Tuesday 12 January 2010

Isu Kalimah Allah: Kerajaan Barisan Nasional: ANDA KALAH!!!!!

Jurufoto: Abah Asiah

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pengunjung.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Entah mengapa secara tiba-tiba terkeluar di kotak fikiran dan dititipkan di papan kekunci kalimah-kalimah di atas..mungkin sedap dan enak telinga mendengar ungkapan di atas seperti yang diucapkan oleh Bro Shah Kirit di dalam Forum yang telah diadakan semalam di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang bertajuk "Allah Siapa Punya". Tajuk yang mendapat komen hampir selari dari panelis yang hadir...satu tajuk yang tidak sesuai, kerana Allah tidak dimilliki oleh sesiapa. Allah pemilik Alam Semesta...semua Makhluk tunduk patuh hanya kepada Allah yang Esa.

Memandangkan ini adalah satu tajuk yang sedang hangat diperkatakan dan panas membara hingga sudah banyak gereja yang dibakar hingga ada yang hangus dibakar oleh api yang mungkin sengaja dibakarkan.

Satu perkembangan yang amat menarik, ketika pemimpin-pemimpin kerajaan mungkin merasakan bahawa isu ini bakal mengundang ketegangan diantara agama dan kaum, malangnya, sangkaan mereka ternyata meleset.

Rakyat bijak menilai. Kehadiran peserta di dalam Forum yang dijalankan oleh kumpulan anak muda dari Free Public Forum (FPF), Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan KLSCAH ini ternyata membuktikan bahawa rakyat pelbagai agama dan kaum masih tidak berdaya di diperdayakan oleh niat jahat sesiapa sahaja.

Sungguh berbilang kaum dan agama, malah generasi tua dan muda turut memenuhi ruang dewan yang luas ini. Anggaran peserta yang hadir ialah seramai 1050 orang.

Tahniah untuk penganjur. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat bukan sahaja bertumpu kepada saluran internet untuk mencari maklumat malah mereka sanggup bersusah payah mencari setiap ruang yang ada untuk menilai situasi sebenar yang berlaku di dalam negara...jadi sekali lagi wahai Kerajaan BN dan UMNO.....ANDA KALAH!!!!!

Tidak perlu meniupkan sentimen perkauman, malah jangan gunakan isu agama untuk memporak-perandakan dan menghuru-harakan negara. Kini anda wahai kerajaan memerintah cuba pula menakutkan rakyat dengan ANCAMAN ISA!!!!.......

InsyaAllah...kami di Gerakan Mansuhkan ISA yang mewakili rakyat yang bencikan kezaliman merasakan bahawa ANDA TETAP AKAN KALAH!!!!....Himpunan MANSUH 1 Ogos 2009..membuktikannya...namun anda seperti biasa tetap akan menggunakan akta kolot ini sebagai jalan terakhir anda untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Wartawan yang hadir juga amat memberangsangkan, paling menarik yang dapat penulis amati ialah majority dari mereka adalah berbangsa China. Saya juga duduk di sebelah Chen, wartawan Merdeka Review. Beliau gigih menulis apa yang disampaikan di dalam Forum tersebut. Tidak sabar menantikan hasil tulisannya dan rakan setugasnya Hong Siang bagi edisi Bahasa Melayu. Saya ingin membaca laporan untuk tajuk ini dari perspektif mereka yang bukan Islam dan tidak terlibat secara lansung dalam polemik ini.

Panelis pertama untuk Forum ini ialah Dr. Khalif Muammar, Felo di Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau antara yang secara jelas tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Nama Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Pada pandangan beliau, Nama Allah adalah satu nama Khas bukannya nama generik. Ia mempunyai konsep yang tertentu. Oleh kerana ianya adalah satu nama yang khas maka ianya tidak boleh diguna pakai oleh agama yang lain. Ia akan merosakkan maksud nama tersebut, apa yang disebutnya ialah "corruption of meaning".

Beliau mengatakan bahawa "tidak ada di dalam AL Quran dalil yang menyokong nama Allah digunakan oleh orang bukan Islam" katanya lagi apa yang berlaku kini sesetengah ulamak "ambil beberapa ayat AL-Quran dan mengatakan orang bukan Islam boleh guna", beliau menambah "orang bukan Islam dulu tidak sama dengan orang bukan Islam sekarang".

Beliau merujuk Surah Luqman ayat 25:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik.

Beliau menyatakan kegusarannya bahawa situasi yang berlaku di Indonesia mungkin berlaku di Malaysia sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah ALlah, iaitulah rumah ibadat mereka akan ditulis sebagai Rumah Allah atau Kitab mereka ditulis sebagai Kitab Allah.

Panelis kedua ialah Saudara Hasmi Hashim seorang penulis muda. Beliau membangkitkan contoh kebangkitan umat Islam seluruh dunia dalam isu Kartun Belanda yang menghina Nabi Muhammad SAW. Seluruh umat Islam kecoh tentang isu ini. Maka beliau menyebut tentang 'Clash of Civilisation' dan perlunya pengurusan krisis diperbaiki.

Baginya orang Melayu juga tidak konsisten dalam perjuangan mereka didalam sesuatu isu. Dalam kata lain mereka memilih-milih isu. Ini jelas terbukti bila timbulnya tentang isu penggunaan Kalimah ALlah ini.

Hasmi Hashim membawa kisah sejarah Melaka apabila beliau menyebut tentang kesah Munshi Abdullah yang digelar "Paderi Munshi" . (dalam pencarian saya tentang tajuk 'Paderi Munshi Abdullah' saya bertemu link ini yang menulis ini: Catatan Abdullah Munshi pula menyatakan bahawa dia pernah digelar dengan �Abdullah Paderi�. Hal ini demikian kerana orang Melayu melihat Abdullah Munshi berbaik-baik dengan orang Barat. Sifat dengki yang bertapak dalam masyarakat Melayu ini, telah berkembang hinggalah ke hari ini.)


Sejarah pembukaan gereja yang pertama di Melaka di mana Munshi Abdullah menjadi broker tanahnya. Munshi Abdullah juga terlibat dalam penterjemahan Injil ke Bahasa Melayu apabila menerima permohonan dari Paderi Thomsen. Di dalamnya disebut Allah sebagai terjemahan dari perkataan GOD.

Saya memetik kata-kata di 'status FB' Hasmi Hashim Hasmi Hashim :: kehadapan kekandaku Abdullah, aku sudah berusaha membersihkan fitnah diwajahmu. Hanya itu termampu olehku. Moga roh kekanda sejahtera, amien.

YB Khalid Samad memang telah memanaskan situasi Forum semalam dengan menyindir parti perkauman yang ada di Malaysia iaitu UMNO sebagai penyebab kepada krisis nama Allah yang berlaku kini...katanya tidak ada negara umat Islam yang lain yang dilanda krisis sebegini melainkan di Malaysia. Sebabnya ialah kerana di Malaysia ada UMNO...

Namun ada peserta yang memberi pukulan semula kepadanya kerana membangkitkan hal politik di dalam Forum tersebut dengan membaling semula soalan yang panas iaitu "Apakah Ustaz Harun Din dan Ustaz Nasharuddin juga adalah UMNO".....saya tidak mendapat jawapannya kerana pulang lebih awal.

Panelis 3: Dr Azwira A. Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberikan perpekstif yang sangat menarik dari segi perundangan. Beliau menyatakan bahawa Hakim yang mendengar kes ini telah membuat keputusan bahawa Majalah Herald dibolehkan menggunakan perkataan Allah berdasarkan kegagalan pihak Peguam yang mewakili Kementerian Dalam Negeri memberikan berhujah dan membuktikan 2 perkara iaitu:

1) Kalimah Allah adalah khusus digunakan untuk orang Islam.
2) Penganut Kristian tidak menggunakan kalimah dalam ajaran dan kitab Bible, tapi hanya dalam mingguan Herald Tribune.

Jadi di sinilah bermulanya polemik ini secara di luar kawalan walaupun isu ini telah dibangkitkan sudah lama. Baginya orang yang menghuru-harakan perkara ini ialah mereka yang mempunyai fikiran yang luar biasa.

Beliau juga berhujah bahwa tidak ada nas yang jelas melarangkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan juga tidak ada nas yang jelas yang mengkhususkan nama Allah pada orang Islam juga tidak ada pengkhususan di dalam perlembagaan.

Penulis memohon berhenti dulu menghuraikan apa yang dibincangkan semalam kerana penekanan penulis dalam entry ini ialah "Anda Kalah"...InsyaAllah di siri yang akan datang penulis akan memaparkan nota yang dicatat oleh anakanda Anfal Saari yang nampak sangat fokus di dalam gambar di atas..bagus...ALhamdulillah kerana penulis tidak dapat fokus dengan baik semalam.

Fokus....dah fokus dah tadi...berbincang sekejap....

Wah...Ronasina Kartunis turut hadir mendapatkan pencerahan bersama isteri...

Barisan peserta yang bertanyakan soalan...peserta pertama adalah Saudara Baru kita...SB juga katanya...satu soalannya ialah beliau tidak puas hati kerana tidak ada wakil dari Kristian atau Paderi dan tidak ada wakil dari UMNO yang dijemput...jawapan yang sudah kita tahu dan faham...dah jemput ramai...tapi mereka yang tidak hadir...nak buat macamana ...YB Khalid Samad sahaja yang sudi datang...dan menggunakan peluang yang ada untuk menyampaikan pendapatnya secara terbuka....

Yang Baik dan betul kita terima...yang sebaliknya tinggalkan saja dan betulkan....

Adik ni semangat siap quotekan ayat AL-Quran...dan membayangkan bahawa isu ini hanya memberikan imej yang negative kepada Islam dan penganutnya....

Sekian Dulu....

4 comments:

Bah Lontok said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

ali said...

Salam kak nashita,

alamak sy x fahamla psl hasmi hashim tu, dia tolong bersihkan apa pd nama abdullah munsyi?

ummu asiah said...

ali..

yang difahami secara terus ialah membersihkan nama Munshi Abdullah dari tuduhan "paderi" Munshi yang terlekat pada namanya...kerana Munshi ABdullah telah menterjemahkan Bible ke Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi..dan menggunakan Allah untuk GOD.

sebagaimana isu yang timbul kini mungkin itu juga yang menimpa Munshi Abdullah ketika itu...

di dalam link yg telah dicopy paste di dalam entry ini berpendapat gelaran tersebut diberi lantaran sifat hasad dengki orang melayu ketika itu...dan boleh baca lagi di link ini...satu pendapat yang lain pula...

http://sawanih.blogspot.com/2010/01/fakta-menarik-sekitar-isu-kalimah-allah.html

apa-apa pun seperti yang ditulis..penulis tak berapa fokus..:))

tq

azean said...

banyak yg sesat pun guna nama allah,kahar rasul melayu pun guna nama allah,arifin kerajaan langit pun guna nama allah,kenapa org tak melenting..sebab dia org tu melayu ke?.tak terfikir ke...dgn nama allah ini satu dakwah boleh terbentuk..bincangkan dgn mereka kamu guna allah tapi mensyirikkannya,agak2 di mahsyar nanti ada tak dalih ya allah aku nak sebut nama engkau pun org melayu tak bagi,ini pulak mereka nak dakwah kat kami ni,teringat cerita di sorg ustaz bila sorg banduan bukan muslim mengadu tak boleh tidur,banduan melayu suruh dia sebut allah,allah...sehinggalah akhirnya dia memeluk islam,kerana kebesaran kalimah allah,mudah2an isu ini akan menambah pengikut islam spt peristiwa 11 september.yang bathil akan padam.