Tuesday 26 January 2010

Khas untuk Isteri Aduka Taruna dan semua isteri dan semua yang layak ditangkap oleh Polis Di Raja Malaysia.

Di dalam dunia ini, selagi hidup manusia memang tidak dapat lari dari pelbagai dugaan dan cubaan. Saya memetik kata-kata hikmah dari seorang teman blogger Ronasina@Kulupsakah, katanya jika ada masaalah bermakna kita masih hidup...ya, Allah masih lagi memberi kita nafas untuk meneruskan kehidupan.

Sudah tentu juga kita berpegang kepada prinsip bahawa Allah sayang, ingat dan ingin menaikkan darjat kita bila diuji dan ditimpa masaalah walau sekecil mana sekalipun.

Bila ditimpa masaalah dan dugaan samada kita pendamkan atau kita mencari jalan keluar sendiri...menyimpan perasaan dan tetap teruskan hidup seperti biasa, bergurau dan gelak ketawa seperti biasa.

Buat masa ini memang ramai ditimpa masalah...namun seorang manusia yang hangat diperkatakan kini dan sedang ditimpa masalah ialah seorang blogger yang tiba-tiba namanya menjadi lebih hangat diperkatakan. Saya tidak lah mahu menyentuh tentang dirinya atau kesalahan yang didakwa telah dilakukannya, namun saya hanya ingin berkongsi perasaan sebagai seorang wanita dan isteri.

Namun lebih unik lagi, untuk pasangan muda ini, ya Isteri Aduka Taruna, semestinya seorang yang sedang berada di dalam keadaan tidak keruan, sedih, pilu keluh kesah, tidak tahu apa yang terjadi dan sedang terjadi kepada suaminya kini ,yang sedang di bawah tahanan Polis Di Raja Malaysia.

Saya memetik apa yang ditulis oleh Evelyn di Laman blog Aduka Taruna:

SMS isteri AT pada saya..

"Evelyn, wife Khairul ni.. HP dah kena rampas polis. Tadi polis datang dan geledah handbag. Dia cakap no hp tu dah hot sbb ada msg masuk, tapi no tu saya mengaku saya yang punya. Sorry msg u tgh malam ni, I feel so down.. tak tahu nak macam mana dah.."


"Sorry la susahkan u, xenan dan lain2. I pon dah tak sanggup tgk blog tu, nak bukak TV pun dah tak kuat. buat lah apa yang patut, korang lebih arif. Ari ni nak gi court, dengar kes dia. Xpelah lagipun dia cakap dia redha. i cuma bleh doakan.. Sementara ni ok kot. Lepas2 ni tak tahu la.. Sekali lagi, sorry susahkan u.."

Sy cuma mampu reply minta beliau banyakkan sabar dan doa, rakan blogger dan sahabat setia memberi sokongan dan membantu untuk pembelaan. Adalah hak At untuk mendapatkan pembelaan dan sebagai sahabat, kami akan cuba memberi sokongan pada beliau. "Ya Allah, sesungguhNya padaMU lah kami sandarkan segala harapan dan keampunan. Lindungilah sahabat kami dari kejahatan manusia-manusia yang hasad, dan dari kesilapan dirinya sendiri..Ameen".

Saya bukanlah orang yang selayaknya mendabik dada bahawa saya juga telah melalui apa yang dilalui oleh isteri AT, lebih ramai isteri-isteri dan wanita lain lagi yang telah melalui pengalaman yang perit ini, lebih-lebih lagi isteri-isteri tahanan ISA sejak dulu hingga kini, isteri-isteri dan keluarga mangsa yang dibabitkan dengan kes DSAI di tahun 1998, isteri-isteri dan ahli keluarga mereka yang mati dan diseksa di dalam tahanan, seperti keluarga Teoh Beng Hock, A. Kugan dan lainnya.

Saya sering mengikuti dan menyelami nasib-nasib dan penderitaan yang dilalui oleh kebanyakan isteri tahanan ISA terutamanya keluarga YB Saari Sungib dan Keluarga Mat Sah isterinya Cikgu Norlaila. Sememangnya saya tidak akan dapat merasakan dengan sebenarnya apa yang mereka rasakan. Namun saya cuba sedaya upaya mendengar luahan hati mereka dan membantu selagi terdaya.


Namun pengalaman bila suami ditangkap pada 5 hb Februari 2009 benar-benar menguji tahap kekuatan dalam diri..apakah saya sebenarnya kuat menghadapi dugaan, walaupun diri sendiri pernah 3 kali ditangkap dan dua kali disumbat ke dalam lokap selama 3 hari dua malam.

Hakikatnya bila terkena kepada suami, bila beliau ditangkap...saya kalah juga dengan perasaan sendiri...hanya kerana saya sedar akan sikap polis Malaysia dan ke tahap mana mereka sanggup lakukan. Itu yang lebih menakutkan dan merunsingkan. Air muka kerisauan memang jelas terpampang diwajah suami ketika berada di dalam mahkamah.

Ternyata polis telah berjaya mengugut mereka dengan bermacam-macam cara hingga kemungkinan akan di ISA kan dengan kehadirang pihak UTK Unit Tindakan Khas...memang menakutkan.

Polis memang desperate demi untuk menjalankan dan menunaikan amanah pemimpin mereka yang zalim hingga hak seseorang bila ditahan diabaikan. Sebagaimana apa yang menimpa AT apabila dibawa ke hadapan Majistret tanpa pengetahuan keluarga dan peguam begitu juga nasib yang menimpa suami dan rakannya ketika di lokap IPD Kuala Kangsar...namun apa pun jua..kita mesti berani melawan dan lebih dahulu faham dan ketahui hak-hak kita walaupun kita di bawah tahanan polis.

Untuk isteri Aduka khususnya....kuatkan semangat, kekuatan semangat kita penting untuk kekuatan fizikal dan mental suami yang di bawah kuasaan polis dan mungkin juga SB. Simpan sedaya upaya perasaan sedih dan tangisan bila berhadapan dengan suami dan juga pihak berkuasa. Lawan, desak selagi hak kita tidak dipenuhi, hak kita untuk bertemu mendapatkan peguam, menjawap hanya di hadapan peguam, jangan ikut cakap polis 100%, penting untuk ketahui hak kita!!!

Memang kita akan rasa amat duka apatah lagi bila Media Perdana turut memainkan peranan dalam cubaan 'memalukan kita' dengan menayangkan di Berita Perdana, gambar terpampang di seluruh akhbar arus perdana,,,memang tak dapat dinafikan ianya memberi implikasi besar pada hidup kita ketika itu walau kita tahu kita belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan...memang jelas tujuan semua media perdana tersebut..untuk memalukan kita!!!..namun kena harus terus kuat dan yakin...

Untuk Evelyn dan untuk semua yang menjadi sahabat kepada sesiapa jua yang ditangkap, sokongan walau hanya dengan sepotong do'a dan kata-kata sudah cukup untuk memberikan kekuatan.

Peringatan ini juga untuk diri saya sendiri dan semua kita yang semuanya ada kemungkinan untuk ditangkap dengan alasan yang direka-reka demi memenuhi kehendak penguasa!!!

Sila baca ini dan simpan...buku merah.

Ketika sekali lagi saya kalah dengan perasaan iaitu ketika suami ditahan selama 3 jam di imigresen KLIA, saya sendiri menjadi lupa dengan isi kandungan buku tersebut hingga tidak tahu apa nasihat yang seharusnya saya berikan kepada suami yang resah menanti saat dia disoalsiasat oleh pegawai dari Bukit Aman yang lansung tidak memperkenalkan siapa diri mereka.

Saya mendapat nasihat dari sahabat yang pakar iaitu Puan Norlaila isteri tahanan ISA selama 8 tahun , "make sure you don't cry, u have to look smart and confident"...namun nasihat paling berguna sudah tentu datangnya dari YB Saari Sungib yang punya pengalaman dua kali ditangkap ISA, "ISTERI MANGSA ISA PATUT CELUPAR BERDEPAN SB KURANG AJAR"

Anda mesti bacanya di sini.

Akhirnya saya kongsikan sedikit pengalaman yang tak seberapa ketika suami sendiri ditangkap di Kuala Kangsar...kami pulang ke Kuala Lumpur selepas suami dimasukkan ke lokap dan setelah polis berjanji akan membawa mereka ke Mahkamah pada jam 2 petang keesokan harinya..tapi sama seperti dalam nasib yang menimpa AT...polis menipu!!!!

Ini cerita saya....pada 10hb Februari 2009.

Dalam perjalanan lebihkurang jam 12 tengahari saya menerima panggilan dari no yang tak dikenali, rupanya dari suami.

"Ummi, polis dah bawa kami ke court, polis nak minta sambung tahanan reman. Cepat minta lawyer datang"

...anak di sebelah Asiah bertanya.."ummi, ummi nangis ke"


... Ya Allah...tak tahu nak explain macamana perasaan saya semasa itu...sekuat manapun...air mata sudah pun mengalir deras dan laju...

Cepat-cepat capai telefon dan menekan no kak Ruby isteri Zahir..Van mereka betul2 di hadapan Van saya, dan Van Bakar pula betul-betul di belakang van saya..kami memandu dalam keadaan begitu sepanjang highway sehingga sebelum menerima panggilan dari Bad.

Kemudian Van Zahir dah mula hilang dari pandangan kerana saya telah mula memperlahankan pemanduan.

Ah...kak ruby tak angkat telefon pulak....cuba pula dail Norzitah isteri Bakar...juga tak berangkat...

"Ya Allah...macamana ni..."....sementara saya menekan-nekan lagi no yang lainnya..Ammar cuba menghubungi Pakcik Bakar..Alhamdulillah dapat.

Terketar2 dan cepat2 saya mohon Bakar menghubungi Zahir.." Bad baru call, polis dah bawa mereka ke Mahkamah nak sambung reman, lawyer tak ada..cepat minta Zahir call sesiapa saja"..

Sebelah tangan tak henti mendail no sesiapa sahaja yang saya ingati dan sebelah tangan lagi di steering van.

Cuba pula call Lateefa, tak angkat juga, call pula Kulasegaran peguam di Ipoh, juga tidak berangkat, call cikgu laila..Alhamdulillah angkat..."tolonglah..call sesiapa, buat sesautu"..

...Call pula YB Lih Kang..Alhamdulillah dapat.."Lih kang, my husband just called....................please Lih Kang,please do something, please ask lawyers to be there fast..please..."...saya merayu sepuas-puasnya...

Kepala ligat memikirkan sesiapa sahaja yang boleh dihunbungi untuk memberi bantuan secepa mungkin...teringat pula teman blogger Labun Kulup Sakah...sama juga bunyi stress call saya kepada dia seperti kepada YB Lih Kang..dan sama juga jawaban mereka.."okay...okay.."

Alhamdulillah....seketika kemudian YB Lih Kang telefon dan mengarahkan saya menelefon suami segera dan memaklumkan yang lawyer telah dimaklumkan, Ustaz Asmuni yang akan membantu dan minta Bad infom court untuk tangguh hingga jam 2 petang.

Alhamdulillah syukur.. Cepat-cepat saya tekan semula no received call dari Bad tadi...dan saya pohon bercakap dengan suami saya iatu Bad Latif..

....terdengar dari corong handphone..:"Siapa Bad Latif...ini ada isteri nak bercakap.." "Okay abang, Ummi dah cakap dengan Lih Kang, dia minta infom court untuk tangguh pada jam dua"

.... "Okay, memang court dah tangguh ke pukul 2"....Alhamdulillah..


Saya juga menerima panggilan dari blogger Kulup Sakah dan memaklumkan kepada saya yang teman-teman blogger di Perak termasuk Mat Saman Kati, juga sudah dimaklumkan untuk menghebahkan kepada seramai mungkin dan beri pertolongan.

Selepas itu, kami bertiga kenderaan mula memecut dan memandu tanpa henti...sambil itu saya menerima pula panggilan dari Norzitah isteri Abu Bakar:

.."Akak okay ke..nampak van ke kiri ke kanan..biar saya yang drive so akak boleh buat phone calls.."..."tak pe-tak pe..dah okay...dah settle dah, InsyaAllah Kak Nashita okay and boleh drive."
Alhamdulillah, kami sampai di IPD Kuala Kangsar jam 1.30 petang ketika azan zohor berkumadang. Jalan keluar masuk ke IPD beserta Mahkamah Majistret telah diblock oleh Polis dan FRU. Hanya keluarga terdekat yang boleh masuk.

Namun kemuncak kesedihan ialah apabila anak sendiri juga ditangkap dan dimasukkan ke lokap tanpa berbuat apa-apa kesalahan hanya kerana bersama ibu-ibu mereka menuntut pembelaan ke atas mangsa tahanan ISA...saya dan Cikgu Laila kalah dengan perasaan dan kami semua merintih sedih di dalam penjara mengenangkan nasib yang tidak kami tahu yang menimpa anak-anak kami...

Begitulah nasib yang harus kita tempuhi apabila kita cuba berjuang menentang pemerintahan yang korup dan zalim.

9 comments:

ISA said...

Salam Ummi,

Ummi boleh di kategorikan dalam kalangan isteri yang tabah. Alhamdulillah dan syabas kerana berjaya mengharungi segala susah payah selama ini.

Saya simpati, terharu dan teruja dengan ketabahan ummi. Semoga ummi sekeluarga berada dalam perlindungan dan rahmatNYA.

Berkaitan Aduka, insyallah beliau akan selamat. Ramai rakan2 blogger yang membantu, salah tetap salah... tetapi sokongan moral itu perlu... bukannya menambahkan lagi beban kepada beliau.

Hanya manusia yang berhati busuk sahaja yang tidak memahami, malahan tidak dapat membezakan antara makhluk dan tuhan mana yang lebih mulia.

Agak komplikated untuk di huraikan..., harap ummi faham jika ummi baca semua n3 saya berkaitan beliau.

ummu asiah said...

Isa...

terima kasih..

ya akak ikuti..and dah baca latest serta link2 nya sekali..

memang benar...geram dgn semua orang yang tak consistent...

ya...berani memohon maaf kan satu tindakan yang mulia...yang lainnya terserah pada Allah dan juga undang2 dunia..tapi kita tahu undang2 di malaysia ni mana adil..yang paling kita takut polis dan SB yang mengambil kesempatan...kita selalu dengar ttg pendedahan tahanan ISA terutamanya..ditahan atas sbb lain tapi disoal dan dikorek dan dipaksa jawab dan membuat pengakuan adalah hal lain...hal Anwar liwat dan hal politik pembangkang...memang jahat dan zalim..

Kita semua harus bersedia untuk jadu lebih kuat, semangat dan bersatu menentang UMNO dan BN yang teruk melanyak kita...

Anonymous said...

yang salah tetap salah. janganlah sampai kita membela orang yang menghina Raja kita.

sedia raja said...

Saya sgt setuju dgn anon 19.53...PDRM kena jugak mangkuk2 yg pernah hina raja-raja melayu satu ketika dulu, mcm Mahathir Kutty, Anwar Musa dan yg sewaktu dgnnya..jgn mudah lupa..kalau lupa jugak sila baca di blog http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

Kebenaran said...

Salam Ummi,

Terima kasih di atas posting yang mungkin dapat sedikit menenangkan jiwa isteri dan saudara-mara Aduka Taruna.

Saya pembaca senyap dan setia aduka taruna. Bukan semua yang saya setuju dengan dia. Kadang-kadang menyampah juga.

Namun, dalam kes ini, dengan sedikit kekhilafan, dia telah menjadi mangsa keadaan dan telah dikambinghitamkan. Padahal banyak lagi kes penghinaan sultan oleh Ameno didiamkan sahaja.

Saya paling benci dan meluat membaca respon Herman Samsudeen. Macam bangkai. Tak layak jadi Tim Pemuda.

http://syukran.wordpress.com/2010/01/25/minta-maaf-tidak-cukup-aduka-taruna-perlu-disiasat-polis-dan-jakim/

Unknown said...

Salam ziarah.

Ketabahan seorang isteri adalah kekuatan seorang suami.

Lidah kerajaan termasuk Harakah kecuali Utusan mengarut di dalam laporan kes Aduka. Saya tahu dan saya bersamanya pagi tadi IPD.

Berita sebenar adalah dari Topeng Perak di Perisik Rakyat.

Anonymous said...

Thanks for the support, sy akan panjangkan entry Ummu pada isteri AT. She needs to know yang orang diluar sana still support het afterall that happened.

Thx again.

Evelyn

Anonymous said...

Oh and just for the record, I cannot agree more with what has been said by Kebenaran. Some people just love to 'gloat'.

Evelyn

Pandak Lam said...

Bro Kebenaran,

From my view, aku tak berapa nak kisah pun tyme Aduka hina raja. I mean, banyak kot dalam FB yg hina raja, perli2 raja. Nak tumbangkan monarki la ape la. Sementelah lg si Duka nih dah mintak maaf dan janji tak nak ulang. So, for me, it's good enough.

Tp xbermakna aku approve la.

Cuma aku hangin bila dia duk bantai isteri Nabi, sahabat Nabi. Panggil 2 ekor la, mangkuk la, bodoh la etc. Kenapa yg ni dia xpernah mintak maaf or tarik balik beb? Sdgkan ramai kot yg bg hujah bantai dia time tu, even geng2 dia sendirik. Pasal pe?

Haaa.. tu yg aku terfikir, dia mintak maap sbb insap ke or sebab cuak org wat report polis??? ;)

So, apa salahnya kentyataan Herman?. Bg aku, jgn serang Aduka sbb kes raja semata2. Tu bg aku dah selesai sbb dia dh pohon maaf. Tp kes dan jenayah bantai bini Nabi ni? Kasik lepas la?

Or korang ni xkisah pun org bantai ahlul bait??