Tuesday, 19 January 2010

Perhimpunan Aman atau Perhimpunan Menyalahi Undang-Undang

Perbicaraan Kes Ops Padam 3 disambung bicara semula pada 18 hb Januari 2009. Hakim menetapkan tarikh 18-22 Januari 2009.

Saksi pertama yang dipanggil pada hari tersebut ialah Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Wangi, ACP Mohd Zulkarnain. Beliau adalah orang yang bertanggungkawab kepada semua tindakan berkaitan dengan tangkapan yang berlaku pada perhimpunan aman yang dijalankan.

Fakta kes: Satu perhimpunan aman telah dicadangkan pada 26hb January 2008 di hadapan KLCC bagi membantah kenaikan harga barangan. Ianya dianjurkan oleh Gabungan Memprotes Harga Barangan ataupun Protes. Seramai 45 orang telah ditangkap, dipenjarakan selama 3 hari dan seterusnya didakwa di Mahkamah.

TPP : Timbalan Pendakwaraya.

DPP : Sejak bila mula bertugas di IPD Dang Wangi?

ACP : Sejak Oktober 2006 hingga kini.

TPP : Apa tugas ACP?

Menjaga keselamatan dan ketenteraman awam

ACP : Menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

TPP : Bila berhadapan dengan demonstrasi apa yang dilaksanakan?

ACP : Bila ada perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam, tugasnya ialah menjaga keselamatan , mengembalikan dan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan.

TPP : Mendapat maklumat dari mana?

ACP : Dapat maklumat dalam masa yang singkat dari SB tentang satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang di KLCC.


TPP : Selepas mendapat maklumat apa tindakan selanjutnya?

Memohon perintah mahkamah

ACP : Dapat maklumat dalam masa yang singkat, jadi permohonan dibawah s 98 Kanun Acara Jenayah dibuat sehari sebelumnya iaitu pada 25 hb Januari 2008.

TPP : Apa tujuannya?

ACP : Supaya mereka yang terlibat di dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang tidak masuk di dalam KLCC sejauh radius 1 KM.

TPP : Siapa yang buat permohonan tersebut?

ACP : Dibuat sendiri oleh saya dan pembantu.

TPP : Adakah ianya dibenarkan?

ACP : Ya.

TPP : Ada apa-apa perintah yang dikeluarkan?

Menghalang orang memasuki KLCC

ACP : Menghalang beberapa orang penama dari memasuki kawasan larangan dalam radius 1 km dari KLCC.

TPP : Macamana nak kenal pasti penama2?

ACP : Dapat maklumat dari Cawangan Khas.

TPP : Siapa lagi yang dilarang?

ACP : Mana-mana penyokong Gabungan PROTES.

TPP : Macamana nak kenal mereka?

Tanda-tanda khas peserta perhimpunan

ACP : Ada tanda-tanda seperti pakaian mereka, headband, baju apa saja yang berkaitan dengan PERHIMPUNAN HARAM.

TPP : Apa yang dimaksudkan dengan GABUNGAN PROTES?

diambil dari sini.

ACP : Gabungan yang membantah harga minyak dan barangan asas.

TPP : Apakah larangan secara khusus yang didapati?

ACP : Melarang sesiapa yang ingin ikuti protes supaya jangan hampiri kawasan yang dilarang.

TPP : Bagaimana kuatkuasa perintah tersebut ?

ACP : Tidak ada jarak masa jam. dari 26 Januari 08 hingga habis perhimpunan.

TPP : Ada terdapat lokasi?

ACP : Ada.

TPP : Bila dapat arahan adakah diwajibkan serah arahan tersebut kepada penama yang disebutkan di dalam perintah mahkamah tersebut?

Gagal Serah perintah Mahkamah pada Penama

ACP : Cuba mengesan mereka. Cuba serah tetapi gagal.

TPP : Pukul berapa dikeluarkan?

ACP : Tak ingat pukul berapa tetapi selepas solat Jumaat.

TPP : Tak dapat serahkan pada penama jadi, buat apa tindakan untuk maklumkan?

ACP : Menampalkan arahan dalam kawasan Dang Wangi dan kawasan larangan dan sekitarnya. Adakan Press Conference untuk nyatakan arahan daripada Mahkamah untuk menyatakan bahawa mereka yang yang bernama tidak dibenarkan hadir dalam kawasan tersebut.

TPP : Bila sidang akhbar tersebut?

ACP : Petang selepas mendapat arahan dari mahkamah.

TPP : Di mana diadakan?

ACP : Di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

TPP : Berkaitan dengan perintah Mahkamah adakah laporan dibuat oleh media massa?

Buletin TV3 saluran harapan polis

ACP : Ada oleh Buletin TV3 itu yang saya lihat.

TPP : Dalam akhbar?

ACP : Saya tidak ingat.

TPP : Selain dari itu apa tindakan lain?

ACP : Cuba kesan mereka yang dinamakan.

TPP : Selain dari itu?

ACP : Tentulah saya buat perancangan. (disambut dengan dengungan ooooooo oleh semua OKT)

TPP : Perancangan macamana, ye lah duduk sorang-sorang ke apa ke?

ACP : Penugasan bagi menghadapi Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-undang itu...(jawapan yang sungguh skema). Mendapat maklumat mereka akan mula berkumpul dan berarak ke KLCC. Ekoran dari itu sejauh ukuran radius 1km saya telah mengaturkan bagi perhimpunan itu tidak diadakan.

TPP : Secara khususnya di mana kah tempatnya?

ACP : Di dalam lingkungan radius 1km dari KLCC. Dibahagikan kepada 4 zon yang dikenali Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D.

Zon A : KLCC : ASP Suhaimi. Zon B Masjid KLCC : ASP Jasmirul, Zon C Ampang Point ASP Nik Zamani (saya dan 5 orang yang lain ditangkap di sini kumpulan pertama yang ditangkap) dan Zon D Jalan Yap Kwan Seng ASP Chan.

TPP : Apakah arahannya?

ACP : Beri arahan ada satu Himpunan Yang Menyalahi Undang-undang (sungguh konsisten dia dalam menggunakan terma ini) dan tindakan mereka adalah mengawal dan menjamin keselamatan di kawasan Dang Wangi sekiranya dapat tanda-tanda dan mereka yang tersenarai dalam perintah mahkamah mesti bersurai dan meminta mereka bersurai dengan aman. (sungguh baik polis)


TPP : Siapa in charge bahagian Ketenteraman Awam IPD Dang Wangi?

ACP : ASP Shafiee tugas menyelaraskan dan laporkan semua pegawai ambil tempat dan bersedia melaksanakan tugas mereka.

TPP : Apa tugasnya?

ACP : Tugasnya menyelaraskan tugas semua zon. Bila terima maklumat terus beri arahan. Kemudiannya pergi ke KLCC untuk memastikan semua bersedia mengahdapi PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG.

TPP : Bila sampai apa yang berlaku?

ACP : Semua penugasan telah mengambil tempat, Zon A sahaja, ASP Suhaimi. Keadaan waktu pagi tenang dan terkawal. Saya mengarahkan mereka supaya mereka mentafsirkan keadaan tempat mereka barulah arahan lanjut dikeluarkan.

Peserta perhimpunan memakai baju BERSIH

ACP : Dalam pukul 2 lebih dapat laporan di LRT Ampang Park telah terdapat kehadiran kumpulan peserta Himpunan yang memakai pakaian kuning bertulis BERSIH. (lawak memang sah menipu..bukan dia ada di situ..kamilah kumpulan pertama tersebut..cuba lihat pakaian yang kami pakai..sungguh sopan:))

Penulis mengambil gambar ini menunjukkan kawan-kawan yang telah dibawa naik ke dalam truck polis. Polis dihampiri oleh dua orang polis wanita ketika penulis merakamkan gambar ini dan mendengar arahan polis yang lain "tangkap dia juga" dan terus diajak berjalan menaiki truck ini juga.

ACP : Saya telah mengarahkan ASP Jasmirul supaya pergi ke LRT Ampang dan meminta mereka beredar secara aman, tetapi mereka enggan beredar dan enggan mematuhi arahan polis. Selepas beri arahan ASP Jasmirul terdapat beberapa orang yang ditahan (apa yang berlaku polis terus mengepung dan membawa kami menaiki lori polis)

TPP : Jelaskan dengan detail apa yang berlaku ACP katakan tadi mereka sedang berarak, apa STYLE mereka?

Menguasai Jalanraya

ACP : Mereka telah menguasai jalanraya. Seorangnya tersenarai di dalam mahkamah.

TPP : Siapakah orang itu?

ACP : (ketika inilah ACP cuba menjawap soalan seolah mereka cipta sebuah skrip drama sedangkan mahkamah cuma hendak tahu siapakah penama tersebut) Saya dimaklumkan ORANG ITU ADALAH DR HATTA RAMLI....(kami di belakang semuanya ketawa dengan kuat mendengar cara ACP menjawap soalan seolah cuba mengumumkan seorang pemenang bertuah..Dr Hatta terus bangun dan menundukkan kepalanya)

(namun seketika selepas itu ACP mengubah kenyataannya pula)

ACP : Eh....salah maklumat....ORANG ITU SEBENARNYA IALAH DR NASIR HASHIM (sekali lagi Dr Nasir pula bangun mempergayakan gaya yang sama, kami semua sekali lagi ketawa terbahak-bahak. Itulah akibtnya apabila cuba mereka cipta cerita!)

TPP : Selain dari itu apa tanda-tanda lain"

ACP : Saya nampak mereka dalam jarak 100m . Saya beri amaran sebanyak 3 kali. Seingat saya masih lagi beri amaran dan beri ruang dari segi masa supaya mereka bersurai secara aman. (baikla tu).

TPP : Cara mereka berarak?

ACP : Saya nampak dalam kumpulan 150-200 orang.

TPP : Bagaimana beza mereka berjalan dengan orang lain yang hendak pergi ke KLCC?

ACP : Biasanya orang tidak jalan di atas jalanraya, biasanya orang jalan di atas pavement.

TPP : Bagaimana beri arahan?

ACP : Menggunakan pembesar suara dan saya laungkan bukan sekali tetapi seingat saya beberapa kali.

TPP : Apa gist yang dinyatakan, intipatinya?

ACP : Himpunan yang melanggar undang-undang (sungguh konsisten) dan minta mereka beredar serta merta dan beri masa 15 minit bersurai secara aman dan serta merta sebanyak 3 kali.

Enggan Bersurai

ACP : Mereka berjalan sehingga mengganggu lalulintas dan arahkan supaya mereka ditahan, menahan mereka yang enggan bersurai.



TPP : Arahan kepada siapa?

ACP : Kepada semua petugas di Zon A siapa yang masih enggan bersurai ditahan.

TPP : Guna apa, guna walkie talkie ke, jerit ke HP ke?

ACP : Beri arahan kepada pegawai yang ada di hadapan saya, tetapi tak ingat siapa sebab ada dari cawangan lain juga jadi tidak ingat sebab ada pakai uniform dan yang tidak pakai. Bila ada yang tidak bersurai baru ditahan. Yang bersurai lepas.

TPP : Yang bersurai tu macamana?

ACP : Mereka berlarilah.

TPP : Nampak proses tangkapan?

ACP : Tak, tak nampak tangkapan. Mereka yang menahan orang yang ditangkap mereka dia yang membawa naik ke atas lori.

TPP : Berapa lama situasi tegang/ insiden/ amaran/ engkar/ tangkap?

ACP : 30-40 minit. Selepas itu masih ada yang ada di situ kawal keadaan untuk pastikan tidak ada himpunan lagi. Tempoh bertenang hingga jam 5.30 petang. Tidak ada gangguan lalulintas, jalanraya sudah boleh digunakan, keadaan terkawal sepenuhnya pada jam 6 petang. Keadaan sudah balik secara routine barulah saya panggil untuk berhimpun semula bagi tujuan taklimat terakhir dan sterusnya petugas kembalin ke formasi maisng-masing, tugasan berakhir.

Bersambung dengan soal balas pihak peguambela.

No comments: