Saturday, 23 January 2010

MALAYSIA GAGAL-DIGESA HORMATI HAK BERSUARA-WORLD REPORT 2010

Semalam ketika kaki melangkah semula masuk ke dalam kamar Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar untuk disambung semula kes perbicaraan tangkapan OPS Bubar DUN Perak, kelihatan dua orang wanita warga asing yang masih muda melangkahkan kaki keluar dari kandang orang salah dengan muka yang merah dan mata yang berkaca.

Nasib Pendatang Tanpa Izin
Justify Full
Fikiran saya memang tidak dapat mengelakkan untuk tertanya-tanya apakah masalah dan hukuman yang menimpa mereka. Dari tempat duduk saya, saya tajamkan telinga mendengar apa yang sedang disebutkan oleh beberapa orang polis kepada dua orang wanita muda itu.

Kedengaran polis menyebut tentang 'sekali sebatan', 'hukuman penjara 5 tahun', '4 tahun', 'kira bernasib baiklah'. Itulah beberapa perkataan penting yang dapat saya dengari. Ada yang menyebut kepada saya tentang mereka sebagai pendatang tanpa izin di sini.

Simpati...memang simpati...serasa ingin pergi dan memperkenalkan diri untuk bersalaman, tapi tentu tidak mungkin dengan kawalan ketat dari polis.

Bila baca di Malaysiakini ada tajuk ini : "Migrant caned despite pending appeal', inilah rupanya nasib pendatang izin apabila ditangkap dan didapati bersalah, sebatan dan hukuman yang dipraktikkan di Malaysia terhadapa PATI ini rupanya mendapat kecaman hebat dari masyarakat antarabangsa.

Pemotongan Elaun Penjawat Awam

Pagi ini saya membeli suratkhabar SINAR Harian. Tidak tahu tujuan jelas kenapa saya beli, yang pasti dua hari yang lepas dapat berita tentang kemungkinan elaun sara hidup penjawat Awam COLA akan dimansuhkan/dipotong. Saya mula membaca khabar tersebut dalam status Facebook teman-teman ketika mengisi masa lapang di dalam mahkamah Sesyen Jenayah 5 Jalan Duta. Kemudiannya membaca di blog Baganutama tentang isu ini juga yang katanya keluar di akhbar SINAR. Hari ini bila beli SINAR berita tentang penafian tersebut memang sah ada keluar di dalam akhbar SINAR. JPA menafikan berita itu dengan mengatakan ianya hanya khabar angin sahaja.

Lawan melalui kuasa internet

Sahabat blogger di "Fight Never Surrender" sifatkan sebagai preemptive war....mungkin juga.

Tiba-tiba teringat pula saya berita tentang rancangan kenaikan tol di 5 lebuhraya pada 26 Februari 2009 termasuk tol di Lebuhraya bertingkat AKLEH yang mempunyai pengguna yang ramai sepanjang masa. Heboh di perkatakan diperkutukkan di dalam laman-laman blog...dan akhirnya seperti yang disebut dalam laporan Malaysiakini.."in a dramatic twist' rancangan tersebut telah dibatalkan...ya kuasa blogger dan preemptive war.

Patutlah kerajaan dan pimpinannya takut sangat dengan kebangkitan suara rakyat melalui blog, facebook dan juga twitter, lagi banyak perlu kita menafaatkan kalau inilah hasilnya....

Pelihara Hak Asasi Manusia-TPM

Selak-selak helaian akhbar SINAR saya juga terbaca tajuk yang agak mengejutkan minda saya:

Pelihara hak asasi manusia

BINTULU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu hak asasi di Malaysia perlu dinilai secara adil kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan isu tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Katanya, kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pelbagai isu hak asasi manusia termasuk membabitkan keagamaan di negara ini.

Human Rights Watch : WORLD REPORT 2010

Terdetik di dalam hati apa cerita sebenarnya ni, sebab saya cuma baca sebahagian laporan seperti di atas sahaja. Bila melayari internet di laman Malaysiakini saya terjumpa berita yang berkait rapat dengan perkara di atas, kenyataan TPM, isu Hak Asasi Manusia, Isu Hak Asasi Pendatang Tanpa Izin dan isu sebatan. Semuanya berkait rapat. Dan yang mengaitkan semua ini ialah rupanya tentang laporan kecaman Human Rights Watch tentang tahap Pemeliharaan Hak Asasi Manusia di Malaysia dalam laporan mereka 'World Report 2010'.

Malaysia GAGAL!!!!

Laporan di Star Online menyebut :Malaysia gets poor marks for human rights

KUALA LUMPUR: To ensure it stays in control and in power, the Malaysian Government has turned its back on promises to protect people’s rights, said Human Rights Watch.

In its report released Thursday, it said that when Datuk Seri Najib Tun Razak took over as prime minister in April 2009, he promised to respect the fundamental rights of the people but his government has failed to undertake the systematic reforms needed to fulfil that pledge.

Mengganggu proses demokrasi di Perak

It said the Government harassed the Opposition, improperly restricted the right to peaceful expression, association, and assembly, and mistreated migrants. When it comes to human rights, Malaysia is more about rhetoric than reality, it said.

Polis bertindak sesuka hati meleraikan perhimpunan aman Pakatan Rakyat. Gambar menunjukkan seorang pegawai polis berpangkat dari IPD Kuala Kangsar Hasbullah membelasah orang awam

Hanya manis di mulut

Itulah pandangan
sebuah badan Antarabangsa Hak Asasi Manusia terhadap tahap taraf pemeliharaan Hak Asasi Manusia di Malaysia.

Malaysia hanya sedap di mulut mengatakan akan melakukan penambahbaikkan dan tidak mengabaikan hak asasi manusia, namun imej-imej buruk tentang bagaimana pihak Polis Di Raja Malaysia diperkudakan untuk menyekat kebangkitan rakyat dan menyekat kebebasan bersuara oleh rakyat sudah jelas membuktikan sebaliknya dan membenarkan apa yang disebutkan oleh 'Word Report 2010' tentang kekejaman Malaysia dan pimpinannya.

Polis diperkudakan-sekat kebangkitan rakyat-Dedahkan di Mahkamah

Hari ini bertempat di hadapan Kompleks membeli belah SOGO, sekali lagi Polis dijadikan kuda untuk menangkap pelajar yang menggunakan hak mereka untuk bersuara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan apabila 9 orang telah ditangkap apabila cuba menyuarakan hak mereka dalam membantah proses pilihanraya kampus.

Tidak perlu berselindung di sebalik pelbagai retorik slogan-slogan untuk mengabui mata rakyat. 1 Malaysia dan Juara Rakyat...semuanya tidak ada maknanya.

Polis ternyata melakukan kesilapan besar apabila terlalu mengikut arahan hingga lupa akan tugas asal dan wajib mereka untuk menjaga keselamatan dan keamanan rakyat dan negara dan bukannya keselamatan UMNO BN dan pemimpinnya. Semua kes tangkapan di setiap perhimpunan aman yang sedang dibicarakan di mahkamah bakal membuka pekung di dada mereka...bagaimana polis bersubahat dalam memperjuangkan kehendak pemimpin negara yang bencikan dan takutkan dengan suara rakyat.

Blog ini akan terus cuba menggunakan ruang yang ada untuk mendedahkan konspirasi polis dan pihak berkuasa dalam menangkap rakyat yang tidak bersalah dalam kes tangkapan Ummu Asiah di perhimpunan Aman Bantah kenaikan harga barangan Ops Padam 3, tangkapan di Himpunan Mansuh juga Ops Padam dan tangkapan Abah Asiah di Kuala Kangsar Ops Bubar Dun Perak. Moga ada kebaikan dari segala apa yang berlaku dan kita berusaha ke arah pembaikan dan pemulihan nasib rakyat di Malaysia dan seluruh manusia yang ada di bumi ini.....

1 comment:

AKUOKU said...

naik tol naik barang kita demo lagi.. mcm kenal aje gambar yg di atas tu.. apalah family tu mempergunakan anak2 kecil...