Sunday 17 January 2010

"Reben Kedamaian, Keharmonian dan Kasih Sayang"

Ketika menghadiri Forum "Allah Siapa Punya" pada hari Isnin yang lepas, salah seorang peserta Forum telah bangun mewar-warkan tentang program yang diberi tajuk "Ribbon of Peace, Harmony & Love" sebagai jawapan atau sebagai alternatif program dalam merungkaikan segala masalah yang timbul akibat dari kekusutan tentang penggunaan Kalimah Allah


Program tersebut dirancangkan untuk diadakan pada hari Sabtu 16hb Januari 2-4 petang di One Utama Bandar Utama. Maka saya telah pasangkan niat untuk bersama-sama meraikan program tersebut.
Program tersebut bertujuan "Untuk Mempromosi Keharmonian Pelbagai kaum dan Agama". Program ini anjuran Persatuan Penduduk Bandar Utama (BURA) "bagi mempromosi dan memberi inspirasi terhadap kedamaian dan kasih sayang dengan menulis suatu pesanan atau harapan yang tulus ke atas reben dan kemudiannya mengikatnya bersama ratusan reben-reben lain untuk paparan di Kawasan Rainforest 1 Utama"

"Perkara yang mudah ini akan mencerminkan masyarakat kita yang bersatu dan harapan bersama untuk mempromosi dan memberi inspirasi terhadap kedamaian, keharmonian dan kasih sayang di negara kita." Antara ungkapan yang terdapat di dalam risalah yang disebarkan kepada orang ramai bersama sekuntum reben.

Pengerusi BURA Dato' Manpal Singh memberikan contoh tentang sikap toleransi yang ada di kalangan penduduk di Bandar Utama di dalam ucapannya di mana sebuah kuil Buddha dibina 'side by side' dengan surau di sebuah kawasan di Bandar Utama. Penduduk dapat menerimanya dengan baik selagi sikap toleransi di antara agama masih wujud dan kebal di dalam hati masyarakat.

Bandar Contoh
Mereka ingin menjadikan Bandar Utama sebagai sebuah kawasan contoh yang mempromosikan "KEDAMAIAN, KEHARMONIAN DAN KASIH SAYANG"

Turut berucap di majlis tersebut ialah Dato' Teo Chiang Kok Director of Bandar Utama yang mengalu-alukan semua ke majlis tersebut...walaupun saya yakin mereka ini dari golongan orang atasan yang berada namun sikap dan rupa yang ada pada mereka amat mudah untuk disenangi semua.

Saya tidak pula menyangka bahawa program ini juga bakal dihadiri oleh Menteri Besar Selangor sendiri berserta beberapa orang ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Turut hadir ialah YB Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan, YB Sivarasa Parlimen Subang, YB Edward Lee ADUN Bukit Gasing dan YB Dr Nasir ADUN Kota Damansara.

Menteri Besar dan Program Kemasyarakatan
Dalam ucapannya Tan Sri Khalid Ibrahim juga menekankan tentang kepentingan untuk hidup dalam"peace and harmony" dengan mengaitkan aktivitinya bersama rakyat pada hari tersebut. Sebelum singgah di One Utama, rombongan Menteri Besar telah lebih dulu bersama rakyat di Kelang dalam satu program kemasyarakatan, membersihkan kawasan kedai makan di Kelang termasuk aktiviti mengutip sampah.

Beliau juga menekankan tentang usaha untuk mengubah jurang perbezaan di antara rakyat demi mewujudkan masyarakat yang boleh hidup bersatu padu menjadi agenda penting dalam kepimpinan PR di Selangor. Dengan usaha ini juga diharap kemakmuran dan kemewahan yang ada dapat dikongsi bersama.

Terbaik untuk Rakyat
Konsep keterbukaan tetap dipilih oleh Menteri Besar di dalam kepimpinannya walaupun diasak dengan cubaan memecah belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Katanya tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalangnya untuk terus bergerak ke hadapan dengan lebih 'resilient'.

"Menjadi seorang Menteri Besar, kehidupan bukanlah semudah yang disangka, bila perlu membuat keputusan dan pilihan ianya mungkin menggembirakan sesetengah kelompok rakyat dan tidak gembira pada yang lainnya, jadi bagaimana?, ianya adalah satu cabaran, namun keputusan dibuat berasaskan 'conscience' apa yang terbaik untuk semua demi membina satu asas yang baik dan kukuh untuk kehidupan masa yang akan datang." Demikianlah yang ditegaskan oleh YAB Menteri Besar untuk difahami oleh rakyat tentang dilema seorang yang menerajui sebuah negeri yang maju.

YAB Menteri Besar menutup ucapannya dengan mengatakan bahawa "Religion does not stop us to be together, Malaysia has enough for everybody".

Saling memahami
Ya memang tepat sekali, itu juga yang cuba penulis ungkapkan ketika diminta oleh pengacara majlis yang memohon untuk penulis turut menyampaikan kata-kata ucapan. Penulis menekankan bahawa diri terasa terpanggil untuk turut sama di dalam majlis ini demi mempamerkan semangat untuk hidup dalam keadaan aman walau apa isu yang mendatang yang cuba memecah belahkan keharmonian hidup masyarakat. Semua kita inginkan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur.

Begitulah juga yang ditekankan di dalam risalah yang diedarkan kepada pengunjung One Utama "Marilah kita bertekad untuk memperbaiki, membina dan mengukuhkan keharmonian agama dan perkauman melalui saling mengasihi dan bertoleransi,hormat menghormati dan saling faham-memahami"

YB Sivarasa Ahli Parlimen Subang dan YB Edward Lee ADUN Bukit Gasing turut memberi tumpuan kepada ucapan.

Pengacara yang ceria menyerikan majlis dengan pantun dan mengakhiri dengan peringatan dari ayat Al-Quran sendiri untuk dijadikan bekalan untuk setiap orang membawa pulang bahawa kita semua adalah bersaudara.

Sebelum berpisah....bergambar beramai-ramai bersama penganjur dan tetamu jemputan kecuali penulis dan anaknya yang hanya turut dijemput bergambar bersama oleh YB Elizabeth Wong.

Seorang lagi penganjur dan pengacara yang ceria memastikan semua yang hadir merasa selesa untuk bersama.

Gambar-gambar reben yang diikat ke pokok-pokok di kawasan Rainforest di LG New Wing 1 Utama Shopping Complex, turut ditulis harapan anak bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang harmoni.

Achieve Peace, Educate Ourselves....

Love Peace and Harmony to all Malaysians

KPI for all Malaysians: Live in Peace, Tolerance and Harmony

Peace Harmony Bring Happiness

Memaparkan riben keharmonian...moga generasi ini dapat terus menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna hasil usaha generasi ibu dan ayah mereka....

Tidak mengira bangsa, agama mahupun warna kulit....

Memaparkan lambang yang bukan hanya untuk dilihat malah untuk dihayati maksud nya yang jelas, ikhlas dan murni....

Last but not least.....siapa lagi....memetik apa yang ditulis oleh YB Elizabeth Wong di laman Facebooknya : Elizabeth Wong : There were 4-5 SpecialBranch officers at residents peace gathering. Hello Mr IGP, we r not the violent ones. Prioritise not?

Saya yakin yang sedang gigih mengambil nota itu dia..yang pakai tag tu penganjur....

2 comments:

ali said...

Ha Ha Ha. Sb lagi.

ummu asiah said...

Ali..

ya sangat suka mengintip SB...boleh buat koleksi gambar...sapa nak pun boleh je copy paste n simpan:))