Inilah masalahnya bila polis nak tangkap orang PR demo saja!!!
Saksi ke 9 yang dipanggil pada hari ke 3 ialah pegawai yang menjadi Pegawai Zon A ASP Suhaimi : Pegawai Penyiasat Jenayah Kanan. Timbalan Pendakwaraya (TPR) memulakan dengan menyoal dan mengambil keterangan dari beliau sebagai saksi.
ASP : Jalankan tugas siasatan kes yang tertentu, selia pegawai penyiasat di bawah saya. Selain dari itu tugas berpandu kepada arahan mengikut pegawai atasan saya.
TPR : Maksudnya?
ASP : Pegawai polis daerah atau Ketua Bahagian siasatan Jenayah Daerah.
TPR : Adakah terlibat dalam satu operasi di demonstrasi di KLCC?
ASP : Ya demo di KLCC pada 26/01/08.
TPR : Boleh cerita penugasan?
ASP : Pada 26 Jan 2008 satu mesyuarat diadakan oleh OCPD Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain untuk bincangkan selaraskan penugasan berkenaan satu demonstrasi yang akan diadakan pada 26/1/08 yang akan dibuat oleh Gabungan Protes. Untuk jalankan tugasan dan tangkapan juga dihadiri oleh ASP Shafiee ssebagai penyelaras tugasan
ASP : Saya bersama 3 pegawai lain telah dilantik sebagai pegawai Zon. ASP Jasmirul, ASP Nik Zamani dan ASP Chan. Saya diarahkan untuk menjadi Pegawai Kawasan hadapan KLCC Zon A.
ASP : Zon B diketuai oleh ASP Jasmirul di kawasan Masjid dan Taman KLCC. Nik Zamani dalam Zon C di Ampang Park. Zon D ASP Chan di kawasan getah Asli dan Avenue K.
TPR : Apakah tugas di setiap Zon?
ASP : Mengawal kawasan masing-masing daripada berlakunya sebarang perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
TPR : Proses pengawasan apa yang dilakukan.
ARAHAN UNTUK MEMBUAT TANGKAPAN
ASP : DI setiap zon terdiri daripada pegawai dan anggota yang mana ada antara pegawai dan anggota ini yang bertugas sebagai pegawai penangkap yang perlu menjalankan tangkapan atau tugas mengikut arahan pegawai zon. Setiap pegawai atau anggota dalam zon masing-masing dibenarkan untuk menyuraikan mana-mana kumpulan dan sekiranya arahan bersurai tidak diendahkan maka pegawai zon akan mengarahkan pasukan penangkap melaksanakan tangkapan.
TPR : Dalam taklimat ada tak arahan diberikan untuk membuat tangkapan pada individu yang tertentu?
ASP : Pada mesyuarat tersebut telah menekankan bahawa sekiranya ada individu berada dalam kumpulan 5 orang atau lebih hendaklah disuraikan sekiranya enggan maka tangkapan dan tindakan yang perlu hendaklah diambil.
TPR : Ada tak OCPD berikan perintah mahkamah pada pegawai zon?
ASP : Tak ada diberikan.
TPR : Selanjutnya?
ASP : Pada 26/1 jam 11 pagi saya dan lain-lain pegawai Zon yang dilantik yang ditugaskan pada hari tersebut telah berkumpul di hadapan KLCC dan satu taklmat penugasan telah diberikan oleh ASP Shafiee yang bertugas sebagai penyelaras dalam operasi ini.
TPR : Taklimat dihadiri oleh siapa?
1000 ORANG ANGGOTA POLIS DIKERAHKAN BERTUGAS!!!
ASP : Pegawai zon dan 1000 orang anggota pegawai polis. ASP sekali lagi menyampaikan arahan OCPD untuk suraikan perhimpunan dan sentiasa berhubung dengan pegawai Zon untuk ketahui hal semasa jaga disiplin sepanjang penugasan ini.
TPR : Ada keluar perintah mahkamah?
ASP : Ada pada setiap pegawai zon. Taklimat pada semua yang hadir berkenaan perintah ini. Dalam perintah ini ada sebutkan tidak boleh ada sebarang perimpunan dalam radius 1 km dari KLCC, mana-mana kumpulan atau individu yang engkar perintah ini maka mereka hendaklah ditangkap Yang Arif.
TPR : Selepas taklimat diberikan apa yang berlaku?
ASP : Semua berada dalam zon masing-masing beredar di tempat yang ditempatkan.
TPR : Pembahagian bagaimana?
ASP : Pegawai dan anggota ditempatkan dalam beberapa barisan dan dari situ dipecahkan pada 4 kumpulan wakili zon dan anggaran 4 zon 200 pegawai dan anggota.
ASP : Selepas selesai jam 11.30 pagi semua pegawai Zon dan anggota yang telah ditempatkan bergerak ke tempat masing-masing.
TPR : Bagi ASP sendiri sila nyatakan lokasi sendiri.
ASP : Dihadapan KLCC meliputi hadapan Suria KLCC dan kawasan yang jaraknya 30m dari hadapan KLCC hingga ke jalan Ampang.
2.50pm keadaan terkawal di mana tiada himpunan di KLCC. Tidak lama selepas itu OCPD sampai ke hadapan KLCC. 2.50 pm. Dalam pukul 3 petang saya dapat lihat kumpulan yang sedang berjalan dari kawasan LRT Ampang park menuju KLCC.
TPR : Berapa jarak dengan LRT Amapang?
ASP : 100 -150m dari jarak saya berada di hadapan KLCC.
TPP : Anggaran atau cara berjalan?
gambar dari sini
ASP : Bergerak dalam satu kumpulan dalam keadaan tidak terkawal dan menghalang laulintas sambil melaungkan sesuatu yang saya tidak berapa jelas apa yang dilaungkan dan kumpulan ini bergerak ke KLCC dalam anggaran 200 orang.
TPR : Dalam kedudukan ASP boleh agak apa yang mereka bawa?
ASP : Tidak perasan.
TPR : Mereka datang dari mana?
ASP : Kemungkinan……
Peguambela membantah penggunaan kemungkinan.
ASP : Ok saya tak pasti.
TPR : Nampak sesiapa?
ASP : Tak Nampak.
TPR : Selepas itu apa yang berlaku?
ASP : ACP Zulkarnain arah tunggu di tempat asal dan OCPD bergerak menuju kea rah kumpulan tersebut serta diikuti oleh anggota berpakaian seragam diikuti oleh timbalan Dang Wangi Superintendan Che Hamzah.
TPR : Menuju kearah orang-orang tu, sampai ke kumpulan orang atau tidak?
ASP : Ya ya sampai.
TPR : Sampai mana?
ASP : Bergerak dan berhenti di hadapan kumpulan tersebut.
TPR : Jarak?
ASP : Saya dah agak dalam 100-150m. Dari jauh Nampak tak terkawal dan berlaku siri tangkapan. Saya tidak buat tangkapan hanya meilhat.
TPR : Tadi kata OCPD dan pegawai bergerak kea rah orang tersebut. Tangkapan anggota dari mana?
ASP : Oleh pasukan penangkap, saya tak pasti tetapi dari pasukan penangkap.
TPR : Dari segi tempuh masa lihat OCPD pergi berapa lama?
ASP : 5-10 min.
TPR : Dari segi tempoh sampai berlaku tangkapan?
ASP : Berlanjutan dalam 30 min hingga 1 jam dari OCPD sampai hingga tangkapan.
TPR : Kalau dapat lihat apa yang berlaku?
ASP : Tak dapat lihat sebab ramai.
TPR : Mereka jalan kaki ke atau naik kereta?
ASP : Jalan kaki.
TPR : Selepas tangkapan Nampak apa?
ASP : Dibawa masuk ke dalam lori polis dan dibawa pergi ke IPK KL untuk tindakan selanjutnya. OCPD pergi ke Wisma Central. Kenderaan membunyikan hon dan sebagainya sebab kumpulan menghalang lalulintas.
TPR : Dari segi bunyi macamana sepi, bising, hiruk atau apa?
ASP : Bising sebab bunyi kenderaan.
……………………………………………………………………………..
Peguambela mengambil aleh dan menjalankan soal balas kepada saksi. Peguambela Amer Hamzah (AH)
PERHIMPUNAN HARAM JIKA BERKUMPUL 5 ORANG ATAU LEBIH
AH : Kamu cakap 5 orang atau lebih himpunan haram, kamu tahu kenapa 5?
ASP : Kalau 5 atau lebih berkumpul Yang Arif sudah pasti niat tidak dapat ditentukan. Jadi sebelum perkara tak diingini berlaku elok disuraikan.
AH : Soalan saya kenapa 5 orang atau lebih, kenapa mesti surai 5 orang atau lebih.
ASP : Sebab undang-undang katakan begitu.
AH : tahu tak kamu tentang s 86
ASP : Tak
MESTI SURAI WALAU TIDAK TAHU NIAT SEBENAR
AH : Kamu juga beri keterangan 5 atau lebih disuraikan walau niat tak diketahui maka mesti disuraikan.
ASP : Betul Ya.
PEGUAMBELA : MESTI ADA NIAT
AH : Tahu tak kamu bahawa s 83 CPC kumpulan 5 orang atau lebih mesti ada niat untuk disturb public? Bukankah niat itu penting sebab keluarga yang punha 4 orang anak pergi shopping ke KLCC pun aka disuraikan, mesti diarahan bersurai walau mereka hanya meronda-rona depan KLCC.
ASP :Sekiranya situasi yang disebut oleh peguam kita tidak akan bertindak melulu. Sekiranya begitu kita akan tanya kenapa ada di situ. Kalau ada jawapan memuaskan kita akan lepaskan.
AH : Macamana kamu tahu kumpulan mana nak tanya?
ASP : Kita pilih secara rambang
AH : Arahan semua kumpulan akan ditanya, di kawasan kamu?
ASP : Ya.
AH : Boleh kamu pastikan kawasan kamu di zon A?
ASP : Boleh.
AH : Rujuk pada IDD 5, peta zon A, radius 1 KM dari KLCC.
ASP : Ya
AH : Kamu di mana di Zon A, betul-betul di pintu KLCC?
ASP : Ya.
AH : Kamu boleh nampak berapa jauh dari KLCC?
ASP : Tempat saya di hadapan KLCC, Zon A adalah penugasan.
AH : Adakah keterangan kamu kumpulan di kawasan mana ditanya?
ASP : Di depan KLCC.
AH : Siapa lagi mengawal Zon A?
PEGAWAI ZON TIDAK TAHU/FAHAM TENTANG KANDUNGAN PERINTAH MAHKAMAH
ASP : Zon A adalah kawasan pengawasan saya. Saya berada di hadapan KLCC. Saya tidak tahu tentang bulatan-bulatan ni (merujuk kepada rajah kasar bulatan kawasan sebenarnya yang digazettekan melalui perintah mahkamah dilarang untuk dimasuki)
AH : ASP tolong tengok IDD5 Zon A
ASP : Ya saya tengok.
AH : Tengok Zon A, adakah keseluruhan Zon A dalam kawasan anda? Kawasan kawalan anda adalah di hadapan KLCC.
ASP : Ya.
AH : Berapa jarak di depan KLCC yang anda boleh nampak dan kawal?
ASP : 20-30m
AH : Siapa lagi yang kawal Zon A selain dari kamu?
ASP : Saya dan pegawai penangkap, selain dari itu saya tak tahu.
AH : Arahan jika ada kumpulan 5 orang atau lebih mereka akan ditanya, jika tidak memuaskan mereka akan disuraikan. Di seluruh ZOn A atau di depan KLCC?
ASP : Seluruh Zon A.
AH : jadi siapa lagi akan beri arahan 5 orang atau lebih di Zon A?
ASP : Ada pegawai lain dan mereka akan tanya kumpulan 5 orang atau lebih.
FAHAMAN RAKYAT TENTANG RADIUS 1KM DARI KLCC
AH : Sebab kamu di hadapan KLCC kamu tidak akan tahu kalau kumpulan lain dari zon A tanya atau tidak di Zon A. Dari fahaman kamu apakah pandangan rakyat terhadap radius 1km dari KLCC?
ASP : Yang saya tahu jarak 1km itu jauh. Sebagai individu mesti atau patut tahu 1km jarak dari KLCC.
AH : Mengikut pengalaman anda sebagai individu tahu, tetapi adakah seseorang itu membawa dengan mereka pita ukur untuk mengukur tepat jarak 1km dari KLCC, mengikut perkiraan anda?
ASP : Tolong ulang soalan yang lebih mudah untuk saya fahami?
SAKSI MENGAKU TAK LOGIK!!!
AH : Do you think an individual will be bringing some sort of measuring device when going for shopping?
ASP : Tak logik untuk setiap indovidu bawa measuring tape.
AH : Ok tak logik. Thank You very much.
Amer Hamzah mengakhiri soal balasnya setelah mendapat jawapan yang diingini...tak logik..tak semua individu dapat mengagak sejauh mana secara tepat jarak radius 1km dari KLCC.
Soal Balas diambil aleh oleh peguambela seterusnya. Menyambung persoalan tentang isi jarak radius 1km dari KLCC
Ranjit : Tahu tak jarak Jln Duta ke KL Sentral, boleh anggar?
ASP : Dalam 10 km, hampir.
Ranjit : Mungkin 8 atau 12km. Ok back to my question, so macamana orang tahu jarak radius 1km dari KLCC. Orang dilarang masuk jarak 1 km radius dari KLCC. Dengan membaca perintah ini dengan seluruhnya.
ASP : Yang Arif, sepatutnya individu tersebut tidak berada di KLCC.
Ranjit : itu bukan soalan saya, how does one know about the jarak?
Mendapat bantahan.
Hakim : (bagaimana orang tahu niat orang)
Ranjit : Because they are relying on this order so I am asking the,, what if someone not bringing a measuring tape with them.
Ranjit : Radius 1km di Zon A, mengikut perintah ini radius 1km ialah termasuk Jalan Yap Kwan Seng, kamu tak apa jalan ini?
ASP : Dalam jarak 1km radius dari KLCC jika kesalahan berlaku hendaklah diambil tindakan.
Ranjit : Tengok gambar, kenapa kumpulan 3 orang kena tangkap?
ASP : Mereka yang dinamakan di dalam perintah.
Ranjit : So sesiapa yang dinamakan dalam perintah akan ditahan?
ASP : Ya.
Ranjit : Walau mereka tidak melanggar perintah ini?
ASP : tidak.
Ranjit : Mesti melanggar perintah mahkamah baru tangkap?
ASP : Tidak.
Ranjit : Tengok gambar 19, ada 3 orang.
ASP : Ya. Ditangkap mereka kerana mereka ada nama dalam perintah mahkamah.
Ranjit : Tahukah kamu siapa mereka?
ASP : Tahu 2 saja. Tian Chua dan Dr Hatta.
Ranjit : Mengikut kamu kedua orang mereka ini ada dalam perintah, yang ketiga itu?
ASP : Tidak tahu.
SAKSI ARAH TANGKAP ORANG YANG TIDAK BERSALAH
Ranjit : Macamana kamu tahu namanya dalam perintah mahkamah, tapi kamu tidak tahu namanya? Keterangan kamu siapa yang ada nama dalam perintah mahkamah akan ditangkap tapi kamu tidak kenal namanya.
ASP : Saya beranggapan mungkin.
Ranjit : Kalau saya beritahu sekarang namanya kamu boleh tahu atau tidak?
ASP : Tak tahu.
Ranjit : Nama dia bukan dalam perintah. So keterangan anda bahawa mereka ditangkap kerana mereka dalam senarai adalah salah.
ASP : Saya jawab kemungkinan.
Ranjit : So kemungkinan anda adalah salah. Kenapakah 3 orang dan bukan 5 orang atau lebih ditahan?
ASP : Seperti yang saya katakan kemungkinan mereka adalah ketua perhimpunan.
Ranjit : No I am telling you that 1 of them bukan ada dalam perintah order so your assumption is wrong. I ask you again why a group of three people being caught?
ASP : Saya tak pastilah.
Ranjit : Nampak dari gambar bahawa adalah taklimat yang diberi 5 orang atau lebih kena tahan. penangkapan 3 orang ini adalah berlawanan dengan arahan taklimat. Setuju?
ASP : Setuju.
Ranjit : Kalau kamu tak pasti pegawai lain juga akan anggap tak pasti.
ASP : setuju
POLIS JALANKAN MISI YANG TAK PASTI
Ranjit : So mission hari itu adalah mission yang tak pasti.
ASP : Tak setuju.
RAnjit : Adakah awak mengetahui perintah ini harus diketahui oleh orang ramai?
ASP : tahu.
Ranjit : Bila awak tahu jadi adalah menjadi keperluan awak mengetahui apa perintah itu yang sebenarnya.
ASP : Setuju.
SAKSI SETUJU POLIS YANG SALAH
Ranjit : Kalau tak pasti awak tak tahu apa orang awam akan tahu.
ASP : Setuju
Ranjit : So jika orang awam gagal maka adalah jadi kesalahan awak bila orang awam buat salah.
ASP : Setuju.
Ranjit : Pada taklimat 25 Januari adakah OCPD maklum tentang perintah mahkamah.
ASP : Tak pasti.
Ranjit : Ada atau tidak
ASP : tak ingat.
Ranjit : Tapi pada 26 hb Januari kamu pasti ada diberi IDD 5 perintah mahkamah.
ASP : Ada. Juga dberi kepada ketua Zon lain.
Ranjit : Ada tak kamu diberi taklimat berhubung perintah mahkamah?
ASP : Ada.
Ranjit : Jadi kamu tahu apa kandungan IDD 5. Perintah mahkamah.
ASP : ya
Ranjit : kamu mesti mematuhi apa-apa perintah mahkamah.
ASP : ya.
Ranjit : So scope kamu tidak boleh berada di luar dari bidang kuasa mahkamah.
ASP : Setuju
Ranjit : Lihat IDD 5 dengan jelasnya melarang penama 5 orang dari menghadiri PROTES tidak mengikut undang-undang. Tidak mengikat mana-mana orang yang tidak tergolong dalam perintah mahkamah tersebut. setuju?
ASP : Betul.
Ranjit : Perintah tersebut secara khususnya melarang himpunan pada di kawasan zon-zon yang disenaraikan.
ASP : Betul
Ranjit: Perintah tersebut juga tidak nyatakan bahawa zon-zon lain perlu dilarang.
ASP : Betul.
PESERTA HIMPUNAN TIDAK LANGGAR UNDANG-UNDANG PERINTAH MAHKAMAH. POLIS YANG LANGGAR PERINTAH MAHKAMAH
Ranjit : Jika orang lain yang berkumpul di luar kawasan yang dilarang maka mereka tidak bersalah untuk berkumpul.
ASP : Betul
Ranjit : Jadi mereka tidaklah melanggar undang-undang.
ASP : Betul
..................................................................................................
Peguam Amer Hamzah sekali lagi mengambil tempat menyoal balas saksi.
Ranjit : Penama ke 6, mana-mana individu atau penyokong yang mengikuti PROTES.
ASP : Betul
Amer : Mereka yang menyokong Gerakan Mansuhkan ISA tidak terikat?
ASP : Betul.
Amer : Jika ada penyokong BERSIH, kamu tahu kan apa itu BERSIH? Kamu tak ianya berhubung dengan Pilihanraya. Mereka tidak terikat.
ASP : pernah dengar dan betul.
Amer : Kamu sebut jika ada 5 orang atau lebih kamu akan tanya jika tidak memusakan kamu akan tangkap.
ASP : Betul
Amer : Anggota tangkapan bawah ASP betanya kumpulan 5 atau lebih ada tak tanya?
ASP : tak pasti.
Amer : So ASP juga tak pasti kalau anggota-anggota ASP tanya 5 orahg atau lebih apa tujuan mereka ada di situ.
ASP : Ya. Yang Arif
Amer : Setuju bahawa IDD 5 untuk beri pengumuman pada orang ramai selain dari perintah?
ASP : Setuju
Amer : Pelan lokasi dilampirkan untuk beri info kawasan mana yang tidak boleh masuk?
ASP : Setuju
Amer : Kalau orang awam tengok akan kata saya tak ada dalam kawasan ini dan tidak bersalah.
Amer : Pada 26/1/08 taklimat diberikan oleh siapa?
ASP : ASP Shafiee
Amer : Taklimat tersebut dihadir oleh 1000 orang anggota, jurugambar dan pasukan tangkapan. Betul?
ASP : Betul
Amer : ASP dilantik sebagai pegawai Zon A.
ASP : Betul
Amer : Jadi orang paling kanan. Jadi you are responsible.
ASP : Betul
Amer : Jadi ASP Suhaimi cuma melapor pada ASP Shafiee dan OCPD ACP Zulkarnain.
ASP : Betul
Amer : Tadi ASP juga ada katakan dalam taklimat suruh anggota polis suraikan himpunan 5 orang atau lebih, jika enggan pegawai zon akan arahkan tangkapan dibuat.
ASP : Betul
Amer : Mengapa mesti dapatkan arahan pegawai Zon?
ASP : Sebab ACP Zulkarnain arahkan.
Amer : Kalau orang yang berhimpun diarah untuk bersurai dan mereka bersurai jadi tak perlu ditangkap.
ASP : Betul
Sesi 'rebuttal' oleh pihak Pendakwaraya.
TPR : Zon A adalah sama dengan IDD 5.
ASP : tak sama.
TPR : terangkan
ASP : Dalam zon A dalam tugasan saya. Yang menjadi tanggungjawab saya cuma di depan KLCC saja. Begitu juga zon B, C dan D mereka ditugaskan di kawasan yang tertentu.
TPR : Rujuk gambar Dr Hatta dan Tian Chua. Kamu pasti tak kedai tu di kawasan siapa? (Tian Chua dan Dr Hatta ditangkap di hadapan sebuah kedai makan )
ASP : Tak pasti
TPR : Perintah larangan sebelum terima tahu tak tentang kewujudan perintah itu?
ASP : tahu selepas diberitahu oleh ASP Shafiee.
TPR : Masa dimaklumkan tahu tak tentang kandungan?
ASP : Tidak tahu.
TPR : Apa yang ASP tahu tentang apa?
ASP : Melarang mana-mana individu yang nak lakukan demonstrasi seperti yang dimaklumkan dalam taklimat OCPD tak boleh berada dalam kawasan radius 1 km dari KLCC.
TPR : Tadi yang ASP acap kali tak pasti tentang kandungan, apa yang tak pasti?
ASP : Tentang pelan. Yang saya tahu sebelum ini 1 km radius itu memang jauh tapi bila tengok kandungan rasa tak pasti dengan perkara tersebut.
TPR : Kalau di luar zon tidak jadi kesalahan. Kalau berlaku di luar zon berlaku perhimpunan haram adakah bersalahan?
ASP : ya
TPR : Zon kawasan ASP di hadapan KLCC IDD5 dimanakah di zon manakah dalam pelan tersebut letaknya kawasan kawalan ASP?
ASP : Dalam zon A.
1 comment:
Nur...
Sungguh indah......
Terima Kasih atas ingatan...Alhamdulillah...tenang terasa...
Kak Nashita....
Post a Comment