Wednesday 13 January 2010

Isu Kalimah Allah dan Berkuasanya Menteri: Wacana Intelektual JIM

Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat badan yang sihat, masa yang terluang dan kemudahan untuk penulis bergerak bersama suami dan dua orang anak ke Pejabat Ahli Parlimen Gombak di mana Majlis Wacana Intelektual diadakan semalam 12 hb Januari 2009. Majlis anjuran Hidayah Centre di bawah Jamaah Islah Malaysia (JIM).


Tuan Hj Muhammad Abdullah Sylvester Pengerusi Hidayah Centre

Sesampai di sana kami agak terkejut melihat ramai yang sedang berdiri di luar dan di perkarangan bangunan tersebut. Terkejut kerana kami sekeluarga sering juga mengikuti program wacana yang di bawah anjuran JIM dijalankan di sana, namun sentiasa akan ada ruang kosong di dalam untuk anak-anak duduk-duduk santai membaca dan bermain.


Alhamdulillah ternyata topik 'Kalimah Allah' memang sah hangat diperkatakan hingga ramai yang terus ingin ambil tahu.

Walaupun penuh penulis tetap mencelahkan diri untuk mendapat tempat terbaik di dalam untuk menghayati penyampaian dari dua orang tokoh besar JIM iaitu Tuan Haji Zaid Kamaruddin Presiden JIM dan Tuan Haji Ustaz Alias Othman Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang juga ahli JIM dan Mantan Ahli Jawatan Kuasa Pusat JIM.


Penulis lebih tertarik untuk berkongsi penyampaian yang disampaikan oleh Tuan Haji Zaid Kamaruddin sebagai permulaan kerana yakin ramai antara kita yang lansung tidak tahu bagaimana isu ini timbul dan kenapa ianya muncul dan menjadi panas.


Apa yang berlaku dalam kes tuntutan penggunaan Kalimah 'ALLAH' oleh Majalah The Herald Weekly ialah berkait rapat dengan Akta yang dicipta dalam negara kita iaitu 'ACT 301 PRINTING PRESSES AND PUBLICATIONS ACT 1984'.

Dari slaid persembahan Tuan Hj Zaid ditulis:

Kes Bermula :

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kebenaran penerbitan The Herald Catholic Weekly bagi tahun 2009 dengan syarat:

i) tidak menggunakan kalimah Allah.
ii) dihadkan kepada penganut Kristian.

2. Penerbit The Herald Catholic Weekly mencabar arahan KDN di Mahkamah.

3. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31hb Disember 2009 memutuskan arahan KDN terbatal [null and void] dan turut membenarkan kalimah Allah digunakan oleh The Herald dan Kalimah Allah tidak ekslusif kepada Islam.


Kebenaran Diperolehi

Pada April 24 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran kepada The Herald Catholic Weekly untuk memohon membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7hb Januari 2009 melarang penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan mereka. Rujuk Malaysiakini.

Tiada Bantahan

Hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Lau Bee Lan, manakala menurut laporan dari Bernama Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, Peguam bagi pihak responden iaitulah Pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia telah tidak membantah kebenaran permohonan tersebut.

ADUN Hulu Kelang Saari Sungib yang juga Mantan Presiden JIM dan Tuan Syed Ibrahim Syed Noh Timbalan Presiden JIM dan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA.

KDN Tiada Hak Halang

Jadi segalanya bermula apabila Pihak Majalah Herald Weekly tidak bersetuju dengan syarat dan arahan yang dikeluarkan oleh KDN, maka mereka mengambil tindakan dengan menggunakan saluran yang ada iaitu melalui proses undang-undang kerana mereka berpendapat larangan kerajaan ini adalah salah di sisi undang-undang.

Mereka berpendapat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi hak kepada KDN untuk melarang mereka menggunakan kalimah Allah.

Peguam Responden Gagal Membuktikan

Seperti yang disebutkan di entry yang lepas, dalam menyampaikan keputusan bagi tuntutan ini, Hakim Lau memberikan kebenaran ini berdasarkan kegagalan Pihak Peguan Responden untuk membuktikan hujah-hujah mereka berasaskan kepada dua perkara:

1) Kalimah Allah adalah khusus digunakan untuk orang Islam.
2) Penganut Kristian tidak menggunakan kalimah dalam ajaran dan kitab Bible, tapi hanya dalam mingguan Herald Tribune.

'Keeping to the religion'

Apa yang juga menarik yang disebut oleh Saudara Presiden JIM (diambil secara verbatim) ialah : " Tiada kebebasan mutlak dalam beragama di dalam negara dan berdasarkan fakta Islam yang banyak tertindas". Beliau menambah lagi; "Penganut agama lain boleh tidur lena sebab mereka boleh mengamalkan ajaran mereka secara keseluruhannya tetapi orang Islam tidak boleh tidur lena dengan tahunya bahawa banyak hukum Islam yang tidak boleh dilaksanakan".

"Namun satu perkara yang penganut Kristian tidak dapat lakukan ialah berdakwah kepada orang Islam dan ini tercatat di dalam perlembagaan Negara".

Akhirnya Tuan Haji Zaid juga menyebut bahawa "keeping to the religion will make us a better person".

Tegakkan Hukum Allah


Maka sepatutnya semua kejadian keganasan yang berlaku akibat dari penghakiman penggunaan Kalimah Allah tidak sepatutnya terjadi. Tidak ada agama yang mengajar untuk melakukan kerosakan...soalan yang belum ada jawapan lagi iaitulah siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menyalakan api keganasan dan permusuhan ini???

Apa Agenda mereka

Saya juga ingin memetik sedikit kesimpulan dari penyampaian Ustaz Alias Othman mengenai kekeliruan dan ketegangan yang berlaku dari isu Kalimah Allah di mana beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang membuat kecoh dan mengamuk ini adalah individu-individu bertindak tanpa kefahaman. Mereka ini pasti ada agenda yang tertentu kerana jika tidak mereka ini boleh diibaratkan sebagai lembu-lembu yang dicucuk hidung-hidung mereka.

Mereka yang memberontak tidak menyedari bahawa isu Hakimiyyah Ilahiyyah itu jauh lebih besar untuk diperjuangkan. Mengapa pula tidak ada orang yang bangun untuk berdemonstrasi, tidak ada orang yang mahu tunjuk perasaan apabila hukum-hukum Allah tidak dilaksanakan malah dipersendakan..tidak ada yang peduli....

Maka memang jelas nyata betapa tidak konsistennya Melayu Islam yang bangun membuat huru hara dalam situasi ini.

Berkuasanya Menteri

Namun satu lagi isu yang terselindung di sebalik segala kekalutan ini yang mungkin juga ramai antara kita tidak sedari ialah tentang akta 301 yang mengawal segala penerbitan buku, majalah dan sebagainya, Akta Percetakan dan Penerbitan.

Sebagaimana Akta lain dalam Malaysia khususnya akta Zalim ISA yang memberikan kuasa penuh kepada Menteri menggunakan budi bicaranya, maka nampaknya sama juga dengan akta 301 ini.

Tuan Haji Zaid telah mengemukakan beberapa poin yang terkandung di dalam akta ini yang jelas menunjukkan betapa berkuasanya seorang Menteri tersebut.

3 (3) The Minister may in his absolute discretion grant to any
person a licence to keep for use or use a printing press for such
period as may be specified in the licence and he may in his absolute
discretion refuse any application for such licence or may at any
time revoke or suspend such licence for any period he considers
desirable.

Grant of permit
6. (1) The Minister may in his absolute discretion grant—

(a) to any person a permit to print and publish a newspaper
in Malaysia; or
(b) to any proprietor of any newspaper in Singapore a permit
allowing such newspaper to be imported, sold, circulated
or distributed in Malaysia.
(2) The Minister may at any time revoke or suspend a permit for any period he considers desirable.

Validity of licence and permit

(2) The Minister shall have the absolute discretion to refuse an
application for a licence or permit.

Revocation, suspension, and transfer of licence and permit

13. (1) Without prejudice to the powers of the Minister to revoke
or suspend a licence or permit under any other provisions of this
Act, if the Minister is satisfied that any printing press in respect
of which the licence has been issued is used for printing of any
publication which is prejudicial to public order or national security
or that any newspaper in respect of which a permit has been issued
contains anything which is prejudicial to public order or national
security, he may revoke such licence or permit.

Nasib Malang Akhbar/penerbitan Pakatan Rakyat

Elok untuk kita susur kembali nasib beberapa akhbar alternatif yang telah ditarik balik permit mereka, atau digantung malah dirampas penerbitan mereka. Di dalam bulan Mac tahun lepas KDN melalui kuasa yang ada di tangan Menterinya telah menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan serta tidak menyambung permit akhbar ROKET milik DAP.

Motif Politik

Ketika menyampaikan memorandum bantahan kepada SUHAKAM Dato' Mahfuz Omar telah berkata bahawa:

"Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

"Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik."
Rujuk Harakahdaily.

Penantian

Hingga kini kita masih menanti penyelesaian untuk kemelut yang terjadi, namun yang jelas hubungan antara agama dan kaum di tahap keharmonian yang tinggi dan tiada ketegangan. Rakyat cuma menanti jawapan SIAPAkah Yang Bertanggungjawab ke atas segala keganasan yang berlaku kini.

Untuk ketentuan samada Kalimah Allah milik eksklusif umat Islam atau tidak kita tunggu keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah setelah melalui proses rayuan hingga ke peringkat yang tertinggi, kerana Mahkamah di dunia ini yang telah dirujuk untuk membuat keputusan .

Pada masa yang sama penggunaan kalimah Allah oleh Majalah Herald ditangguh dahulu maka belum lagi timbul apa-apa isu mengenai penyalahgunaan kalimah yang suci di hati dan dalam diri umat Islam keseluruhannya terutamanya bagi mereka yang bukan saja menyanjung kalimah Allah malah menjunjung segala Hukum yang terangkum di dalamnnya.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas

Terimalah hadiah istimewa untuk ukti sekeluarga dan teruskan perjuangan murni tu.

http://www.youtube.com/watch?v=EpssVOcq10c

arah

ummu asiah said...

Akhi ARAH,

JZKK utk 'hadiah' you tube tersebut..memang sangat menyentuh hati..ALLAH di mana-mana...

Juga di atas kata-kata sokongan dan semangat.

nmn/blm