila memohon supaya urusan ikat jamin diselesaikan pada keesokan harinya kerana hari sudah lewat petang...kami semua terlopong terkejut, peguam Murnie Hidayah juga kelihatan berubah air mukanya. Jika kami gagal diikat jamin pada petang tersebut bermakna kami bertiga harus bermalam semalam lagi di dalam penjara.
Dengan pantas salah seorang peguam segera bangun dan memohon agar ikat jamin diselesaikan pada petang itu juga dan Majistret mengarahkan supaya setiap seorang kami diwakili oleh seorang penjamin...sekali lagi menjadi cabaran untuk mencari penjamin di ketika semua penyokong sudah berada di bawah atau sudah pulang...namun peguam kami tidak berputus asa dan terus berlari keluar mencari 3 orang untuk menjadi penjamin kami bertiga.
Alhamdulillah, sekali lagi pertolongan Allah sentiasa terasa dekat di hati apabila masuk 3 orang pemuda yang tidak kami kenali yang sanggup menjadi penjamin untuk kami...sungguh terharu lagi...Akhirnya kami berjaya dibebaskan dengan ikat jamin.
Terlepas dari dibawa ke Penjara Kajang
Kami dibawa turun ke tingkat bawah dan dimasukkan semula ke dalam lokap sementara yang terdapat di Mahkamah. Sesampai di dalam kelihatan 3 orang adik yang pesalah dari Penjara Kajang yang turut berada di dalam lokap tersebut sebelum kami dibawa ke hadapan Majistret masih berada di sana, walhal urusan mereka di Mahkamah lebih awal selesai dan mereka sepatutnya dibawa pulang ke Penjara Kajang lebih awal lagi.
Kami bertanyakan kepada mereka kenapa belum dibawa pergi lagi, jawab mereka pegawai penjara mengatakan bahawa mereka sedang menunggu kami bertiga!!!!!...Maka andaian kami bahawa wujud konspirasi pihak polis untuk terus memenjarakan kami bertiga sekurangnya sehari lagi di Penjara Kajang ada kebenarannya....
Cubaan 'Kidnap'???
Sememangnya cubaan pihak polis untuk menganiayai kami ketika ditangkap pada 1 ogos lalu terlau jelas, apabila kami terlalu vokal dalam mempertahankan hak kami.
Gambar di atas adalah satu cubaan polis seramai hampir 10 orang untuk 'kidnap' kami dan bawa ke satu tempat lain...ini terjadi apabila mereka datang mengerumuni kami dan mengatakan bahawa kami akan di bawa ke IPK Kuala Kumpur kerana di sana sudah ada sahabat-sahabat kami yang datang untuk mengikat jamin kami....sungguh tidak dapat diterima oleh akal kami yang masih waras.
Kami membantah sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa ianya tidak benar, mana mungkin hanya kami yang hendak diselamatkan....apa pula halnya dengan hampir 600 orang yang lainnya...apa yang terlintas di hati kami ialah ini adalah cubaan pihak polis untuk mewujudkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan tahanan yang lain kerana kami adalah pihak penganjur Himpunan tersebut atau mungkin ada rancangan jahat yang lainnya lagi...lalu kami terus membantah.
Ketika kami sekumpulan bertelagah di satu tempat, dihujung satu tempat yang lainnya pihak polis telah mula menarik2 sebahagian OKT wanita untuk dibawa pergi ke tempat yang lain, maka berlakulah pergelutan diantara kami dengan pegawai polis dan SB yang akhirnya saya sendiri telah dengan kasarnya dihumban masuk ke dalam truck polis dan terpisah dari kumpulan Cikgu Laila, Aiman dan anak saya sendiri Ammar.....akhirnya kami semua dibawa pergi...kata asal polis ialah untuk dibebaskan namun kami dibawa pergi ke Penjara Bukit Jalil yang masih baru lagi...dibuka pada 27hb Julai 2009 dan kami tiba ke sana pada 1hb Ogos 2009.
Ditipu dan Dipenjarakan
Kami tiba di sana hampir waktu Maghrib, kami memohon kepada polis tersbut untuk membawa kami satu tempat supaya kami boleh menunaikan solat Magrib. Kami masih beranggapan bahawa kami pasti akan dibebaskan walau jauh di sudut hati kami tahu di mana kami berada. Polis tersebut pun bersetuju dan berkata akan membawa kami ke tempat solat. Kami di bawa masuk ke dalam satu bilik...di sana sudah tersedia beberapa orang warden penjara...sebaik kami tiba kami diarahkan membuka semua barangan berharga dan bersedia untuk menukar ke pakaian lokap......maka terserlahlah....sekali lagi penipuan polis terhadap kami....tetapi kali ini lebih sadis...kerana kami memohon untuk dibawa ke tempat untuk kami menunaikan solat maghrib....rupanya kami dibawa ke tempat untuk kami dipenjarakan.......
No comments:
Post a Comment