Utusan Malaysia Memang dasar penipu dan pembelit fikiran
Sudah dapat agak mesti sedang muzakarah tentang isu Kalimah Allah ni, sebab itulah isu yang palin hot buat masa ini. Selesai urusan di Kuala Kangsar baru sekarang dapat mencari berita di internet lansung terjumpa beberapa berita yang cuba dikelirukan oleh Akhbar Perdana yang sudah sah suka menipu pembaca Melayu!!!.
2. Tajuk akhbar Utusan Malaysia:
God bukan Allah - IKIM
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.
Muzakarah Pakar : “Terjemahan God Sebagai Allah:
Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya”
Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010. Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :
“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada ‘God’ tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.
Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :
1. Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.
2. Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.
Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'
Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.
"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.
Nota : Teringat pula tontonan video clip di You Tube dari AL Jazeera 101 East : Whose GOD..perdebatan antara Khalid Samad dan Yusri Presiden ABIM tentang ALLAH TUHAN dan GOD.....anda yang belum tonton elok juga tonton...
Keliru lagi mengelirukan.....
No comments:
Post a Comment