Tuesday, 5 January 2010

Menarik....."ALLAH: Siapa yang Punya?"

Alhamdulillah, dalam ramai yang memperkatakan tentang PAS, terutama sekali tentang isu kepimpinannya, hari ini seolah ramai yang merasa lega apabila PAS mengeluarkan kenyataan bahawa

"PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini."

Lebih-lebih lagi apabila "Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik."

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini. dipetik dari mStar Online.

Wah sungguh menakutkan...namun ternyata kenyataan Rasmi dari PAS meleraikan segala kekusutan walaupun masing-masing punya pandangan tersendiri.

Zulkifli Nordin pula dalam cuba menangani isu ini seperti biasa dengan sikap biasanya yang pada pandangan saya memang pelik dan memelikkan dirinya sendiri...sudah pula jadi isu kontroversi antaranya dengan 'pertelingkahannya' dengan YB Khalid Samad hingga menyuruh YB Khalid Samad keluar PAS...kelakar dan macam-macam hal lah..petikan dari blog Zulkifli Nordin bertajuk Politik Hingusan YB Khalid Samad...amboi..amboi...

"Apabila saya menegur YB Khalid Samad yang nampak terlalu terpengaruh dan menari-nari dengan rentak mainan kumpulan bukan Islam, dengan nas, dalil, bukti dan fakta, dan mendesak beliau supaya keluar PAS, beliau tidak menjawab dengan hujah bernas dan bertamadun. Sebaliknya beliau melabel pandangan saya sebagi pro-UMNO! Inilah budaya politik ingusan yang ujud dikalangan ahli politik Malaysia mutakhir ini."

InsyaAllah rasanya perkara ini mungkin panas dalam beberapa hari saja lagi...tapi tak tahulah kerana KDN pun sudah akan membuat rayuan mereka berhubung kes ini...mungkin akan berlarutan, buat masa ini semua boleh cool dengan kenyataan yang keluar dari PAS Pusat sendiri dan beberapa pandangan yang lain termasuk yang keluar dari bicara Dr Asri Zainal Abidin.

Jadi di sini suka saya untuk mewar-warkan satu Forum yang bagus untuk pencerahan minda kita, lebih bagus lagi apabila mereka juga menjemput Ketua Padri Roman Katolik KL untuk sama datang menyampaikan pandangannya...termasuk juga pandangan dari YB Khalid Samad dan Dr Maza sendiri...

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini...jemput hadir beramai-ramai!!!

maklumat seperti di bawah:

"ALLAH: Siapa yang Punya?" (anjuran FPF & PMIUM)

-Bersama YB Khalid Samad (MP Shah Alam), Tan Sri Murphy Pakiam (Ketua Paderi Roman Katolik KL), Dr. Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis) & Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (ISTAC, UIAM)

Date:
Monday, January 11, 2010
Time:
7:45pm - 10:30pm
Location:
Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Street:
Jln Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur - (berhadapan Stesen Monorail Maharajalela)
Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan akhbar mingguan Herald Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" dalam penerbitannya telah menggemparkan masyarakat di negara kita khususnya masyarakat Melayu-Islam.

Lantas, pelbagai pihak telah melontarkan pandangan dan kupasan samada berbantuk ilmiah, emosi bahkan tidak kurang juga yang memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik dan meraih populariti.

Oleh itu, dengan bangganya Free Public Forum dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UM pada kali ini akan mengetengahkan satu lagi siri perbincangan umum bagi mendapatkan kupasan lanjut berkaitan isu ini untuk dihidangkan kepada pendengar.

FPF pada kali ini akan menjemput panelis yang memiliki latar belakang berbeza untuk melontarkan pandangan-pandangan yang pelbagai dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan bernas untuk diharmonikan kearah "mutual understanding" dalam membentuk masyarakat sivil dan negara Malaysia yang demokratik.


No comments: