Monday, 25 January 2010

Polis halang ceramah DS Anwar Ibrahim di Kg Kerinchi-Media Rakyat

Jom kita tengok bagaimana Polis Di Raja Malaysia cuba menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim dari menyampaikan ceramahnya di Flat Kg Kerinchi di Parlimen Lembah Pantai.

Memang teruk sikap polis ni...terlalu mengikut arahan pimpinan atasan. Nampak sangat mereka tidak mahu rakyat didedahkan dengan segala kejahatan dan kezaliman yang telah mereka lakukan.

Human Rights Watch dalam Worl Report 2010 mereka telahpun mengutuk keras Malaysia kerana gagal dalam menjaga Hak Asasi rakyatnya dengan menghalang hak bersuara khususnya.

Rakaman You Tube ini dengan jelas menunjukkan perkara tersebut...sungguh amat buruk bila dipertontonkan.

Pemimpin UMNO BN hanya ingin mereka dilihat sebagai JUARA Rakyat dalam 1 Malaysia ini.

Terdahulu DSAI telah selamat menyampaikan pidatonya dengan penuh semangat dan berapi mendedahkan segala kejahatan dan kezaliman pemerintahan Najib dan pemimpin sebelumnya dalam menyalah gunakan wang rakyat, kehilangan enjin jet, Jet Scorpene bernilai jutaan ringgit yang tidak dapat digunakan dan banyak lagi.

DSAI ada menyebut bahawa beliau tidak dbenarkan berucap di Lembah Pantai sebelum ini, rupanya pada malam semalam beliau tetap dihalang dengan kasar.

Tahap demokrasi di Malaysia sungguh amat teruk sekali.

Mendengar segala pendedahan dari DSAI dalam ceramah semalam di AU2 membuatkan hati jadi bertambah 'seghiau' dengan tahap keselamatan negara..Malaysia harus diselamatkan dan itulah cubaan DSAI untuk menyampaikan dan itulah yang paling ditakuti oleh kerajaan Najib dan UMNO BN...hingga memperkudakan PDRM untuk laksanakan tugas menjaga keselamatan mereka dan bukan keselamatan dan keamanan rakyat dan negara...

1 comment:

Anonymous said...

Polis sepatutnya ingat
bahawa polis dibayar gaji
guna WANG RAKYAT
bukan dan bukan WANG BN/UMNO!!!

Kenapalah polis sanggup di perkudakan boleh pemimpin UMNO?