Sunday 10 January 2010

Cerita Polis Di Raja Malaysia..keselamatan siapa yang anda jaga sebenarnya???

Sudah lama saya terasa ingin berkongsi pengalaman berhadapan dengan kerenah polis yang lansung tidak professional dan hanya bekerja mengikut arahan. Ini hanya berkaitan dengan segolongan polis sahaja dan bukan dipukul rata kepada semua polis.

Saya hanya mengesahkan apa yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan ketika ditangkap pada Himpunan Mansuh yang lalu.

Saya terasa ingin berkongsi apabila melihatkan keadaan siri 'pengeboman gereja' yang berleluasa dan Ketua Polis Negara pula menyatakan bahawa tenaga polis yang ada tidak mencukupi untuk menjaga keselamatan semua gereja yang ada. Dan juga saya juga terasa simpati kepada nasib-nasib mangsa pembunuhan seperti adik Nurin Jazlin, pembunuhan di dalam lokap dan juga kehilangan anak-anak kecil yang hingga kini tidak dapat dijumpai...tidakkah ini menunjukkan tentang ketidakupayaan polis untuk menyelesaikan kes dan masalah jenayah yang ada.

Tetapi apabila rakyat menyatakan hasrat untuk turun membantah di jalanraya mengenai sesuatu isu yang berkaitan kezaliman pemerintah, Polis mengerahkan tenaga kerja mereka di tahap yang maksimum hingga mencecah ribuan orang...apa hal ni...apa kes ni...

Pada 1 hb Ogos 2009, GMI telah mengadakan Himpunan Mansuh. Himpunan ini telahpun didehakan kepada umum dan tidak ada sebarang rahsia. Perhimpunan dirancang dimulakan pada jam 2.30ptg. Pada jam 12.30 tghari, kumpulan kami telah dikepung oleh polis dan SB dan kami telah diarahkan untuk menaiki truck polis dalam kata lain kami ditangkap ketika kami sedang duduk-duduk seperti di dalam gambar diatas. Dua orang kakak yang disebelah kanan telah menyerahkan IC mereka kepada pihak SB yang meminta.

Saya dan 2 orang lagi rakan telah dipinta untuk menyerahkan IC ketika kami diarahkan turun untuk dikumpulkan di tempat yang lain seperti di gambar di bawah. Kami telah mendapat nasihat dari seorang peguam untuk tidak menyerahakan IC kami sekiranya diminta, cukup sekadar memberi maklumat diri. Maka kami menurut nasihat tersebut dan tidak menyerahkan IC kami kepada SB yang tidak beruniform. Maka dengan sombongnya beliau berkata "Tak pa, kalau tak naka serahkan kami akan dakwa sebagai tidak ada kad pengenalan diri"...selepas itu kami didera dengan mengurung kami di dalam truck yang panas selama beberapa jam dan hanya dilepaskan bila truck tersebut perlu digunakan untuk mengangkut hasil tangkapan polis yang lainnya.

Memang benar kami telah dikenakan dakwaan tambahan iaitu "tidak mempunyai kad pengenalan diri maka polis telah gagal mengenal pasti kerakyatan kami"...sungguh sadis!!!!...polis malaysia....

Ironinya mereka yang telah menyerahkan IC mereka ada yang tidak mendapatkannya kembali sehingga kini dan ada yang terpaksa bersusah payah mencari di segenap balai polis ic mereka..tidak tahu perkembangan terkini mereka.

Lihat gambar di atas..ramai polis yang terpaksa dikerahkan untuk mengambil maklumat tentang diri dan segala maklumat yang lansung tidak relevan, siapa nama kakak, sekolah di mana dan entah apa-apa lagi...

Geram saya kerana kami perlu menjawab pertanyaan sama kepada beberapa orang pegawai..akhir sekali bila saya dah bengang saya katakan.."kenapa kamu semua tak bawa komputer ke sini, buat secara online,,,,mesti ada segala maklumat, saya sendiri dah pernah kena tangkap, mestilah kamu semua ada maklumat tu...tolong bagitahu kepada Ketua Polis Negara..memang patut kontrak dia tidak disambungkan kerana tak perform!!!"

SB SB yang lain yang ada disitu mula membebel kepada saya..seorang darinya memerli saya dengan menagatakan :"ish..normah ni..sabar betul, kalau kena dengan aku...issshhh..."...memang SB yang soal siasat saya pada ketika itu nampak sabar sangat..siap tanya.."kenapa Puan tak suka ISA, cuba bagitahu saya, boleh saya sampaikan kepada Perdana Menteri"...wow hebat...

Tetapi dalam kesemua insiden ketika di'kurung' di tempat ini ialah pertengkaran mulut kami dengan pegawai polis berpangkat tinggi seperti di gambar di bawah...sungguh tidak professional dan memualkan...rasa macam nak lempang je!!!!

Setiap kali ada kumpulan tangkapan yang baru sampai, kumpulan kami berlima akan bangun dan memberi sedikit nasihat kepada mereka yang datang. Kami akan beri nasihat kepada mereka untuk tidak memberikan IC, tidak menjawab soalan-soalan yang tidak berkaitan dan beberapa perkara penting yang lain.

polis tu nama dia aziz..tak ingat pangkatnya tetapi saya ingat YB Sivarasa memaklumkan kepada kami bahawa dia adalah ketua di situ. YB Siva juga turut tertangakap.

Apabila saya dan rakan saya Aiman sibuk-sibuk bangun beri panduan pada rakan lain yang baru masuk, dia menghampiri kami sambil berkata "awak ni peguam ke?"

Jawab saya "saya bukan peguam, tapi sebab peguam kami tak dapat masuk, kami terpaksa jalankan tanggungjawab bagi pehak peguam kami"

Dia dengan angkuhnya berkata..."tau tak yang peguam-peguam awak tak datang pun, dia orang tak kesah pun"

Mendidihla darah saya kerana YB Sivarasa juga seorang peguam....saya jawab..."hey...peguam kami ada kat sini tu YB SIVA tu ada"...terus saya jerit panggil Siva datang.

Selepas itu dia menyambung lagi dengan sombongnya.."awak tau tak Siva tu saya yang soal siasat dia"

Babak kedua pula ialah setelah mendapat maklumat bahawa peguam kami ada di luar dan memohon untuk masuk...saya segera mencari Aziz itu semula.

Apabila berjumpa dengannya terus saya cakap "Tuan, peguam kami ada di luar, mereka nak masuk ke dalam, so macam mana ni"

Tuan Aziz jawab "hey...awak ni bukannya tahanan, jadi awak tak ada hak untuk dapatkan peguam"

Saya jawab "oh...kami bukan tahanan ye...okay jom...jom..jom kita keluar"

Sekali lagi saya menjerit memanggil Siva "Siva...dia ni cakap kita bukan tahanan, so kita boleh keluar la kan"

Selepas itu Tuan Aziz cakap..."ishh...susahla cakap dengan orang yang tak betul ni..susahla cakap dengan orang gila ni"

Wah...geram gillerrrr...anda tak geram???? Sungguh tidak professional...Apakah mereka yang seperti ini boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan kita dan seluruh rakyat Malaysia

Babak ketiga ialah apabila suami saya baru sampai dari luar negara pada tarikh 9hb Januari 2010 jam 2.00petang.

Seperti biasa dia akan ditahan di imigresen dan perlu isi maklumat kenapa keluar masuk kerana entah tanpa sebab yang diketahui namanya sudah disenaraihitamkan.

Tapi kepulangannya kali ini lebih dramatik kerana dia telah ditahan selama 3 jam dan perlu menantikan kedatangan 3 orang pegawai dari Bukit Aman...datang all the way dari Bukit Aman untuk soal siasat dia atas alasan yang sungguh tidak logik dan tidak pernah dilakukan oleh suami saya...

Kata pegawai tu..."kami ni bertugas menjaga segala pergerakan semua rakyat Malaysia...hebat POLIS MALAYSIA'...tapi apa sal banyak jenayah tidak dapat dibenteras..pembunuh tidak dapat dicari..pengebom gereja bersiri tidak dapat dikesan...

SIAPA YANG ANDA JAGA SEBENARNYA????...sila jawab wahai Menteri Dalam Negeri...jangan hanya tahu menyusahkan hidup rakyat sendiri...

1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah, engkau keraskan lah lidah polis-polis yang zalim ini ketika sakaratul Maut.

Ya Allah, kau layan lah mereka sebagaimana mereka melayan manusia seperti anjing dan kain buruk. Kau tempatkan lah mereka bersama firaun, iblis dan haman.

Engkau jadikanlah zuriat2 yang makan duit haram ini, anak2 syaitan yang bakal memenuhkan neraka-Mu.

Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Qahhar. La Haula wal Quawata illa Billah...