Wednesday, 6 January 2010

Bersyukurlah Bersabarlah..Sesi Belajar tentang kereta.

(sekali sekala buat entry yang pelik-pelik sedikit)

Pada hari Sabtu yang lepas setelah memikirkan banyak kali bagaimana dan bila saya harus hantar kereta ke kedai servis, saya telah terus ke kedai servis kereta di Taman Melawati setelah selesai membuat 5 pusingan di track Stadium UIA.

Sebenarnya kereta ini sebuah kereta continental berjenama Renault..memang cari nahas pakai kereta macam ni..tapi apa nak buat..kereta ni dah sampai masa untuk diservis bagi 100,000 km..tapi saya telah tangguh hingga lebih sikit had km nya..makulmlah bila perlu buat banyak perkara tanpa suami di sisi.

Saya dah selamat servis 100ribu KM dan terpaksa tukar 4 tayar!!

Bila pulang ke rumah kereta mula buat hal dengan mengeluarkan bunyi yang sangat bising berdering2..saya terpksa juga tangguhkan dari hari Sabtu hingga pada hari Selasa pagi baru berkesempatan menghantar kedai servis.

Mekanik lihat itu ini, try itu ini..tunjukkan saya itu ini...dia tunjukkan saya apa yang terjadi..dia minta saya pegang itu ini...rasa gegaran itu ini.

Gambar ni menunjukkan power steering hose..ada minyak di situ...ada tempat yang dah bocor katanya ..

Yang menyebabkan minyak tu mengalir dan menitik ke merata tempat tanpa saya sedar dan mungkin untuk tempoh yang sudah agak lama. Mungkin kesalahan sendiri kerana lengahkan..well...life is not just straightforward...

Minyak tu katanya dah lama menitik-nitik dan mengalir masuk ke dalam alternator...dia buka alternator dan tunjukkan pada saya keadaannya..


Inilah rupanya alternator tu..jadi alternator ni haruslah diganti dan harga nya adalah mahal dan saya juga tidak ada pilihan.

Saya kata padanya..saya nak pergi cari sendiri lepas tu bagi you buat sebab kalau tak you markup banyak..dia pun jawaplah...nanti kami caj service pun banyak...dalam nada seloroh..tapi memang saya tak berdayalah nak round kat mana tah nak cari part tu...so terimalah seadanya..kerana buat masa ni saya tidak punya pilihan.

Lepas itu..dia masuk menemui saya yang duduk berehat di dalam bililk pelanggan..saya pun hairan kenapa orang lain tak masuk duduk dalam tu..semua tengok saja saya di dalam yang asyek menggunakan komputer dengan kemudahan wi fi yang ada walaupun slow.

Dia tunjukkan saya rupa hos tu...memang panjang macam usus...katanya kalau ganti ribu-ribu oooo...telan air liur saya mendengarnya..saya cuba menahan emosi dengan sabar dan reda sepenuh hati..seolah menerima penerangan dari seorang doktor tentang penyakit yang mungkin akan membawa maut jika tidak diubati segera...

Tapi katanya dia boleh hantar ke dealer untuk direpair, jadi upahnya ratus-ratus saja...terlerailah sedikit keresahan...namun dia juga menunjukkan switch yang ada pada hose tersebut...yang perlu diganti juga...

Tidak lama selepas itu dia masuk semula dan membawa sehelai kertas menunjukkan kos untuk setiap satu barang yang berkenaan:

Alternator........................................RM
Power Steering Hose Switch.........RM
To repair power steering Hose.....RM
Labour Charge.................................RM
Total..................................................RM

Saya menerima dengan tenang hati..sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya...semuanya bukan milik kita...

Bulan lepas bila van yang dihantar servis saya belajar tentang bearing dan kegunaanya...Alhamdulillah

Kan best kalau dapat naik kuda...tapi nak kena bela juga ...dok kampong boleh la ye tak...saja kebetulan dalam perjalanan nak hantar anak sekolah pagi tu ada pula 3 orang jejaka dengan bangganya menunggang kuda di jalan menuju ke Taman Greenwod...sungguh ada gaya...

Lepas tu saya dimaklumkan kereta tersebut tidak dapat disiapkan pada hari yang sama dan perlu ditinggalkan dan hanya akan siap lewat petang nanti..

Mekanik tersebut mempelawa untuk menghantar saya pulang. Saya cuba menolak, dia kata "tak pe lah kak, biarlah saya hantar, boeh saya saya ular"

Saya jawab..."oo menular..okayla bolehla"...(saya cuma dengar-dengar istilah ni dari orang yang bekerja di pejabat..saya tidak)

Dia kata sambil menunjukkan tangannya yang luka-luka "saya pun penatla tengok kereta kakak, susah la mahu buka semua tu, habis luka-luka tangan saya, saya pun mahu rehat la".

Saya pun jawab.."oklah..nak hantar saya dengan apa ni?'

"kereta pun boleh, lori pun boleh"...saya nampak sebuah kereta mercedez di park dihadapan kedai tersebut...saya pun tanyalah.."naik ini ke?"

Rupanya memang betul dia bawa saya naik lori..terkejut juga...namun cepat-cepat saya menginsafi diri tentang nikmat Allah yang selama ini saya kecapi, ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti saya atau anda...saya pun melangkahkan kaki ke atas lori tersebut dengan perasaan ..tah la...perasaan pertama kali naik lori lah...

Adik mekanik berbangsa China itu memberikan kata-kata hikmahnya kepada saya..."kakak mungkin rasa rugi hilang duit ribu-ribu baiki kereta akak..kalau akak tukar ke kereta myvi, macam-macam akak boleh buat dengan jumlah yang sebanyak itu.."

Saya jawab.."kalau saya jual..saya rugi..kereta ni tak laku.."..jawabnya.."biarlah kakak rugi sekali dari kakak rugi selamanya.."

Wah bagus adik ni.."ok ok nanti bila suami kakak balik, kami fikirkan sama-sama"

Lagi katanya.."kakak kenal itu Diana?..dia kan terkenal..tapi bila dia mati..sekejap saja semua pun hilang..orang pun sudah lupa, sama juga kalau kakak sedih hilang duit..duit pun sekejap saja bagi kita senang...kalau hilang pun sekejap saja kita sedih...barang yang senang takkan lama-lama ada pada kita..sampai masa akan hilang juga..."...lebih kurang begitulah saya mendengarnya..dan cuba memahaminya.

Begitulah ceritanya dengan kehidupan kita...kita hanya merancang..tetapi Allah jua yang menentukan segalanya..namun kita boleh sentiasa berusaha dengan bermacam cara untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara...Hidup ini tidak selalunya indah..kadang-kadang senang kadang-kadang susah...

Bila senang jangan kita lupa pada yang susah..moga bila kita susah kita akan lebih beringat dan bersyukur dan bersabar dan mengerti erti hidup bagi orang yang susah dan tidak memiliki..moga kita lebih merasa nikmat memberi...

Memang sukar untuk orang yang senang dan mempunyai untuk bersyukur berbanding orang yang susah untuk bersabar.

Syukurlah dengan segala nikmat Allah..agar bila kita ditimpa kesusahan kita tidak cepat melatah dan menyalahi orang lain....

Hayati lirik lagu Yassin: Hidup ini memang Payah

Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanisan, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah
oooo...

Bersama yang susah
adanya mudah...
bersama yang susah...
mudah...

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran
dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

2 comments:

AKUOKU said...

perjalanan yg kita kena tempuhi selagi kita bernafas... kadang2 manis kadang2 pahit. saya petik lagu sani sudin dari "alangkah manisnya kecewa ini". selalu kami suami isteri nyayikan lagu ni kalau ada dugaan yg mendatang.. best hidup kat bawah ni, best hidup jadi org miskin kalau kita boleh control...

ummu asiah said...

sham...

ada masalah tandanya kita masih hidup..kata kata hikmah minggu ini..

ya ada dugaan baru terasa ada sesuatu yg perlu difikirkan ttg hidup..kalau tak monotonous je kan..

banyak kena belajar dari pasangan suami isteri ni...:))